ALAM rumah tangga ibarat belayar di samudera, dalam tempoh perjalanan
yang belum pasti itu, tentu menghadapi pelbagai pancaroba dan ujian.
Ibarat gigi dan lidah, suami isteri tidak dapat lari daripada berselisih
Ibarat gigi dan lidah, suami isteri tidak dapat lari daripada berselisih
faham namun dalam sesetengah kes, ia berpanjangan dan memberi impak
kepada rumah tangga.
Mulanya, mungkin masalah rumah tangga membabitkan soal remeh-temeh
Mulanya, mungkin masalah rumah tangga membabitkan soal remeh-temeh
tetapi apabila bercampur aduk dengan emosi dan ego, ada yang gagal
mengharungi ujian sepanjang perjalanan itu.
Justeru, apabila persengketaan tidak dapat diselesaikan, kebanyakan pasangan
memilih jalan ‘cerai’.Apakah cerai penyelesai masalah rumah tangga atau jalan terakhir?
Walaupun Islam membenarkan manusia melafazkan perkataan cerai tetapi
Walaupun Islam membenarkan manusia melafazkan perkataan cerai tetapi
Allah amat benci kepada mereka yang bercerai-berai.
Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata dalam kehidupan rumah tangga,
perselisihan dan persengketaan memang lumrah.
Beliau berkata, ia proses semula jadi bagi membolehkan pasangan saling mengenali.
Ia mungkin mengambil masa setahun, dua tahun atau sehingga satu tempoh yang
Beliau berkata, ia proses semula jadi bagi membolehkan pasangan saling mengenali.
Ia mungkin mengambil masa setahun, dua tahun atau sehingga satu tempoh yang
agak panjang mungkin belasan atau puluhan tahun.
"Cuma perkara yang perlu difahami ialah bagaimana hendak menguruskan emosi
kerana hadis nabi ada menyebut, `jangan marah, jangan marah, jangan marah’,
yang diulang sehingga tiga kali, supaya masing-masing mengawal emosi," katanya.
Statistik menunjukkan perkahwinan di Malaysia dalam tujuh tahun kebelakangan
Statistik menunjukkan perkahwinan di Malaysia dalam tujuh tahun kebelakangan
ini semakin meningkat.
Keretakan rumah tangga boleh berlaku apabila pasangan terbabit terlalu
mementingkan kewangan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka, timbul
rasa kecewa terhadap pasangan disebabkan gagal berbincang sebelum berkahwin,
tiada kemahiran komunikasi, campur tangan pihak ketiga dan masalah sampingan
seperti dadah.
Ahmad Shukri yang juga Perunding Motivasi Fitrah Power Resources berkata,
Ahmad Shukri yang juga Perunding Motivasi Fitrah Power Resources berkata,
perceraian bukan perkara yang boleh dianggap remeh sebaliknya ia adalah jalan
terakhir kepada sesebuah rumah tangga.
"Sebelum memikirkan dan melafazkan cerai banyak lagi kaedah lain yang
boleh difikirkan, seperti perbincangan di antara pasangan suami isteri secara
baik tanpa membabitkan pihak lain, jika tidak dapat diselesaikan baru dilantik
wakil dari pihak ketiga untuk mencari penyelesaian.
"Jika tidak dapat diselesaikan juga walaupun dengan pelbagai kaedah, barulah
"Jika tidak dapat diselesaikan juga walaupun dengan pelbagai kaedah, barulah
difikirkan jalan terakhir itu," katanya.
Satu hadis diriwayat Abu Daud dan al-Hakim, maksudnya: "Perkara halal yang
paling dibenci Allah ialah talak."
Perkahwinan bukanlah semata-mata satu ikatan yang menghalalkan perhubungan
Perkahwinan bukanlah semata-mata satu ikatan yang menghalalkan perhubungan
di antara dua jantina lelaki dan perempuan, tetapi kesinambungan institusi kekeluargaan.
Perkahwinan adalah suatu ikatan perkongsian hidup yang perlu kepada semangat
Perkahwinan adalah suatu ikatan perkongsian hidup yang perlu kepada semangat
kebersamaan, saling menghormati dan rasa penuh tanggungjawab, yang perlu
dipertahankan dalam apa juga keadaan.
"Bergaullah dengan mereka secara baik dan mungkin kamu benci kepada isteri-
isteri kamu. Mungkin kamu benci kepada sesuatu sedangkan Allah menjadikan
padanya kebaikan yang baik." (an-Nisa’:19)
Menurut Ahmad Shukri, sesetengah masalah tidak boleh dipendam tetapi perlu
Menurut Ahmad Shukri, sesetengah masalah tidak boleh dipendam tetapi perlu
diluahkan bagi mengelak masalah lebih besar.
"Dalam rumah tangga, perlu ada konsep sabar dan muhasabah. Jika sewaktu
bujang kita seorang pemarah, cepat melenting dan panas baran, apabila beristeri
atau bersuami ubahlah sikap itu perlahan-lahan," katanya.
Beliau mendapati banyak pasangan yang tidak tahu matlamat rumah tangga
Beliau mendapati banyak pasangan yang tidak tahu matlamat rumah tangga
sehingga apabila bergaduh kecil pun mengungkapkan cerai.
"Justeru, perkahwinan memerlukan kepada beberapa unsur iaitu sakinah
(ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan rahmat (kasihan belas).
"Ketiga-tiganya perlu digaul bagi menjadi makanan pasangan suami isteri
"Ketiga-tiganya perlu digaul bagi menjadi makanan pasangan suami isteri
sepanjang hidup bersama," katanya.
Menurutnya, anak muda sekarang hanya tahu bercinta dan berkahwin,
tetapi apabila memperoleh cahaya mata menjadi buntu seolah-olah
anak menjadi beban.
"Anak memang satu beban tetapi ia juga amanah yang besar. "
"Orang kita sesetengahnya apabila ada masalah mulalah jadi tidak menentu dan
"Anak memang satu beban tetapi ia juga amanah yang besar. "
"Orang kita sesetengahnya apabila ada masalah mulalah jadi tidak menentu dan
gelabah tetapi sedar atau tidak masalah yang dihadapi itu sendiri yang
mematangkan diri," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan