Lama rasanya ummi tidak meninggalkan kesan di laman blog ini. Hinggakan hampir lupa add. blog sendiri. Puas ditekan tak juga betul. Last sekali ummi nekad kalau betul,teruskan. Kalau tak , tutup aje. Alhamdulillah......Akhirnya berjaya juga.
Selepas aidilfitri,minggu inilah ummi berkesempatan berada di rumah dengan tenang,tanpa jadual yang ketat.Tanpa perlu kesana-kesini.Tanpa program yang perlu ummi hadiri.Tanpa latihan koir memerlukan suara dari perut.Tanpa jemputan dari teman-teman yang berebut membuat rumah terbuka.Ummi juga tidak dapat lari dari menerima soalan"Bila nak buat rumah terbuka?"
"Nanti la.tunggu aje jemputan akan menyusul"sambil berfikir bila yea?
Setelah berbincang dengan suami dan melihat kesibukkan masing-masing,Ummi memilih 17hb bersamaan sambutan Deepavali untuk mengadakan jamuan ala-ala rumah terbuka,kerana hari itu merupakan hari yang amat sesuai bagi ummi.Terima kasih pada teman2 yang memenuhi jemputan ummi.Itu pun selepas maghrib,Ummi menerima jemputan pelajar2 USM (Fakulti Teknologi Industri) untuk BBQ di Homestay Teluk Bahang.
Seawal pagi,setelah mengemas dan membersih rumah,ummi mengimbau kembali sambutan aidilfitri kali ini.Penuh makna dan penuh kejutan yang tak di jangka.Bermakna yang ummi maksudkan kerana setelah 16 tahun berumahtangga,inilah kali pertama ummi berhariraya dirumah sendiri.Biarpun rumah ini telah menjadi milik ummi 4 tahun yang lalu.Ummi dapat merasa bagaimana berhariraya tanpa keluarga besar(yang lucunya,dikampung berhariraya tanpa rendang tahun ini.Selalunya Ummi dgn suami yang menyediakannya).Ummi dapat berhariraya bersama kawan-kawan yang berkunjung ke rumah.Anak-anak juga dapat berhariraya bersama kawan-kawan sepermainan mereka.Yang penting ummi dapat menyediakan segala persediaan di pagi syawal dengan cara sendiri.
Setelah selesai cuti hariraya, ummi kembali ke sekolah.Di hari pertama persekolahan,menerima kejutan dari anak-anak murid. Ummi menerima sebanyak 25 bekas yang berisi kuih raya.Penuh meja. Selalunya ummi menerima dalam 10 atau kurang dari itu.Tapi kali ini berbeza dari selalu.Sehingga kawan-kawan ada yang bertanya"Z,kamu minta anak-anak murid bawa ke?"Malu Ummi dibuatnya. Sehingga saat ummi menulis ini pun,kuih raya tersebut masih ada.Sewaktu kawan-kawan datang semalam,ummi memilih yang sempurna untuk dihidangkan kepada mereka.Yang dah lemau,Ummi buang aje la.Terima kasih permata hatiku.
Minggu kedua persekolahan,Anak ummi yang sulung menduduki peperiksaan PMR.Tak henti-henti ummi mendoakan ketenangannya ketika menjawab peperiksaan.Namun, tidak terlepas dari dugaan Allah.Hari kedua peperiksaan ummi menerima panggilan dari Kak Long yang mengatakan dia sakit perut,cirit birit.Disamping itu terdapat darah dengan kuantiti yang banyak.Lalu ummi bergegas membawanya kehospital.Doktor meminta Kak Long tinggal di wad.Oleh kerana sedang menjalani peperiksaan,Ummi memohon kebenaran untuk membawanya pulang ke asrama dan akan ke hospital pada keesokannya selepas menjawap kertas Geo.Pendarahan tetap berlaku sehingga ke hari sabtu tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
Dari keputusan Makmal.Tiada apa yang perlu di bimbangkan. Kak long kekurangan air.Panas dalam badan.Maklumlah di asrama!Sebelum itu, kak long kerap mengadu keputusan(tiada) air.Air terlalu kotor dan berbau klorin yang amat.Sehingga memaksa pelajar2 membawa air minuman sendiri dari rumah.Setiap kali menghantar kak long ke Asrama,ummi akan lihat satu senario di mana pelajar2 akan mengendong air seberat 5 liter setiap seorang.
Sebelum itu, kak Ngah(anak kedua)juga telah batuk dan memuntahkan darah.Apabila dipereksa.Doktor mengatakan hal sama.kekurangan air dalam badan.Kak Ngah juga tinggal di asrama yang kerap juga mengadu air yang disediakan pihak asrama berbau klorin.Di mana silap dan puncanya?
Dalam kesibukan itu,ummi menerima pengkhabaran yang Ibu telah tersenarai untuk keTanah Suci pada 12 November nanti bersama emaknya(nenek ummi)Alhamdulillah....setelah bertahun menanti,akhirnya ibu mendapat lampu hijau untuk menjadi tetamu Allah.Mudah-mudahan Ibu selamat pergi dan kembali.Amin.
Namun,masih ada rasa bimbang dalam hati ummi dan saudara2 yang lain.Kenapa Abang dan kakak tidak tersenarai.kenapa mak cik (adik Ibu)dan mak chak(Kakak Ibu) tiada dalam list.Sedangkan mereka memohon bersama.Mampukah Ibu dan nenek menjaga diri masing-masing.Kegusaran itu hilang sedikit apabila mendapat berita terkini.Mak cik dan Mak chak akan menyertai mereka berdua pada tarikh yang sama.Alhamdulillah.Ibu kini sibuk menyediakan persiapan ilmu dalam diri.Ibu juga telah menghadiri Praktikal haji.
Tadi ummi menelepon ibu,ibu mengatakan abah terkilan dengan ummi dan saudara yang lain.Punca utama kerana dia tak boleh ke Tanah Suci.Ummi rasa abah sendiri yang salah. Sebelum mendaftar dan memohon untuk Ibu,saudara2 yang lain telah berbincang dengan abah hal tersebut.Tapi abah memberi alasan abah telah sampai ke Tanah Suci.Beri peluang untuk Ibu.Semua anak2 akur dengan keputusan abah.Lagi pun abah kata wang dalam simpanannya untuk adik Yan sambung belajar.(Anak dengan Isteri mudanya) Bagi Ummi alasan abah bukan untuk itu.abah ingin membawa isteri mudanya bersama.Tetapi abah mampu untuk bawa kedua-duanya.kalau abah tak mampu,anak2 dah janji akan bersama-sama membuat simpanan untuk abah.Cuma abah tak mau.Ibu pergi pun atas simpanan anak2 pada Ibu.Langsung tiada kaitan dengan duit abah.Knape abah nak kecil hati.
Patut lah abah langsung tak ambil peduli hal keberangkatan Ibu ke Mekah.Abah tak ambil kisah bila nak buat kenduri?Abah tak ambil part dalam penyediaan keperluan Ibu.Semuanya Ibu buat dengan anak2.Kalau Ibu tanya sesuatu pasti jawapan yang menyakitkan hati ibu.Sedangkan Ibu dah melakukan yang wajib terhadap abah.Ibu dan anak2 telah meminta kebenaran abah terlebih dahulu.Hinggakan TH menelepon abah mengenai tarikh praktikal Ibu pun,abah tak memberitahu ibu.Abah,abah......izin kan Ibu pergi dengan tenang.Izin kan ibu mengubat hati yang telah abah lukai selama 30 tahun.Izinkan Ibu pergi ke tempat yang dihajati sejak dulu lagi.Izin kan lah abah ......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan