Selasa, 27 Oktober 2009

BAHAGIAKAH DIA...............

Isnin,26hb Oktober 2009.Selesai perhimpunan ,kanak-kanak mengambil tempat masing-masing dalam kelas."Cikgu panas la kat sini. kat dalam kan ada aircond." Rungut Ahmad Danial,kerana hari ini kanak-kanak terpaksa belajar diruang legar. Kelas masih belum siap di susun dan di hias.
"Adik-adik patut bersyukur,Masih ada kipas angin yang menyejukkan kita.Nun di tempat lain. Kawan adik-adik belajar tanpa kipas angin.Tanpa kelas yang cantik seperti kita.Malah ada yang belajar di bawah pokok.Tapi mereka gembira.Mereka tak merungut pun macam adik-adik.Menunjukkan mereka bersyukur.Tapi adik-adik bersyukur tak pada Allah?" Tanya ummi berkali-kali seperti Datin Wan Abi.Sebenarnya ummi rasa sedikit bersalah pada anak-anak.
Sewaktu kudapan Kak Ana dan Kak Ris datang untuk menyudahkan kerja semalam. Touch-up apa yang perlu, susun atur perabut, menampal semula sudut komponen2 yang di turunkan sabtu lalu.
Selesai kelas dan kesemua kanak-kanak pulang, ummi turut membantu kerja Kak Ris.Kak Ana pulang menghantar anaknya.Dan Kak Ana tak dapat datang membantu kerana ada tetamu dirumahnya. Hanya ummi dan Kak Ris sahaja yang menyambung kerja menghias kelas.
"Hari-hari cikgu main dengan budak-budak kecik ni tak jemu ke?" tanya Kak Ris memulakan topik.
"Sekarang ni tak jemu ler, waktu paling jemu di awal tahun. Maklumlah nak kena berlakon jadi penyayang.Nak kena pandai memujuk. Nak bagi depa mau duduk dalam kelas.kalau tak buat cam tu. Alamatnya riuh rendah la dengan tangisan bebudak yang tak pernah berenggang dengan mak bapak.Ndak nya mak bapak tak percaya kat cikgu.Asyik berdiri tepi tingkap.Masa tu la yang paling jemu.Rasa macam nak panggil jer mak bapak tu masuk mengajar anak2 depa" kata ummi sambil membayangkan peristiwa setiap awal tahun di minggu pertama dan kedua persekolahan.
"Kak Ris ni tiga aja ker anak?dah tu semua girl. Bila nak tambah boy?"Tanya ummi mengumpan cerita dari Kak Ris.Ummi mengenali Kak Ris sejak tahun 2002.Waktu tu ummi bertugas di tabika Swasta(Fairuz Traicomp) Ummi mengajar anak keduanya,Afiqah. Tahun ini,ummi bertemu semula di sini dan tahun ni ummi mengajar anak ketiganya,Alia.Kak Ris adalah seorang ibu yang penyayang dan amat takut pada larangan Allah tetapi senang mematuhi suruhanNya.
Ummi amat menyenangi Kak Ris kerana dia sering menegur kawan-kawan yang terleka melakukan dosa atau kesalahan.Terima kasih Kak Ris.
"Hish.....Dah tua la Kak Ris ni.Dah 45, nak menopous dah." katanya sambil ketawa.
"Betul ke 45?Biar betul?Tapi muka Kak Ris tak macam 45 la.....Macam masih 30-an je."Kata ummi separuh memuji.Kalau Kak Ris tak cakap umurnya pasti orang akan memberi angka 38 atau 39. Badannya masih cantik.Wajahnya bersih dan tiada kesan-kesan jerawat atau jeragat pun.Lebih-lebih lagi wajahnya ala-ala Mami.
"Bahagia dan beruntungnya En.Rizal dapat isteri pandai menjaga badan macam Kak Ris."
kata ummi sambil menampal chart ke dinding.
"Bukan dia yang bahagia,Cikgu!Kak Ris ni paling bahagia kalau dia perasan Kak Ris wujud.Kak Ris rasa Kak Ris lah wanita paling beruntung di dunia" Ucapnya dengan nada sebak.
Ummi menuruni tangga yang digunakan untuk menampal chart ke tempat yang agak tinggi.
Ummi memohon maaf kerana menyebabkan Kak Ris sebak.Ummi memeluk Kak Ris.
Kak Ris kata dia mudah tersentuh apabila bercakap pasal suaminya.
Katanya dia berkahwin atas pilihan orangtua.Sewaktu bertunang dia mendapat tahu suaminya salah seorang "Tabligh"yang pagi dan petangnya banyak di habiskan di surau dan masjid-masjid.Dalam fikiran tentu la suaminya "kuat".Selepas akad nikah barulah dia melihat wajah suaminya.Kali pertama lihat dia sudah jatuh hati kerana suaminya boleh dikategorikan orang yang handsome. Beruntungnya dia.Sangkanya panas hingga ke petang.Rupanya renyai di awal pagi.
Malam pertama berlalu sepi tanpa sentuhan dari suami.Hari demi hari Kak Ris tertunggu-tunggu dan memikir apa salahnya diri dan apa kurangnya dia.sehingga lah genap 10 bulan.Dirinya tetap tidak disentuh.Dirinya tetap masih dara.Bukan Kak Ris tak bersolek.Bukan Kak Ris tak cuba menabur pancing.Tapi solekan tak berkesan.Pancing di tabur tak memikat hati si ikan.Setiap kali cuba menyentuh suami,setiap kali itu tangannya di tempis si suami.Dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa dia terasa terhina.Tetapi tetap sabar dengan dugaan Allah padanya.Mungkin Allah cuba menguji hati dan keinginannya.
Sehingga di suatu petang, Ibu Kak Ris Bertanya padanya"Ris tak rasa nak makan asam-asam ke? atau rasa loya-loya.Dah 10 bulan Ris kahwin? kalau ibu dulu,tengah tunggu hari nak bersalin ."Cerita kak Ris sambil mengenang air matanya. Ummi rasa serba salah. Kalau suruh berhenti terasa pulak nanti.Nak tanya lebih lanjut nanti meraung jawabnya.
Ummi biarkan Kak Ris meneruskan ceritanya.Apabila Kak Nor dan Su masuk.Kak Ris menundukkan wajahnya ke lantai.Ummi membuat bahasa isyarat pada kak Nor dan Su supaya jangan menganggu.
Mendengar cerita Kak Ris, Ibunya cepat-cepat mencari Alim ulama yang pandai dalam hal-hal tersebut.Dibawanya air untuk Kak Ris beri suami minum. Malam itu berlangsung lah malam pertama buat Kak Ris.Malam Kedua dan malam ke tiga. Kemudian berbulan-bulan diri Kak Ris ditinggal sepi tak bersentuh. Sehinggalah Kak Ris melahirkan anak sulungnya.
Wanita bersalin akan berpantang 100 hari tapi Kak Ris berpantang 140 hari baru di sentuh semula oleh suaminya.Kemudian di tinggal sendirian.Si anak telah menjangkau usia 4 tahun.Kak Ris di sentuh lagi suaminya.sekali,Dua kali.Lalu di tinggal lagi. dan Kak Ris disahkan mengandung lagi kali ke dua.
selepas melahirkan anak yang ke dua, Kak Ris sudah belajar cara hidup suaminya.Ada pun tak apa,tak ada pun tak apa.Apa nak jadi jadilah.Kata hatinya.Apa yang di kehendaki dan di ingini dia akan mendapatkan sendiri.di belinya sendiri tanpa bantuan si suami.Segala keperluan rumahtangga dan anak-anak langsung tak pernah di bincang bersama. Si suami langsung tidak mengendah apa yang dibuatnya.Seharian Kak Ris tak pulang tak pernah di soal. Ke mana?kenapa?sihat ke?dah Makan ke?
Lebih mengejutkan Kak Ris apabila di lihat suami memuaskan nafsunya dengan cara sendiri.
Suami tetap tidak mempedulikan dirinya walau kak Ris berdiri di hadapannya tanpa seurat benang.
Namun Kak Ris sabar.Kak Ris bermunajat pada tuhan tanpa henti dan jemu. Tetapi takdir tetap menguji dirinya.Kerana sedikit salah faham Kak Ris di cerai dengan talak satu.6 tahun 4 bulan 27 hari.Mereka hidup berasingan.
Anak-anak semakin membesar dan masing-masing merayu pada Kak Ris supaya berbaik semula dengan bapa mereka.Selama 6 tahun,tak henti-henti Kak Ris berdoa dan beristigharah, sehinggalah Kak Ris membuat keputusan untuk meminta si suami datang mengambil kak Ris dan anak-anak.
Sewaktu keputusan itu dibuat.Kak Ris nekad.Biarlah anaknya mempunyai bapa pada nama walau pun si bapa tak pernah menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anaknya seperti bapa2 orang lain.
Biar lah dia ada suami pada nama sahaja,walau pun si suami tidak memberi nafkah zahir dan batin padanya.Pada kawan2 suami telah dicuba untuk menasihati si suami.Agar si suami tahu tanggungjawab dengan rumahtangga dan anak-anak.Namun si suami tetap dengan dunianya yang mencari kepuasan sendiri.
Sekali lagi ibunya memainkan peranan mencari "bomoh".Namun selepas kelahiran anak ke tiga. si suami kembali pada asalnya.Setahun sekali susah untuk merasai sentuhan si suami.Kalau Kak Ris cuba baring di sebelah suami.Suaminya akan bangun tidur di lantai.Sampai bila?Sampai bila suaminya akan berkelakuan begitu.Akhirnya dia mengambil keputusan tidur bilik masing-masing.
Semua ahli keluarga tahu hal ini.Saudara sebelah suami dan saudara sebelah KakRis tahu.Tetapi mengapa kak Ris juga yang di salahkan.Kata mereka Kak Ris tak pandai melayan suami.Kak Ris tak pandai bersiap.Kak Ris tak pandai itu.Kak Ris tak pandai ini.
Tetapi mereka tidak tahu hal anak mereka begitu....Mereka tidak ambil tahu keadaan saudara mereka begini.....mereka hanya tahu menuduh.Tuduh itu.Tuduh ini.
Kerana kasihan kan Kak Ris,ummi tanya Su yang kerap bertemu janji dengan bomoh2 .Hari itu juga Kak Ris telepon bomoh itu.Bomoh tu menyatakan Kak Ris yang di "buat" oleh saudara ibu mertuanya.Mereka meletak sesuatu dalam air minuman Kak Ris.Suami Kak Ris lihat Kak Ris seperti tembok. Menyebabkan Suaminya tidak ada nafsu pada Kak Ris.Betul ke?Betul ke 18 tahun Kak Ris dipandang suami bagai tembok?
Hari khamis nanti bomoh wanita tu akan datang ke rumah Kak Ris untuk melihat keadaan rumah kak Ris.
Ya Allah......tolong lah Kak Ris mencari kebahagiaannya sendiri.Beri lah peluang kak Ris merasa bahagia hidup sebagai suami isteri.Berilah kak Ris menikmati hidup berumahtangga. Teguhkanlah iman dan tambahkanlah kesabaran dalam diri kak Ris dalam melayari bahtera rumahtangga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan