Sabtu, 28 November 2009

MAAFKANLAH DENGAN IKHLAS....






Memohon maaf, amat mudah.Semudah menutup bibir atas dan bibir bawah,tetapi semudah itukah hati yang terluka mahu memaafkan?



Inilah persoalannya.Memberi maaf,berat bagi yang tidak redha.Namun menyimpan dendam di lubuk hati yang dalam,juga sebenarnya satu beban.Malahan lebih berat dan perit lagi.



Jika kita terus menyimpan dendam itu sebagai dendam kesumat.



Menghuraikan dendam dengan maaf adalah sebaik-baik tindakan.Hati menjadi tenang dan orang yang menyebabkan jiwa kita bercelaru juga mungkin mendapat manfaat daripada permaafan yang kita hulurkan secara ikhlas.Amalan memaafkan ini juga adalah murni untuk membersihkan hati.



Namun bagi orang yang berhadapan dengan situasi sebegini akan berkata"Cakap memang senang.Cuba diri sendiri yang alami,barulah tahu," kita faham,bagi mereka yang disakiti,dianiaya dengan melampau sehingga mengalami trauma dalam jiwa,atau terdera mental mahupun fizikalnya,memafkan atau mengampunkan dosa,orang yang menyebabkan keadaannya jadi begitu,adalah sesuatu yang amat sukar.Umpama dipaksa menelan duri dan api,sakit dan menyakitkan.




Pun begitu,kita perlu ingat di dalam Al-Quran ada disebut,semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.Ubat untuk menyembuhkan rasa sakit hati adalah memaafkan!Ini sudah diulang berkali-kali oleh para nabi,para ulama dan pakar psikologi mahupun pakar-pakar motivasi.Memaafkan seseorang yang menyebabkan kelukaan di hati kita,adalah penyembuh paling ampuh.Jiwa akan terasa ringan.Biarkan kesan luka itu diubati oleh masa.Masa akan merawatnya tanpa kita sedari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan