Isnin, 26 Oktober 2009

BERGELUMANG DALAM DOSA BESAR


Sabtu,24hb Ummi bersama kawan-kawan sepakat untuk bergotong royong mengecat dan menghias semula kelas sempena lawatan Rumah Nur dan Klinik Kesihatan pada 1hb November nanti.Jam 8.30 pg,Ummi telah tiba di kelas dengan semangat yang berkobar-kobar untuk memulakan kerja.Tepat jam 9.15,Kak Ana tiba.Tanpa menunggu kawan-kawan yang lain,kami memulakan kerja.Satu jam kemudian,Kak Nor datang bersama bahan masakan.Menunya adalah kari ikan(mamak Penang)telur goreng bawang,ikan goreng gelama masam,sambal dan ulam.Jam 11.00 Su datang dengan anaknya Ain yang berusia 8 tahun. Su membantu kak Nor di dapur.Ain masuk ke kelas sambil bersalam dengan ummi dan Kak Ana.
"Ain datang dengan apa?"tanya ummi.
"Dengan Abah"Jawabnya tersenyum.
Abah yang di maksudkan adalah kekasih ibunya.
"Abah pi ambil di rumah ke?"tanya ummi lagi.
"Takkkk.Abah tidur di rumah semalam.........."jawabnya dengan jujur.
"Apa?Abah tidur dirumah?abah tidur kat mana?"Ummi memohon kepastian.Kerana sebelum ini ummi hanya mendengar cerita jiran2nya,yang ibunya bersekedudukan.Ummi tak percaya pada cerita2 mereka.Pernah ummi tanya pada si ibu tetapi dinafikan cerita itu.
"Abah tidur di depan."Depan maksudnya ruang tamu.
"Ain tidur kat mana?"Ummi semakin galak menyoal.
"Ain tidur dengan kakak dan adik aizad dalam bilik kakak.Mak tidur depan dengan abah."jawab Ain dengan gembira.
"Satu tilam ke"Tanya Kak Ana menyampuk.
"Ya la....Mak tidur dengan abah satu tilam kat depan"Jawab Ain bersungguh-sungguh .Bangga dengan Abahnya.Kerana abah itulah penganti ayahnya yang telah bercerai dengan si ibu dalam bulan jun lalu.Abah itu jua dianggapnya terlalu baik berbanding ayahnya yang selalu memukul si ibu,sehingga lebam2 dan bengkak2 badan si ibu.Abah itu lah yang memberi wang pada si ibu tatkala mereka memerlukan wang belanja,berbanding si ayah yang hanya tahu meminta wang untuk menghisap benda haram itu.Kalau si ibu tidak memenuhi kemahuannya,akan berbekas lah si ibu dengan sepak teranjangnya.Menangis ummi dan rakan2 setiap kali si ibu datang ke kelas dengan alasan yang berbagai2.Terjatuhlah.Tergelincir lah.Accident lah.
Sehingga ummi memohon pada si ibu jangan lagi berselindung.Ummi tahu keadaan sebenar.Ceritalah pada Ummi.Menangis lah semahu-mahunya di bahu ummi.Dengan tangisan itu mungkin dapat meredakan apa yang bersarang di hati si ibu.Itu dulu.Itu sewaktu dia masih bergelar isteri kepada seorang penagih.Tapi hari ini.Waktu ini.Si ibu telah bebas dari siksaan si penagih itu.
Namun si ibu lupa......Si ibu asyik dengan cintanya yang baru yang membahagiakan jiwanya.Yang mengisi kekosongan hatinya.
Hati ummi menjadi tidak sedap.Kalau betul apa yang di cerita si anak,maka sia-sia lah ummi berkhutbah padanya.sia-sialah ummi membaca cerita2 insan yang berdosa diluar sana.sia-sia jugalah air liur ummi selama ini menasihati si ibu.
Tepat jam 1.30,siap terhidang di atas meja makan.Kak Nor menjemput Pekerja2 (Ummi dan Kak Ana la.....)menjamu selera.Daging yang ummi beli,su masakkan rendang minang. Namun ummi langsung tak sentuh kerana dalam hati ummi marah pada orang yang memasaknya.
Lepas makan ummi terus solat,diikuti Kak Ana.Selesai Kak Ana memberi salam,
"Su,your turn"kata Kak Ana tujukan pada Su.
Su membuka selindang di kepalanya."Ya Allah......."terkeluar dari mulut ummi.Ummi terperanjat melihat leher su penuh dengan love bite.
"kenapa?"Tanya Kak Ana terperanjat.
"Ini.Ibu tiri setan jual anak RM5"Jawab ummi berpura-pura membaca tajuk Harian metro hari itu..Dalam hati ummi beristighfar.Ummi tak percaya dengan apa yang ummi lihat.Sebelum ni kawan2 saja yang bercerita hal itu.ummi tak nampak dengan mata ummi sendiri.Hari ini Allah menunjuk bukti bahawa kawan2 tidak menipu.Jiran2nya tidak mereka2 cerita.
Ya Allah...Beri lah hidayah pada Su.Jodohkan lah su dengan lelaki yang dicintainya itu secepat mungkin.Berilah peluang untuknya bertaubat.
"Mana Jantan tu hah.....Nak kak Ana sepak terajang dia.tak tau ke haram.Tak tau ke jaga seorang perempuan. Eeeee.....Geramnya Kak Ana"Kak Ana lepas geram bila su berada dalam bilik air.Kami bercadang menanti masa yang sesuai menasihati su.
Su.....Apa yang su lakukan ini haram.Berdosa besar.Dah berkali-kali ummi nyatakan.Dulu lagi waktu itu su masih bergelar isteri.Su bercinta dengan seorang polis berdekatan rumah su.Su ikut polis tu ke hotel.Suami su tahu hal itu.Diserangnya polis itu.menyebabkan polis itu di tukarkan ke balai lain.beberapa bulan kemuadian, su berjumpa pula dengan "zul"pekerja sebuah pasaraya .
Tapi su tak cerita pada ummi.ummi dapat mengagak apabila su tidak tumpang kereta ummi.setiap kali pulang su mesti panjat motor "zul."
Bila ummi tegur su kata kawan tempat su buat part time.Ummi cakap jangan bercinta dengan suami orang.Su kata hanya simpati pada "zul".Dia ada masalah dengan isterinya yang suka mengongkong.Tapi 'Zul"janji akan kahwin dengan su kalau bercerai.Ummi tak percaya apa yang diceritakan pada ummi.Ummi nasihat su macam2.
Cuti sekolah bulan ogos su pulang ke negeri su.Apabila sekolah dibuka,hari pertama su tak datang.Su kata masih di kampung.Hari kedua su kembali ke sekolah.su menangis-menangis. Ummi tanya kenapa?Su tak mahu cerita ,su malu pada ummi katanya.Su menyesal tidak mendengar nasihat ummi.Akhirnya su cerita jua.su kata su kena tipu."Zul"hanya mengambil kesempatan atas su.Bila dah "dapat",Su di suruh balik sendiri dari KL.
Ummi ajar su solat taubat.Ummi minta su puasa dan taubat nasuha.Ummi menangis mengenangkan keadaan su.Ummi bersungguh-sungguh ingin menolong su.Sangka Ummi Su telah berubah.Tapi........Su ulang lagi kesilapan itu."Dia" juga suami orang.
Su kata dia berjanji akan menikahi su apabila habis edah.tapi .......
Agaknya su lupa.Lupa anak perempuan su juga telah melahirkan seorang anak luar nikah.Anak itu telah berusia 5 bulan sekarang.Su lupa bahawa anak su telah di sahkan HIV positif dan dikeluarkan dari kolej.Su lupa anak kedua dan ketiga su telah ditangkap kerana merompak kedai Siber,dan sekarang ini mereka entah kemana.tak dapat dikesan.Su lupakah semua ini kerana dosa-dosa Su.Su bertaubat la sebelum terlambat.Apa yang lebih mengejutkan ummi,ketika berbual-bual hari itu, su mengaku dia memakai pemanis wajah.Patut lah ramai yang mengatakannya cantik.Patut la........
Saat ini ummi tidak dapat melelapkan mata apabila mengenangkan su.Ummi anggap su seperti saudara ummi sendiri.Cubit paha kiri,paha kanan terasa.Ummi pernah menangis apabila su dipukul suami su dulu.Ummi pernah berbohong demi menjaga su dari diserang oleh suami su dulu.Tapi menyesal apabila tahu cerita sebenar.
Su Berhentilah dari bergelumang dalam dosa besar.Di mana nilai persahabatan kita...kenapa su anggap sepi nasihat2 ummi.
Ya Allah....Teguhkan hati ummi dalam menasihati dan membimbing su.Hilangkan rasa benci ummi pada su.

3 ulasan:

  1. Salam Ummi,
    Saya amat terhari dengan entry Ummi ini, sangkaan kita bahawa apa yang berlaku itu adalah di luar lingkungan kehidupan kita, akan tetapi ia berlaku pada orang yang dekat dengan kita, orang yang setiap hari bertegus sapa, orang yang setiap hari bergurau senda dengan kita, berkongsi suka duka dengan kita .......
    dalam doa kita sentiasa memohon dijauhkan bala ini dari kalangan kita..... rupanya Allah menguji kita dengan ujian yang hebat ini.
    Saya menitis air mata sambil menyusuri bilah-bilah catatan Ummi, Ummi jua menanggung bebannya kerana Su adalah rakan setugas Ummi, rakan bergurau senda Ummi, saling berziarah antara satu sama lain, berdoalah kepada Yang Maha Pencipta agar Su meninggalkan tabiat haramnya, tentunya kita tidak mahu orang yang kita sayang, kita kasihi terjerumus ke dalam Neraka yang maha pedih azabnya.
    Saya sentiasa berdoa agar Su meninggalkan perbuatan zina yang menjadi rutinya. Bersama-sama kita bersolat hajat memohon bantuan daripada Allah Ta'ala.
    Bersuahalah agar mereka cepat diijab kabulkan. Kasihani pada anak kecilnya yang tidak tahu apa-apa. Agar dosa mereka tidak menjadi zikir. Agar dosa mereka tidak diulangai oleh anak-anak yang semakin membesar.
    Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Pengampun, Tuhan Yang Membalikan Hati MakhlukMu, Berikanlah HidayahMu kepada teman kami ini, agar dia sedar akan segala keterlanjurannya.......... Amin.

    BalasPadam
  2. WAH! HEBAT BETUL KOMENTAR DARI USTAZ NIKAN? SUNGGUH PANJANG LEBAR.

    SEMOGA DIZAMAN AKHIR ZAMAN INI,HUBUNGAN SESAMA KITA JUGA TERJAGA & TERPELIHARA...

    KADANG2 YANG JAHIL MACAM YG DICERITAKAN TU DAH MEMANG JAHIL, MASALAHNYA ADA JUGA DIAKHIR ZAMAN NI, YANG TAHU HUKUM HAKAM PUN TAK JAGA BATAS SESAMA SENDIRI. DAH TAK KISAH STATUS ANAK DARA ATAU BUJANG, SUAMI ORANG ATAU ISTERI ORANG....

    SESAMA ISTERI ORANG, SUAMI ORANG BOLEH BERCERITA LUAR DALAM MASALAH RUMAHTANGGA & KELUARGA TETAPI DGN SUAMI ATAU ISTERI SENDIRI SEPATAH HARAM TAK BERCERITA...

    ADAKAH ITU JUGA TANDA2 AKHIR ZAMAN??

    BalasPadam
  3. Semua itu boleh terjadi sekiranya iman di dada tidak mencukupi.dalam hal rumah tangga seeloknya,letakkan kepercayaan pada pasangan anda.jangan telalu cemburu dan sentiasa muhasabah diri.

    BalasPadam