14hb Disember jam 10.00 mlm,Semua ahli keluarga memulakan perjalanan ke KL secara berkonvoi untuk menjemput mak yang akan tiba di KLIA pada 16hb. Perjalanan kami sengaja di rancang begitu untuk memberi peluang kepada ku yang terpaksa memandu sendiri kerana suami tidak mendapat cuti.Maklumlah pemandu wanita,bukan tahu pecut memecut seperti adik-adikku yang lain.Sesekejap aku tertinggal di belakang. Ini merupakan kali kedua aku memandu sendiri ke KL.Rasa takut tetap terasa.Tapi abah berada disisi menemani ku.
Kami tiba di Manjung Perak tepat jam 1.30 pagi. Di Manjung kami bermalam di rumah adikku yang bekerja sebagai nurse.Adik tiada di rumah waktu itu kerana bekerja shif malam.Hanya suaminya yang menjemput ketibaan kami.Keesokan pagi jam 8 pagi selepas bersarapan,Kami bersedia untuk memulakan perjalanan.Adik Adilah yang bekerja malam mengambil keputusan untuk tidur dalam kereta sambil suaminya memandu.
Lebih kurang 3 jam perjalanan, kami tiba di rumah abang diKL,turut menyambut ketibaan kami ialah kakak dari Kelantan yang tiba lebih awal,adik2ku (Adik Zam dan Adik Dan)yang bekerja di KL.Abang membawa abah melawat sekeliling rumah barunya.Tujuan kami ke KL selain menjemput mak,adalah untuk menghadiri kenduri kesyukuran mak pulang dan meraikan abang chak menduduki rumah baru.Sambil2 tu kami mengambil kesempatan pusing2 di sekitar bandar KL.
16hb jam 5.00 petang diumumkan penerbangan ibu KT101 selamat tiba.Kami bersyukur dan menanti-nanti ketibaan mak di pintu ketibaan. Sejam setengah kemudian ,selepas sorang demi seorang,wajah mak tak juga kelihatan.Bimbang juga di hati kerana sebelum mak berlepas dari Jeddah.mak ada meneleponku memberitahu keuzuran Mak chak yang terpaksa di tambah 2 botol air setibanya mereka di Jeddah.
Beberapa minit kemudian muncul lah 4 beranak,Tok,Mak Chak,Mak Chik dan Mak yang terakhir sekali sambil menolak troli bag saudara-saudaranya.
"Tengok tu.......Depa dera mak kami,Tak aci la.....Depa dera mak kami"Seloroh abang Chak pada anak-anak mak chak dan mak chik.
Alhamdulillah....Mak nampaknya lebih sihat dan berseri berbanding saudara-mara yang lain.
Selepas bersalam dan berpeluk-pelukkan,tiba lah saat yang menyentuh perasaan di mana abah terus memeluk mak sewaktu mak bersalaman dengan abah.semua yang berada di situ menitiskan air mata.Dalam hatiku berdoa supaya abah berubah dan kembali mengasihi mak dan anak-anak mak seperti yang sepatutnya,memberi kasih sayang yang telah diabaikan selama 30 tahun lalu.
Setelah mengangkat bag dan barang2 ke dalam kereta.kami bertolak ke masjid KLIA untuk berjemaah solat maghrib.17hb seperti yang dirancang,abang chak mengadakan kenduri kesyukuran, menaiki rumah baru dan kedatangan tahun hijrah 1431.Sambil tu kami mendengar cerita2 mak ketika berada di Tanah suci.Mak tak menghadapi masalah besar.Mak dapat melakukan segala rukun dengan sempurna.Yang paling mak bangga,mak dapat berdoa di depan pintu kaabah yakni iltizam sewaktu mak melakukan tawaf dan tawaf wida'. Apa yang membanggakan diriku,mak masih fasih berbahasa arab biarpun telah 10 tahun pencen/meninggalkan bidang perguruan.
Jam 12.00 mlm,kami bertolak pulang ke kg.dan tiba di kedah bersama fajar 1Muharram 1431. Alhamdulillah....semuanya selamat.Abah mengadakan kenduri kesyukuran kepada rakan2 ibu yang datang menziarahi ibu dan kawan-kawan abah selepas solat jumaat.Turut menziarahi mak ialah anak2 murid mak yang setengahnya telah bercucu.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
5 minggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan