Pernahkah anda bertemu dengan orang yang suka menceritakan aib suaminya?Perkataan yang keluar dari lidahnya hanya rungutan,keluh kesah dan tak puas hati dengan apa yang diberi,seakan-akan suaminyalah yang paling teruk dari lelaki-lelaki di dunia.
Duit yang diberi tak cukup,layanan suami tak romantik,perhiasan dan baju yang dihadiahkan suami tak cantik,segala "sifat dua puluh" suami yang disenaraikan dengan gaya bahasa yang amat meyakinkan pendengar.
Kedekut,pemalas,pengotor,gelojoh,kuat merajuk,ego,panas baran dan macam2 lagi dibuka segala aibnya hingga cerita atas katil pun jadi bahan bualan tanpa malu dan segan.
Padahal agama mengajar tentang perumpamaan isteri bagaikan pakaian bagi suaminya dan begitu pula sebaliknya. Perumpamaan pakaian itu adalah sebagai menutup aurat suaminya,merahsiakan aib dan menjaga maruahnya.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud"Mereka(isteri kamu)adalah pakaian bagimu,dan kamu pun pakaian bagi mereka."Surah Al-Baqarah-187.
Tidak sedarkah isteri apabila dia menceritakan kelemahan suaminya,sesungguhnya dia telah menderhaka kepada Allah dan suami?Perbuatannya itu termasuk dalam dosa besar yang akan di balas dgn ancaman seksaan kubur.
Suami telah menjadi sebahagian daripada jiwa isterinya,jika isteri mengumpat suami seolah-olah dia menikam dirinya sendiri dengan ketajaman lidahnya.Jenayah lidah boleh mengakibatkan kejahatan yang lebih besar dan dahsyat dalam rumah tangga.
Selain mengumpat suami,wujud golongan isteri yang kerap terbabit dalam penderaan dan pemaksaan terhadap suami yang baik.Menuntut sesuatu diluar kemampuan suami, sebagaimana sabda Rasulullah s,a,w yang bermaksud"Aku melihat ke dalam neraka dan kebanyakkan penghuninya adalah WANITA.Mengapa Ya Rasulullah?Rasulullah bersabda:Kerana kekufuran mereka.Para sahabat bertanya:Apakah kerana mereka kufur kepada Allah?Rasulullah bersabda lagi:Mereka kufur kepada suami.Seandainya kamu berbuat baik kepada isterimu sepanjang tahun tetapi dia melihat mu dengan hanya satu kesalahanmu, maka dia berkata:Aku tidak melihat satu pun kebaikan suamiku."(Hadis riwayat Al-bukhari dan muslim)
Itulah puncanya yang menyebabkan kaum wanita ramai terjerumus dalam api neraka.Jika para isteri sentiasa mengingat ancaman ini maka waspadalah terhadap kejahatan hati dan lidah anda.
Bagaimana pula jika perangai suami memang membosankan,dan bersifat negatif?Takkan isteri sanggup bersabar dan mendiamkan diri hingga sakit jiwa!
Oleh itu si isteri gunakan lidah itu untuk mengubahnya.Ucapkanlah kata-kata indah,kata-kata baik.atau pun rangsangan dan nasihat yang ikhlas dengan kelembutan bahasa dan kesopanan budi pekerti.
InsyaAllah,Ego suami akan lemah.Carilah ruang-ruang masa yang sesuai untuk melafazkan.Pujilah suami sekali-sekala untuk merendahkan egonya yang menggunung.
Kita hanya berusaha,Allah jua yang memberi hidayah dan pertunjuk-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki.Anggaplah sifat buruk itu boleh diganti dengan kebaikkan2nya yang lain,takkan satu pun tiada jasa baik suami kepada isteri.Kerana apa kita memilihnya sebagai pasangan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan