Ahad, 13 Disember 2009

TABIAT KE NERAKA




Ketika menziarah laman blog kawan2,ummi terjumpa satu
catatan yang boleh dijadikan panduan untuk ummi dan insan2
yang melawat ke blog ummi yang bernama WANITA....
Catatan itu bertajuk Tabiat ke neraka:
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu
peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik
dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW
untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus
untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh
mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita
berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW.
Baginda pun pergi ke sana dan memberi salam dan memberi
tazkirah seperti berikut:
"Assalamu'alaikum,
wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat
kamu ini lebih banyak di neraka".Seorang wanita lalu
bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian?
Adakah sebab kami ini kufur?'
Rasulullah SAW menjawab,
"Tidak.Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok
yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.
Keterangan:Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah
ialah seperti contoh di bawah:
Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih
tak kunjung tiba,akibat geram dan marah kita mungkin berkata,
"Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu
termasuk dalam erti kata menyumpah.Lisan wanita memang
terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian,
perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
(WAH! CELUPAR SUNGGUH WANITA .....)
Contoh 2:
Sedang memasak, gas habis. Kita mungkin berkata
"Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.
" Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur
I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini
bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh
seorang suami yang kurang faham isteri.
Rasulullah SAW berkata,
"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri,jika seumur hidup
engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi disuatu
ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu
pun kebaikan awak". (Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh
dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata,
"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak",
maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW
yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak
beristighfar dan bersedekah, kerana iadapat menyelamatkan
kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam
api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan
istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang
yang lupa (nyanyuk)."Sebelum nyanyuk di hari tua,
amalkan sejak muda-muda lagi.Rasulullah SAW menganjurkan
kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari.
Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari.
Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita
menjadualkan amalan zikir ini dalamamalan-amalan harian
kita.
b. Sabda Rasulullah SAW :
"Siapa yang melazimkan amalan istighfar,akan dikeluarkan
Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang
tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan
bererti berdukacita"
c. Istighfar juga memurahkan rezeki.
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang
ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan,
umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata / percakapan yang baik.Yang paling utama
ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak
menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak
menambat hati suami.Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri
Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah
menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun.
Sepanjang hayatbaginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.
Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu
dikalangan isteri-isteri baginda.Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah
sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.
Suatu hariRasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril,
"Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT
berkenan tutur katanya" .
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.Juga terutamanya kepada ahli keluarga
Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum
sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu
syair Arab yang berbunyi :"Nak buat baik, sangatlah mudah,
Maniskan wajah, lembutkan lidah."Maka setelah diberi peringatan
oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah
diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh
menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah
kita mengubah sikap kita dari sekarang."
SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT - Sabda
yang bermaksud :
" Apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah
segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu
SEDEKAH JARIAHNYA,
ILMU YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN
DANANAK SOLEH YANG MENDOAKAN UNTUKNYA. "
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan