Sabtu, 24 Oktober 2009

CARA-CARA PERGAULAN YANG BAIK




Dalam kehidupan seharian,kita memerlukan pergaulan.Bukan sahaja dengan ahli keluarga malah, jiran tetangga dan pelbagai lapisan masyarakat.Ada sesetengah orang tidak menyedari dia telah menyinggung perasaan orang lain melalui percakapan atau perbuatan.

Contohnya,ketika sedang berbual dia terlalu banyak menoleh ke arah lain.Ini menyebabkan rakannya itu akan merasakan tidak dihargai dan tidak memberi perhatian pada topik yang diceritakannya.

Untuk menggelak hal seperti itu terjadi,marilah kita ikuti petunjuk-petunjuk ini........

* Hadapi kawan atau musuh dengan wajah yang tenang,gembira,sopan dan rela hati(IKHLAS).Elakkan dari mempamerkan wajah yang sombong,angkuh, berpura-pura,marah dan tinggi diri.

* Jangan terlalu banyak menoleh ke arah lain dan jangan memandang orang lain dengan pandangan yang tajam.

* Jangan Membiasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung,banyak berludah ditempat awam,banyak menguap atau mengeliatkan badan.

* Usahakan diri duduk dengan tenang dan sopan,mengeluarkan kata-kata yang teratur,menjadi pendengar yang baik.

*Jika masuk ke majlis,berilah salam dan sentiasa merendah diri.Jangan sesekali merendah-rendahkan kemampuan orang lain.Jika berbicara elakkan dari membicara hal diri sendiri dengan angkuh.Ini akan mengundang diri jatuh kepada kehinaan.Lebih-lebih lagi jika membicarakan mengenai harta benda.Dan jangan jadika harta benda itu lebih mulia dari kehormatan.

*Jauhi diri dari duduk-duduk dan berbual ditepi jalanan,jika terpaksa jagalah pandangan anda.

*Jangan suka bergaul dengan cendiakawan dan orang yang kurang akalnya.

* Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis,berzikirlah atau beristighfar sebelum meninggalkan majlis tersebut.


Jika kita sukar untuk mempraktikkan perkara-perkara diatas lebih baik kita menarik diri dengan cara yang lembut dan jangan mengundang masalah yang tidak diingini,lebih-lebih lagi jika diri kita dikawal oleh perasaan marah yang amat sangat.

1 ulasan:

  1. Salam. Kadang-kadang kita tak sedar kesalahan yang sering kita lakukan itu.

    BalasPadam