Selasa, 17 November 2009

SALAH SIAPA?????

Setiap kali musim peperiksaan SPM menjelma,setiap kali itu lah peristiwa 22 tahun dahulu menjelma di kotak fikiran Ummi.Tahun 1987 adalah tahun yang agak genting buat Ummi dan rakan2 di kelas 5 sc 2.Kerana tahun itu kami akan menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM.
Peperiksaan itu bakal menentukan hala tuju kami.




Peristiwa itu berlaku ketika semua pelajar sibuk membuat persediaan yang bakal diduduki sebulan dari hari tersebut.Dalam keasyikan mentelaah dan membuat "study Group",rutin dan jadual harian tidak kami lupakan.





Petang itu,petang sabtu(tarikhnya Ummi tak ingat)selepas kami selesai membersih ladang dan membaja serta meracun untuk mengelak ladang kami di makan oleh serangga dan ulat2 (yang dipenuhi dengan pokok kacang panjang dan kacang bendi serta sayur2an lain yang di tanam sendiri oleh penghuni asrama)Ummi dan rakan2 membersihkan diri dan bersedia untuk makan malam.Apabila loceng berbunyi,kami berbaris untuk mengambil makanan.





"Mana abang Zul?"Syukri bertanya kepada Harizal


"Abang Zul tak nak makan,katanya masih kenyang" Jawab Harizal iaitu classmate Ummi.
Seingat ummi, semua penghuni asrama di wajibkan makan bersama.Tapi berlainan pula hari itu dengan abang Zul iaitu ketua Asrama SMB.




Selesai makan,kami mengubah haluan ke Surau untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini.





Surau lelaki terletak di tengah halaman,manakala surau perempuan terletak bertentangan dengan dewan makan.Jarak diantara kedua-duanya lebih kurang 30-40 meter saja.





Setelah selesai memberi salam akhir,Ummi dan rakan2 terdengar bunyi bising dari dewan makan.





"Ambilkan air kelapa,Ambilkan air kelapa."Jelas kedengaran suara dari luar surau.





Semua jemaah bangun dan berlari keluar dari surau untuk memastikan apa yang terjadi.





"Abang Zul terminum racun!"Satu suara yang Amat aku kenali,Syed Senu,pelajar 5sc1.





"Semua pelajar dikehendaki masuk ke bilik asrama. Prep malam di batalkan.Pengawas asrama dikehendaki berkumpul di pejabat warden"Suara pengumuman di buat melalui pembesar suara yang kedengaran ke setiap sudut asrama.Ummi amat pasti itu suara cikgu siti Rodhiah yang merupakan warden asrama puteri.



Ummi,Rabiatun dan Rohana serta pengawas asrama yang lain bergegas ke pejabat warden.Masing-masing terdiam,mungkin sedang berfikir kenapa?mengapa dan apa puncanya Abang Zul bertindak sedemikian.Setahu Ummi Abang Zul adalah seorang pelajar yang tabah dan berdikari.Dia seorang anak yang baik dan dia juga merupakan anak yang sulung dari 6 orang adik beradik.Abang Zul dari keluarga yang susah.Kata orang "kais pagi makan pagi."Bapanya menghidap penyakit lelah,menyara keluarga dengan menjual belacan dan ulam-ulaman yang di petik dalam hutan berdekatan rumah mereka.

Abang Zul pelajar tingkatan 6 Atas.Biasiswa yang diperolehi sebanyak RM45(tahun 1987) setiap bulan akan di beri kepada keluarga untuk perbelanjaan adik-adiknya yang masih kecil.Kerana kesusahan itu juga abang Zul menyertai kelab ladang untuk bercucuk tanam.sekurang-kurangnya duit hasil tanaman ladang itu dapat menyara kehidupannya di asrama.

Kesusahan abang Zul tidak diketahui oleh semua penghuni asrama.kecuali rakan-rakan yang rapat dengannya seperti Abang Sobri.Abang Zaki,Aliza,Rohana dan Syed Senu.Kerana mereka datang dari kawasan yang sama dengan Abang Zul.Dalam erti kata lain"satu kampung".Mereka juga adalah rakan sepermainan abang Zul dari kecil.

"Semua penghuni asrama dikehendaki berada dalam kamar masing-masing.Jangan membuat sebarang bising .Memang benar Zul telah terminum racun,tetapi punca dan bagaimana cikgu tak pasti,Yang pasti cikgu harap sesiapa pun jangan membuat andaian yang bukan-bukan.Berdoalah keselamatan Zul." Ucap Cikgu Siti sebelum bersurai.

Selepas azan Isyak di laungkan.Penghuni asrama kembali berkumpul di surau untuk mendirikan solat Isyak.Cikgu Siti turut hadir dalam jemaah kali ini.Ada timbul rasa syak yang tidak menyedapkan hati Ummi.Kerana selalunya kami di amanah dan dijaga oleh pengawas yang bertugas sahaja.Selesai memberi salam,Cikgu siti kehadapan Jemaah dan memulakan bicara.

"Cikgu Harap semua bersabar dan bersedia menerima berita yang akan cikgu sampaikan.Tadi sebelum azan Isyak,Cikgu menerima panggilan dari cikgu Syukri(Warden Asrama Petera) bahawa Abang Zul telah kembali ke rahmatullah.Mari kita sama-sama berdoa agar rohnya ditempatkan bersama kekasih Allah."

"Tidakkkkkkkkkkk,Abang Zul tak boleh mati.....Abang zul tak boleh tinggalkan Ekin, Abang Zulllllllllllll." Jerit suara dari saf belakang.Mengejutkan semua jemaah yang ada.


Ekin adalah sahabat yang paling baik dengan abang zul.Ekin adalah pelajat tingkatan 4.Ekin banyak membantu abang zul.Ekin juga benyak membeli keperluan pada abang zul walaupun abang zul melarang Ekin berbuat begitu.Tidak cukup dengan itu,Ibubapa Ekin juga turut membantu Abang zul.Walaupun kadang-kadang abang zul terpaksa menolak bantuan yang dihulurkan.dia menolak dengan baik.Mereka terhutang budi pada abang zul kerana mengajar Ekin menjadi anak yang baik.Sebelum ini ,sebelum keluarganya berhijrah ke pekan Grik.Ekin dikatakan seorang anak yang liar.Ekin tak pernah bersolat.Ekin tak pernah mengaji al Quran.Apabila di mengenali abang zul,Ekin sudah pandai bertudung.Ekin sudah mahu bersolat dan kadang-kadang membaca alquran.

Semenjak Abang zul di bawa ke hospital,Ekin tak henti-henti menangis dan merayu kepada cikgu siti agar membenarkan beliau ke hospital untuk melihat abang zul.Puas sudah kakak2 dan kawan2 menasihati Ekin agar bersabar dan berdoa.Namun Ekin masih juga seperti sebelumnya.terus merayu2 dan menangis.Apabila Cikgu Siti mengumumkan pemergian abang zul mengadap Ilahi.Ekin tak dapat mengawal emosinya yang terlalu sedih.Sesejap Ekin pengsan.apabila sedar dia akan menangis dan menangis.kemudian pengsan lagi.

Sementara menanti ibubapa Ekin datang dari Grik untuk mengambilnya pulang,Ekin sudah 2,3 kali pengsan.Sehingga Cikgu Siti meminta pihak Hospital (yang di panggil ke Asrama)menyuntik ubat penenang untuk memudahkan Ekin di bawa pulang oleh ibubapanya.

Keesokkan harinya,semua pelajar tingkatan 6 atas dan rakan2 sekampung dengan arwah sahaja yang dibenarkan menziarahi jenazah arwah.Suasana sedih menyelubungi asrama.Timbul cerita2 yang mengatakan arwah sengaja minum racun kerana terlalu tension dengan masalah yang henti2 menimpa dirinya.Ada cerita lain kata abang zul terminum kerana cawan yang digunakan untuk menyukat racun terletak berdekatan dengan minumannya di ladang.Ada pula yang mengatakan abang zul hanya bergurau dan mengacah2 meminum racun tersebut,tetapi racun itu tertumpah ke dalam mulutnya.

Timbul berbagai cerita selepas itu yang pasti abang zul telah mengadap Ilahi.Hanya abang zul dan Allah sahaja yang tahu apa cerita sebenarnya.

Bagi penghuni Asrama SMB,Kedah. kisah itu tidak berakhir di situ.Setiap minggu Cikgu Syukri dan Cikgu Siti akan mengunjungi keluarga arwah untuk menyampaikan sumbangan dari penghuni asrama dan pihak sekolah yang berupa beras dan barang dapur serta sedikit wang untuk kegunaan mereka sekeluarga.

Cikgu Syukri dan Cikgu Siti tidak pergi bersendirian.Mereka akan membawa kawan2 Asrama yang rapat dengan abang zul untuk menziarahi kelurga tersebut.

Sehingga lah tiba giliran ummi untuk menziarahi mereka.Sewaktu dalam kereta ummi tak sabar-sabar untuk melihat keadaan mereka,kerana ada cerita dari kawan-kawan yang telah pergi,rumah arwah terlalu kecil dan tersangat dhaif keadaannya.

Sewaktu sampai di kawasan perkampungan itu,Cikgu memberhentikan kereta di sebuah surau.Kereta tidak dapat masuk ke dalam. kami perlu berjalan kaki untuk sampai.jaraknya dalam 200 -300 meter.

Setelah penat berjalan meredah denai dan lurah bukit,akhirnya ummi sampai jua ke rumah tersebut.Bagi ummi itu bukan rumah.itu adalah pondok-pondok yang lantainya hanya terdiri dari buluh yang di belah dua.dindingnya pula dianyam,luas keseluruhan rumahnya hanya sebesar bilik ummi.Kalau di nyalakan sebatang lilin sudah menerangi keseluruhan ruang yang ada.atapnya pula dari daun nipah yang di anyam.tangganya pula terdiri dari batang kayu sebesar lengan ummi.

Benar lah seperti yang diceritakan oleh kawan2 sebelum ini.Pada hari lawatan ummi dan Cikgu2,Bapa arwah telah di masukkan ke hospital kerana penyakit lelahnya yang menyerang
semula.Sebelum pulang.ummi dikhabarkan adik-adik arwah mencari wang untuk membayar yuran atau membeli keperluan sekolah dengan menjual burung yang di tangkap dari hutan.

Kebetulan pada hari tersebut,terdapat sepasang burung serindik yang amat cantik, baru di tangkap oleh adik lelakinya.Lalu ummi memohon untuk membeli darinya.Ummi membawa burung tersebut ke dalam kereta.Beberapa minit,setelah Cikgu memulakan perjalanan,Ummi meminta cikgu memberhentikan kereta.Ummi melepaskan burung itu dengan harapan burung itu akan ditangkap semula oleh adik arwah dan dijual pada orang lain.

Bagi Ekin,beliau tak dapat meneruskan pelajaran di SMB kerana masih diganggu dengan kenangan bersama abang Zul.Keluarga Ekin telah memindahkan Ekin ke sekolah di sekitar Perak.Menurut Cikgu Syukri,adik-adik abang zul terus mencipta kegemilangan dalam dunia ilmu, setiap kali menghadapi peperiksaan.pasti adik-adiknya dalam senarai teratas.Alhamdulillah....

Adik-adiknya juga telah merubah cara hidup mereka.Apabila seorang demi seorang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan