Rabu, 4 November 2009

SIAPAKAH YANG PALING CANTIK?????


Kecantikan wajah bersifat sementara.




"Eh,eh Salleh! kau lihat tu.....Budak perempuan yang berbaju kuning,yang berambut panjang tu"


"Amboi,mak!........ cantiknya dia....kalau aku dapat,alangkah beruntungnya aku...."Kata Rahman sambil menepuk2 bahu Salleh memohon perhatian.



"Alaaaaa........Macam tu kau kata cantik?Tak ingin la aku" kata Salleh sambil menghirup cendol pulut nya.



"Apalah engkau.Macam tu punya bergetah kau kata tak cantik?Engkau ndak tunggu bidadari dari syurga ke ?" Kata Rahman separuh kecewa apabila pendapatnya disangkal Salleh.


"CANTIK" adalah satu perkataan yang subjek.


Cantik itu selalu dikaitkan dengan wanita.

Cantik juga boleh ditakrifkan dengan pelbagai tafsiran.Ada yang mengatakan cantik pada paras rupa.Maka wujud lah perumpamaan untuk mengambarkan kecantikkan wanita atau gadis seperti Hidung mancung bagai seludang,pipi pauh bagai dilayang,alis mata yang lentik dan bibir merah bak delima.
Tetapi semua itu bersifat sementara.Apabila usia meningkat ,semua itu turut hilang. Sesetengah wanita pula akan menganggap kebahagian hidup terletak pada kecantikkan.Mereka sanggup berhabis-habisan untuk kelihatan cantik dan seksi.Wanita terlalu obses pada kecantikkan.
Ada juga yang mengatakan cantik itu terletak pada budi bahasa,ikhlas,amanah dan akhlak yang baik. Sekiranya wajah cantik tapi tiada budi bahasa,tidak berguna juga.Kadang-kadang kita lihat seorang anak gadis yang rupa paras tidak la secantik mana,tetapi kaya dengan budi bahasa.
Namun dia tetap di katakan cantik.Kadang-kadang kita akan bertemu dengan gadis yang wajahnya terlalu cantik tetapi tingkahlakunya amat menyakitkan hati,adakah itu dinamakan cantik?Sekiranya kita bertemu dengan rupa paras yang cantik dan budi bahasa yang tinggi,itu dikatakan package.Kebanyakkan gadis seperti ini dikatakan boleh membawa kebahagian dalam rumahtangga.Benarkah begitu?
Kebahagian sebenarnya bermula dari dalam diri yang bersih,hati yang dekat dengan Allah.Apabila jiwa bersih kecantikan rupa paras akan terserlah.Dalam kata lain,cantik bermula dari hati yang suci.Apabila hati bersih suci maka terpancar di wajah akan kecantikan diri.Sejuk mata yang memandangnya.
Islam suka pada kecantikan,Kerana Allah jua suka pada kecantikan tetapi kecantikan yang hakiki.
Timbul di fikiran yang mana lebih penting?adakah cantik paras rupa atau cantik pada budi bahasa?Mana satu yang benar-benar membawa kebahagian.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan