Sabtu, 12 Disember 2009

CINTA DAN BENCI KERANA ALLAH






Dalam diri manusia,ada perasaan cinta dan ada perasaan
benci.Inilah di antara anugerah yang Allah berikan kepada
manusiauntuk dikelola,diarahkan dan ditempatkan pada
hal-hal yang betul dan positif .Sesuai dengan perintah dan
larangan Allah dan Rasul.

Kadang-kadang manusia belum tahu bagaimana cinta dan
benci dalam dirinya hendak di kelola dan di arahkan dengan
betul.Di akhir-akhir ini kita sering ketemu manusia mencintai
sesuatu yang tidak manfaat baginya.Begitu juga sebaliknya.
Kebanyakkan manusia mencintai perkara maksiat dan
perkara-perkara yang mungkar.Mereka mengagungkan dan
bangga apabila melakukannya.Tetapi membenci kepada sesuatu
yang menjadi kebaikan yang dituntut oleh syariat dan agama.
Mereka amat benci untuk memandang kepada
orang yang taat kepada Allah dan Rasul.

Sesungguhnya cinta dan benci termasuk pintu-pintu kebaikan yang
di anugerahkan Allah untuk kebaikan pula.Tidak hanya di dunia
tetapi juga di akhirat kelak.Cinta dan benci akan membawa
manusia meraih kebaikan didunia dan akhirat, jika keduanya
ditempatkandengan betul sesuai dengan petunjuk Allah dan Rasul-Nya.

Manusia yang beriman kepada Allah akan menyandarkan rasa
cinta danbencinya pada petunjuk Allah dan Rasul-Nya.Jika
Allah mengarahkan kepada hal-hal yang dikehendaki-Nya,
maka manusia yang beriman harus tunduk dan taat kerana
pada hakikatnya itulah sepatutnyayang dilakukan.
Bahawasanya semua yang diperintah Allah dan Rasul
pasti akan mendatangkan kebaikan bagi manusia.

Allah Maha mengetahui apa yang terbaik bagi manusia.
Wallahualam........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan