Sabtu, 28 November 2009

MAAFKANLAH DENGAN IKHLAS....






Memohon maaf, amat mudah.Semudah menutup bibir atas dan bibir bawah,tetapi semudah itukah hati yang terluka mahu memaafkan?



Inilah persoalannya.Memberi maaf,berat bagi yang tidak redha.Namun menyimpan dendam di lubuk hati yang dalam,juga sebenarnya satu beban.Malahan lebih berat dan perit lagi.



Jika kita terus menyimpan dendam itu sebagai dendam kesumat.



Menghuraikan dendam dengan maaf adalah sebaik-baik tindakan.Hati menjadi tenang dan orang yang menyebabkan jiwa kita bercelaru juga mungkin mendapat manfaat daripada permaafan yang kita hulurkan secara ikhlas.Amalan memaafkan ini juga adalah murni untuk membersihkan hati.



Namun bagi orang yang berhadapan dengan situasi sebegini akan berkata"Cakap memang senang.Cuba diri sendiri yang alami,barulah tahu," kita faham,bagi mereka yang disakiti,dianiaya dengan melampau sehingga mengalami trauma dalam jiwa,atau terdera mental mahupun fizikalnya,memafkan atau mengampunkan dosa,orang yang menyebabkan keadaannya jadi begitu,adalah sesuatu yang amat sukar.Umpama dipaksa menelan duri dan api,sakit dan menyakitkan.




Pun begitu,kita perlu ingat di dalam Al-Quran ada disebut,semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.Ubat untuk menyembuhkan rasa sakit hati adalah memaafkan!Ini sudah diulang berkali-kali oleh para nabi,para ulama dan pakar psikologi mahupun pakar-pakar motivasi.Memaafkan seseorang yang menyebabkan kelukaan di hati kita,adalah penyembuh paling ampuh.Jiwa akan terasa ringan.Biarkan kesan luka itu diubati oleh masa.Masa akan merawatnya tanpa kita sedari.

Jumaat, 27 November 2009

SALAM EIDUL ADHA..........





Beberapa detik lagi,matahari 9 zulhijjah akan berlabuh.Akan muncul pula 10 zulhijjah.saat yang di nanti-nantikan oleh lebih 3 juta Jamaah haji yang berkampung di padang Arafah.Begitu juga bonda yang sebentar tadi mengkhabarkan bahawa tidak sabar untuk menjalani Ibadat haji bersama harapan untuk mendapat keredhoan Allah Swt.

Suaranya ceria,dan bonda memohon anak-anak mendoakan kelancaran bonda dan saudara-saudaranya menjalani ibadat haji dan mendapat haji mabrur.Kata bonda lagi sampaikan salam pada semua terutama ayahanda.Mungkin bonda sedikit rindu pada ayahanda.

Bonda rasa bertuah kerana dapat merasai hujan rahmat di tanah suci.Kata bonda lagi pada awalnya cuaca agak panas,kemudian semua jamaah di minta bersolat meminta di kurangkan kepanasan.Tapi atas keajaiban tanah suci.Allah memberi hujan.MasyaAllah.....

Bonda....Selamat Menjalani Ibadah Haji,Semuga dikurniakan Haji yang mabrur..... Semuga bonda dapat membuang sagala sifat yang tidak elok dan membawa pulang hati yang suci.

Jumaat, 20 November 2009

BICARA HATI SEORANG WANITA






Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kini aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami...
seorang mujahid

Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah


Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan


Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak


Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!
Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf

Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..


Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi


Namun..Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan
Yang saling berkorban dan dikorbankan


Buat menyemarakkan Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian Putera-puteranya dimedan jihad
"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"
Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka


Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu
Ya Ilahi...
Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu


Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."

SYAITAN PUN TERKENTUT

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan.

Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali.

Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.

Malah,hamba Allah itu pun akan teringat sesuatu yang belum dilakukan lagi.Atau hamba Allah itu akan terus teringat pada sesuatu yang dicari sebelum ini,sedangkan sebelum solat dia berkali-kali mencarinya,tetapi tidak pernah bertemu dengannya.

Selasa, 17 November 2009

SALAH SIAPA?????

Setiap kali musim peperiksaan SPM menjelma,setiap kali itu lah peristiwa 22 tahun dahulu menjelma di kotak fikiran Ummi.Tahun 1987 adalah tahun yang agak genting buat Ummi dan rakan2 di kelas 5 sc 2.Kerana tahun itu kami akan menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM.
Peperiksaan itu bakal menentukan hala tuju kami.




Peristiwa itu berlaku ketika semua pelajar sibuk membuat persediaan yang bakal diduduki sebulan dari hari tersebut.Dalam keasyikan mentelaah dan membuat "study Group",rutin dan jadual harian tidak kami lupakan.





Petang itu,petang sabtu(tarikhnya Ummi tak ingat)selepas kami selesai membersih ladang dan membaja serta meracun untuk mengelak ladang kami di makan oleh serangga dan ulat2 (yang dipenuhi dengan pokok kacang panjang dan kacang bendi serta sayur2an lain yang di tanam sendiri oleh penghuni asrama)Ummi dan rakan2 membersihkan diri dan bersedia untuk makan malam.Apabila loceng berbunyi,kami berbaris untuk mengambil makanan.





"Mana abang Zul?"Syukri bertanya kepada Harizal


"Abang Zul tak nak makan,katanya masih kenyang" Jawab Harizal iaitu classmate Ummi.
Seingat ummi, semua penghuni asrama di wajibkan makan bersama.Tapi berlainan pula hari itu dengan abang Zul iaitu ketua Asrama SMB.




Selesai makan,kami mengubah haluan ke Surau untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini.





Surau lelaki terletak di tengah halaman,manakala surau perempuan terletak bertentangan dengan dewan makan.Jarak diantara kedua-duanya lebih kurang 30-40 meter saja.





Setelah selesai memberi salam akhir,Ummi dan rakan2 terdengar bunyi bising dari dewan makan.





"Ambilkan air kelapa,Ambilkan air kelapa."Jelas kedengaran suara dari luar surau.





Semua jemaah bangun dan berlari keluar dari surau untuk memastikan apa yang terjadi.





"Abang Zul terminum racun!"Satu suara yang Amat aku kenali,Syed Senu,pelajar 5sc1.





"Semua pelajar dikehendaki masuk ke bilik asrama. Prep malam di batalkan.Pengawas asrama dikehendaki berkumpul di pejabat warden"Suara pengumuman di buat melalui pembesar suara yang kedengaran ke setiap sudut asrama.Ummi amat pasti itu suara cikgu siti Rodhiah yang merupakan warden asrama puteri.



Ummi,Rabiatun dan Rohana serta pengawas asrama yang lain bergegas ke pejabat warden.Masing-masing terdiam,mungkin sedang berfikir kenapa?mengapa dan apa puncanya Abang Zul bertindak sedemikian.Setahu Ummi Abang Zul adalah seorang pelajar yang tabah dan berdikari.Dia seorang anak yang baik dan dia juga merupakan anak yang sulung dari 6 orang adik beradik.Abang Zul dari keluarga yang susah.Kata orang "kais pagi makan pagi."Bapanya menghidap penyakit lelah,menyara keluarga dengan menjual belacan dan ulam-ulaman yang di petik dalam hutan berdekatan rumah mereka.

Abang Zul pelajar tingkatan 6 Atas.Biasiswa yang diperolehi sebanyak RM45(tahun 1987) setiap bulan akan di beri kepada keluarga untuk perbelanjaan adik-adiknya yang masih kecil.Kerana kesusahan itu juga abang Zul menyertai kelab ladang untuk bercucuk tanam.sekurang-kurangnya duit hasil tanaman ladang itu dapat menyara kehidupannya di asrama.

Kesusahan abang Zul tidak diketahui oleh semua penghuni asrama.kecuali rakan-rakan yang rapat dengannya seperti Abang Sobri.Abang Zaki,Aliza,Rohana dan Syed Senu.Kerana mereka datang dari kawasan yang sama dengan Abang Zul.Dalam erti kata lain"satu kampung".Mereka juga adalah rakan sepermainan abang Zul dari kecil.

"Semua penghuni asrama dikehendaki berada dalam kamar masing-masing.Jangan membuat sebarang bising .Memang benar Zul telah terminum racun,tetapi punca dan bagaimana cikgu tak pasti,Yang pasti cikgu harap sesiapa pun jangan membuat andaian yang bukan-bukan.Berdoalah keselamatan Zul." Ucap Cikgu Siti sebelum bersurai.

Selepas azan Isyak di laungkan.Penghuni asrama kembali berkumpul di surau untuk mendirikan solat Isyak.Cikgu Siti turut hadir dalam jemaah kali ini.Ada timbul rasa syak yang tidak menyedapkan hati Ummi.Kerana selalunya kami di amanah dan dijaga oleh pengawas yang bertugas sahaja.Selesai memberi salam,Cikgu siti kehadapan Jemaah dan memulakan bicara.

"Cikgu Harap semua bersabar dan bersedia menerima berita yang akan cikgu sampaikan.Tadi sebelum azan Isyak,Cikgu menerima panggilan dari cikgu Syukri(Warden Asrama Petera) bahawa Abang Zul telah kembali ke rahmatullah.Mari kita sama-sama berdoa agar rohnya ditempatkan bersama kekasih Allah."

"Tidakkkkkkkkkkk,Abang Zul tak boleh mati.....Abang zul tak boleh tinggalkan Ekin, Abang Zulllllllllllll." Jerit suara dari saf belakang.Mengejutkan semua jemaah yang ada.


Ekin adalah sahabat yang paling baik dengan abang zul.Ekin adalah pelajat tingkatan 4.Ekin banyak membantu abang zul.Ekin juga benyak membeli keperluan pada abang zul walaupun abang zul melarang Ekin berbuat begitu.Tidak cukup dengan itu,Ibubapa Ekin juga turut membantu Abang zul.Walaupun kadang-kadang abang zul terpaksa menolak bantuan yang dihulurkan.dia menolak dengan baik.Mereka terhutang budi pada abang zul kerana mengajar Ekin menjadi anak yang baik.Sebelum ini ,sebelum keluarganya berhijrah ke pekan Grik.Ekin dikatakan seorang anak yang liar.Ekin tak pernah bersolat.Ekin tak pernah mengaji al Quran.Apabila di mengenali abang zul,Ekin sudah pandai bertudung.Ekin sudah mahu bersolat dan kadang-kadang membaca alquran.

Semenjak Abang zul di bawa ke hospital,Ekin tak henti-henti menangis dan merayu kepada cikgu siti agar membenarkan beliau ke hospital untuk melihat abang zul.Puas sudah kakak2 dan kawan2 menasihati Ekin agar bersabar dan berdoa.Namun Ekin masih juga seperti sebelumnya.terus merayu2 dan menangis.Apabila Cikgu Siti mengumumkan pemergian abang zul mengadap Ilahi.Ekin tak dapat mengawal emosinya yang terlalu sedih.Sesejap Ekin pengsan.apabila sedar dia akan menangis dan menangis.kemudian pengsan lagi.

Sementara menanti ibubapa Ekin datang dari Grik untuk mengambilnya pulang,Ekin sudah 2,3 kali pengsan.Sehingga Cikgu Siti meminta pihak Hospital (yang di panggil ke Asrama)menyuntik ubat penenang untuk memudahkan Ekin di bawa pulang oleh ibubapanya.

Keesokkan harinya,semua pelajar tingkatan 6 atas dan rakan2 sekampung dengan arwah sahaja yang dibenarkan menziarahi jenazah arwah.Suasana sedih menyelubungi asrama.Timbul cerita2 yang mengatakan arwah sengaja minum racun kerana terlalu tension dengan masalah yang henti2 menimpa dirinya.Ada cerita lain kata abang zul terminum kerana cawan yang digunakan untuk menyukat racun terletak berdekatan dengan minumannya di ladang.Ada pula yang mengatakan abang zul hanya bergurau dan mengacah2 meminum racun tersebut,tetapi racun itu tertumpah ke dalam mulutnya.

Timbul berbagai cerita selepas itu yang pasti abang zul telah mengadap Ilahi.Hanya abang zul dan Allah sahaja yang tahu apa cerita sebenarnya.

Bagi penghuni Asrama SMB,Kedah. kisah itu tidak berakhir di situ.Setiap minggu Cikgu Syukri dan Cikgu Siti akan mengunjungi keluarga arwah untuk menyampaikan sumbangan dari penghuni asrama dan pihak sekolah yang berupa beras dan barang dapur serta sedikit wang untuk kegunaan mereka sekeluarga.

Cikgu Syukri dan Cikgu Siti tidak pergi bersendirian.Mereka akan membawa kawan2 Asrama yang rapat dengan abang zul untuk menziarahi kelurga tersebut.

Sehingga lah tiba giliran ummi untuk menziarahi mereka.Sewaktu dalam kereta ummi tak sabar-sabar untuk melihat keadaan mereka,kerana ada cerita dari kawan-kawan yang telah pergi,rumah arwah terlalu kecil dan tersangat dhaif keadaannya.

Sewaktu sampai di kawasan perkampungan itu,Cikgu memberhentikan kereta di sebuah surau.Kereta tidak dapat masuk ke dalam. kami perlu berjalan kaki untuk sampai.jaraknya dalam 200 -300 meter.

Setelah penat berjalan meredah denai dan lurah bukit,akhirnya ummi sampai jua ke rumah tersebut.Bagi ummi itu bukan rumah.itu adalah pondok-pondok yang lantainya hanya terdiri dari buluh yang di belah dua.dindingnya pula dianyam,luas keseluruhan rumahnya hanya sebesar bilik ummi.Kalau di nyalakan sebatang lilin sudah menerangi keseluruhan ruang yang ada.atapnya pula dari daun nipah yang di anyam.tangganya pula terdiri dari batang kayu sebesar lengan ummi.

Benar lah seperti yang diceritakan oleh kawan2 sebelum ini.Pada hari lawatan ummi dan Cikgu2,Bapa arwah telah di masukkan ke hospital kerana penyakit lelahnya yang menyerang
semula.Sebelum pulang.ummi dikhabarkan adik-adik arwah mencari wang untuk membayar yuran atau membeli keperluan sekolah dengan menjual burung yang di tangkap dari hutan.

Kebetulan pada hari tersebut,terdapat sepasang burung serindik yang amat cantik, baru di tangkap oleh adik lelakinya.Lalu ummi memohon untuk membeli darinya.Ummi membawa burung tersebut ke dalam kereta.Beberapa minit,setelah Cikgu memulakan perjalanan,Ummi meminta cikgu memberhentikan kereta.Ummi melepaskan burung itu dengan harapan burung itu akan ditangkap semula oleh adik arwah dan dijual pada orang lain.

Bagi Ekin,beliau tak dapat meneruskan pelajaran di SMB kerana masih diganggu dengan kenangan bersama abang Zul.Keluarga Ekin telah memindahkan Ekin ke sekolah di sekitar Perak.Menurut Cikgu Syukri,adik-adik abang zul terus mencipta kegemilangan dalam dunia ilmu, setiap kali menghadapi peperiksaan.pasti adik-adiknya dalam senarai teratas.Alhamdulillah....

Adik-adiknya juga telah merubah cara hidup mereka.Apabila seorang demi seorang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Rabu, 11 November 2009

HAPPY 16 ANNIVERSARY

SUPRISE DARI SUAMI

Semuga kebahagian milik kami.....



Bersama suami tercinta...


Kutitipkan buatmu suamiku tercinta Wan Azhar sempena ulang tahun
perkahwinan kita yang ke 16 pada hari ini,
11 November 2009.



Sempena ulang tahun perkahwinan
Ingin kuimbau seribu kenangan
Sebagai bekal menuju ke hadapan
Moga hari esok kita lebih baik dari semalam



Dengan memanfaatkan hari ini …..
yang dalam genggaman
Walau pernah kita tiba di ribuan persimpangan
Tetapi syukur, kita tak pernah hilang SATU tujuan



Sering juga kita diguris perbezaan
Namun kesetiaan kita selalu menyelamatkan
Persinggahan demi persinggahan…..
Kita tak pernah kelelahan



Usiamu adalah sungai kasihku
Setiamu adalah sumur juangku
Aku tidak akan kalah
Kerna kau sentiasa di sisi Kau tidak akan rebah
Kerna aku sentiasa di situ… Di hatimu!




Oh suamiku,
Kau lampu suluhku di malam kelam
Kau redup teduhku di panas membahang
Sewaktu-waktu aku tinggal keseorangan
Kau tegak setia menjadi teman



Terlalu untuk kuucapkan segala
Kerna makna cinta itu luas saujana
Dan hari-hariku akan terus berlagu setia
Kerna kau berada di sini
Di hati sentiasa!



Terimakasih tak terhingga buatmu suamiku tercinta….


***************************************************
**********************************


Selasa, 10 November 2009

IZINKAN AKU MENJADI ISTERIMU........



Menurut Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri.


Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.



Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri.


Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.



Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….".



Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…" Tu baru bab lahiriah yang dipinta..


kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnya bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi….



Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita…sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya.. Kerna itu.. seboleh2nya..jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. Kerana redha seorang isteri berada dalam redha suami.


Kalau boleh,hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua suami inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukkan anda atau sebaliknya…Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri.


Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.Mulalah kita mencipta pelbagai cerita menyalahkan suami.



Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasanya bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dia lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan
meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan.Mereka akan mengatakan terimalah dirinya dengan seadanya.


Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannya berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi…suami tetap merupakan "Anak Sulung"… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan….Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami.



Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada"pendinding" akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan. Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan.Begitu juga dengan lelaki yang kesunyian akan menjadi lebih perasan.



Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami. Ada wanita lain yang lebih menghormati dirinya daripada si isteri yang selalu membanding-bandingkan suaminya.Malah ada wanita lain yang boleh menjadi pendengar yang setia dari isterinya.


Wahai wanita di luar sana....renong-renongkan lah diri anda.Adakah anda benar-benar seorang isteri?Jika YA.....bererti hilangnya seri rumahtangga itu berpunca dari suami atau dari anda sendiri???????

wallahualam

Isnin, 9 November 2009

SECEBIS KISAH UTK TELADAN


HATI ADALAH PUNCA SEGALA MAKSIAT


Ada seorang lelaki yang sedang nazak.Dia mengungkapkan beberapa perkataan yang sukar untuk difahimi orang lain. Katanya,"Alangkah baiknya kalau semua,alangkah baiknya kalau baru dan alangkah baiknya kalau banyak."

Sahabatnya tidak memahami maksud kata-kata itu lantas bertanya Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah:



Yang pertama
,semasa sihatnya lelaki itu telah mensedekahkan dengan seikhlasnya separuh roti yang dimakan kepada pengemis yang datang ke rumahnya. Kerana separuh roti yang disedekahkan itu,Allah telah tunjukkan ganjaran yang bakal menunggu di syurga.
Jadi dia berkata"Alangkah baiknya kalau semua."



Yang kedua
,Lelaki itu berjalan di satu lorong dan bertemu dengan seorang tua yang kesejukkan.Lantas di berikan bajunya yang tidak berapa baru kepada orang tua itu dengan hati yang ikhlas.Allah telah janjikan ganjaran yang baik di syurga kerana sedekah itu.
Kerana itulah dia berkata"Alangkah baiknya kalau Baru."



Yang terakhir
,Sabda Rasulullah,satu hari lelaki itu pergi ke masjid.Dalam perjalanannya, di hadapannya adalah seorang lelaki tua yang lambat pergerakkannya.Lelaki itu tidak memintas,sebaliknya memimpin tangan lelaki tua itu sehingga ke masjid dan mengajaknya bersolat.Malangnya lelaki tua itu seorang yahudi.Lalu lelaki itu menghantar lelaki tua itu ke rumahnya.Satu tangan yang di pimpin kerana Allah,bakal mendapat ganjaran di syurga.


Sebab itulah lelaki itu berkata,"Alangkah baik jika banyak"


MORAL
dari cerita di atas adalah apa saja yang kita lakukan dengan hati yang ikhlas dan bersih, kita akan dimuliakan bukan sahaja di dunia malah di akhirat.
Tetapi jika apa yang dilakukan itu hanya untuk mendapat pujian di dunia,maka di dunia sahajalah kita merasai ganjarannya.

Sabtu, 7 November 2009

gambar sekitar keberangkatan ibu

Tiga saudara sebelum bertolak ke Kelana Jaya

Adilah bersama ibu dan abah.





bersama ibu dan abah


buat kali terakhir sebelum ibu berangkat

bersedia untuk berangkat.

sesi minta ampun dan maaf

Rabu, 4 November 2009

SIAPAKAH YANG PALING CANTIK?????


Kecantikan wajah bersifat sementara.




"Eh,eh Salleh! kau lihat tu.....Budak perempuan yang berbaju kuning,yang berambut panjang tu"


"Amboi,mak!........ cantiknya dia....kalau aku dapat,alangkah beruntungnya aku...."Kata Rahman sambil menepuk2 bahu Salleh memohon perhatian.



"Alaaaaa........Macam tu kau kata cantik?Tak ingin la aku" kata Salleh sambil menghirup cendol pulut nya.



"Apalah engkau.Macam tu punya bergetah kau kata tak cantik?Engkau ndak tunggu bidadari dari syurga ke ?" Kata Rahman separuh kecewa apabila pendapatnya disangkal Salleh.


"CANTIK" adalah satu perkataan yang subjek.


Cantik itu selalu dikaitkan dengan wanita.

Cantik juga boleh ditakrifkan dengan pelbagai tafsiran.Ada yang mengatakan cantik pada paras rupa.Maka wujud lah perumpamaan untuk mengambarkan kecantikkan wanita atau gadis seperti Hidung mancung bagai seludang,pipi pauh bagai dilayang,alis mata yang lentik dan bibir merah bak delima.
Tetapi semua itu bersifat sementara.Apabila usia meningkat ,semua itu turut hilang. Sesetengah wanita pula akan menganggap kebahagian hidup terletak pada kecantikkan.Mereka sanggup berhabis-habisan untuk kelihatan cantik dan seksi.Wanita terlalu obses pada kecantikkan.
Ada juga yang mengatakan cantik itu terletak pada budi bahasa,ikhlas,amanah dan akhlak yang baik. Sekiranya wajah cantik tapi tiada budi bahasa,tidak berguna juga.Kadang-kadang kita lihat seorang anak gadis yang rupa paras tidak la secantik mana,tetapi kaya dengan budi bahasa.
Namun dia tetap di katakan cantik.Kadang-kadang kita akan bertemu dengan gadis yang wajahnya terlalu cantik tetapi tingkahlakunya amat menyakitkan hati,adakah itu dinamakan cantik?Sekiranya kita bertemu dengan rupa paras yang cantik dan budi bahasa yang tinggi,itu dikatakan package.Kebanyakkan gadis seperti ini dikatakan boleh membawa kebahagian dalam rumahtangga.Benarkah begitu?
Kebahagian sebenarnya bermula dari dalam diri yang bersih,hati yang dekat dengan Allah.Apabila jiwa bersih kecantikan rupa paras akan terserlah.Dalam kata lain,cantik bermula dari hati yang suci.Apabila hati bersih suci maka terpancar di wajah akan kecantikan diri.Sejuk mata yang memandangnya.
Islam suka pada kecantikan,Kerana Allah jua suka pada kecantikan tetapi kecantikan yang hakiki.
Timbul di fikiran yang mana lebih penting?adakah cantik paras rupa atau cantik pada budi bahasa?Mana satu yang benar-benar membawa kebahagian.







Selasa, 3 November 2009

LABAIKALLAH.......MOGA MENDAPAT HAJI AKHBAR

"Asalamualaikum mak! apa hal mak call tadi?chek tertinggal handphone kat rumah."Ummi memulakan cerita.

"Jangan terkejut!Mak nak bagitau ni,mak kena pi Mekah pada 2hb- 11- ni."kata ibu.Ada nada sedih dan ada nada gembira.Bercampur aduk bunyi nya.

"Ehhhh.....Betul ke?kan hari tu kata 12hb.Kenapa di cepatkan pula?" Soal Ummi mohon kepastian.


"Tu la...mak risau ni.barang apa pun tak beli lagi.hang boleh balik dak malam ni.?"tanya mak dengan nada risau.



"Cek bincang dulu dgn azhar.tapi, Kalau malam ni tak boleh la.Sebab tak bagitau pejabat lagi.anak2 kat asrama, nak kena pi ambil juga.Esok date line hantar report.Esok la.....awal pagi esok"kata ummi berkira2 aktiviti yang perlu untuk keesokannya.hari jumaat.


Setelah berbincang.Ummi di izinkan pulang dulu bersama anak2.Sabtu mlm ummi datang jemput suami.Setelah selesai semua urusan.Ummi bersedia berangkat pulang dan berkira-kira menjemput kak ngah di asrama terlebih dahulu.


"Puan.Saya rasa puan kena tunggu sehingga pukul 12.30. Sebab anak puan ada satu paper je lagi,Tak ada masalah kut?"Ujar cikgu Roslan selaku PKHEM.


Jam 12.30 ummi dah sedia di asrama kak ngah untuk menjemputnya pulang.


"Kenapa maktok kena pi awal,Ummi?kata dulu 12hb." tanya kak ngah sambil menyusun barang di belakang kereta.


"Ntah....Ummi pun tak tau.Tabung haji yang telepon mak tok.sampai nanti baru kita tau hal sebenar."kata ummi sambil memulakan perjalanan.

Jam 4.00 petang,ummi tiba di kampung.Ramai tetamu yang menziarahi ibu.Masing2 mengatakan hal sama terkejut dengan pengumuman abah di masjid malam tadi.Abah mengadakan sedikit jamuan dan bacaan yassin serta doa selamat untuk ibu.


Keesokkan ummi membawa ibu ke SP untuk taklimat terakhir dan pengambilan keperluan yang di berikan pihak Urusan seperti beg,telekong dan jadual penerbangan.Dalam masa yang sama, ummi di beritahu kenapa nama ibu dan nenek di cepatkan dan di ubah2.sekejap dalam list tabung haji.sekejap dalam package.Apa2 pun ummi mendoakan yang terbaik buat ibu.

Berkali-kali ummi dan saudara yang lain meminta ibu jangan memikirkan hal lain.Ibu beribadat lah dengan tenang."Mak tak perlu nak ingat shopping-moping.Mak doakan aje yang terbaik untuk anak2 mak."kata kakak.



1hb selepas maghrib dalam renyai hujan yang menitis bumi,Ibu turun dari rumah.Dalam tangisan,sedih dan hiba,ibu memohon maaf dari abah.Kata ibu "Halalkan segalanya.maafkan segala kesalahan sepanjang 43 tahun hidup bersama.Doakan Tom mati di mekah"Ramai jiran dan kawan2 ibu yang menitis air mata.tak tertahan melihat situasi itu.selama 43 ibu hidup dengan abah.Segala pahit getir,onak ranjau ibu tempuhi hidup sebagai seorang isteri,ibu dan menantu.dan 30 tahun ibu dimadukan.Hanya ibu dan Allah yang tahu apa yang dirasai selama itu.

Ada juga jiran2 yang mengambil kesempatan untuk menghantar hingga ke Kepala Batas.kami bertolak dengan 8 buah kereta mengiringi perjalanan ibu.Sepanjang perjalanan,abah tak henti2 menasihati ibu.Ummi tahu ada sedikit kesedihan dalam hati abah.tetapi dek egonya seorang lelaki.abah berjaya menyembunyikan kesedihan itu.45 minit perjalanan ke Dewan Millenium.Di situ 3 buah bus menanti untuk membawa rombongan ke Kelana Jaya.


Tepat jam 10.30 mlm bas bertolak ke Kelana Jaya.Jam 4.30 pg Ummi di kejutkan dengan panggilan abang Chak yang menyatakan Ibu selamat tiba di Kelana Jaya.Abang chak menanti bersama zam dan wijdan.(adik2 ummi yang berkerja di KL)




2hb.Nov.Isnin.sewaktu menanti untuk bertolak ke KLIA,kami semua di kejutkan dengan berita penangguhan waktu ke KLIA.Ini kerana 4 peserta Jemaah Haji kehilangan Passport termasuk mak chak(kakak Ibu).Kesilapan kecil pihak tabung haji. Setelah sejam menanti barulah Ibu dan rombongan di bawa ke KLIA.


Jam 9.00 tadi,ummi di khabarkan ibu dalam perjalanan ke Madinah.Ibu,nenek dan saudara2 nya sihat.Alhamdulillah........

Moga-moga Ibu mendapat haji akbar.Ya Allah.....Peliharalah Ibu.Restuilah perjalanan ibu.Rahmati perjuangan ibu . Terimalah taubat Ibu dan makhbulkan doa ibu untuk diri dan anak-anaknya.