Selasa, 27 Oktober 2009

BAHAGIAKAH DIA...............

Isnin,26hb Oktober 2009.Selesai perhimpunan ,kanak-kanak mengambil tempat masing-masing dalam kelas."Cikgu panas la kat sini. kat dalam kan ada aircond." Rungut Ahmad Danial,kerana hari ini kanak-kanak terpaksa belajar diruang legar. Kelas masih belum siap di susun dan di hias.
"Adik-adik patut bersyukur,Masih ada kipas angin yang menyejukkan kita.Nun di tempat lain. Kawan adik-adik belajar tanpa kipas angin.Tanpa kelas yang cantik seperti kita.Malah ada yang belajar di bawah pokok.Tapi mereka gembira.Mereka tak merungut pun macam adik-adik.Menunjukkan mereka bersyukur.Tapi adik-adik bersyukur tak pada Allah?" Tanya ummi berkali-kali seperti Datin Wan Abi.Sebenarnya ummi rasa sedikit bersalah pada anak-anak.
Sewaktu kudapan Kak Ana dan Kak Ris datang untuk menyudahkan kerja semalam. Touch-up apa yang perlu, susun atur perabut, menampal semula sudut komponen2 yang di turunkan sabtu lalu.
Selesai kelas dan kesemua kanak-kanak pulang, ummi turut membantu kerja Kak Ris.Kak Ana pulang menghantar anaknya.Dan Kak Ana tak dapat datang membantu kerana ada tetamu dirumahnya. Hanya ummi dan Kak Ris sahaja yang menyambung kerja menghias kelas.
"Hari-hari cikgu main dengan budak-budak kecik ni tak jemu ke?" tanya Kak Ris memulakan topik.
"Sekarang ni tak jemu ler, waktu paling jemu di awal tahun. Maklumlah nak kena berlakon jadi penyayang.Nak kena pandai memujuk. Nak bagi depa mau duduk dalam kelas.kalau tak buat cam tu. Alamatnya riuh rendah la dengan tangisan bebudak yang tak pernah berenggang dengan mak bapak.Ndak nya mak bapak tak percaya kat cikgu.Asyik berdiri tepi tingkap.Masa tu la yang paling jemu.Rasa macam nak panggil jer mak bapak tu masuk mengajar anak2 depa" kata ummi sambil membayangkan peristiwa setiap awal tahun di minggu pertama dan kedua persekolahan.
"Kak Ris ni tiga aja ker anak?dah tu semua girl. Bila nak tambah boy?"Tanya ummi mengumpan cerita dari Kak Ris.Ummi mengenali Kak Ris sejak tahun 2002.Waktu tu ummi bertugas di tabika Swasta(Fairuz Traicomp) Ummi mengajar anak keduanya,Afiqah. Tahun ini,ummi bertemu semula di sini dan tahun ni ummi mengajar anak ketiganya,Alia.Kak Ris adalah seorang ibu yang penyayang dan amat takut pada larangan Allah tetapi senang mematuhi suruhanNya.
Ummi amat menyenangi Kak Ris kerana dia sering menegur kawan-kawan yang terleka melakukan dosa atau kesalahan.Terima kasih Kak Ris.
"Hish.....Dah tua la Kak Ris ni.Dah 45, nak menopous dah." katanya sambil ketawa.
"Betul ke 45?Biar betul?Tapi muka Kak Ris tak macam 45 la.....Macam masih 30-an je."Kata ummi separuh memuji.Kalau Kak Ris tak cakap umurnya pasti orang akan memberi angka 38 atau 39. Badannya masih cantik.Wajahnya bersih dan tiada kesan-kesan jerawat atau jeragat pun.Lebih-lebih lagi wajahnya ala-ala Mami.
"Bahagia dan beruntungnya En.Rizal dapat isteri pandai menjaga badan macam Kak Ris."
kata ummi sambil menampal chart ke dinding.
"Bukan dia yang bahagia,Cikgu!Kak Ris ni paling bahagia kalau dia perasan Kak Ris wujud.Kak Ris rasa Kak Ris lah wanita paling beruntung di dunia" Ucapnya dengan nada sebak.
Ummi menuruni tangga yang digunakan untuk menampal chart ke tempat yang agak tinggi.
Ummi memohon maaf kerana menyebabkan Kak Ris sebak.Ummi memeluk Kak Ris.
Kak Ris kata dia mudah tersentuh apabila bercakap pasal suaminya.
Katanya dia berkahwin atas pilihan orangtua.Sewaktu bertunang dia mendapat tahu suaminya salah seorang "Tabligh"yang pagi dan petangnya banyak di habiskan di surau dan masjid-masjid.Dalam fikiran tentu la suaminya "kuat".Selepas akad nikah barulah dia melihat wajah suaminya.Kali pertama lihat dia sudah jatuh hati kerana suaminya boleh dikategorikan orang yang handsome. Beruntungnya dia.Sangkanya panas hingga ke petang.Rupanya renyai di awal pagi.
Malam pertama berlalu sepi tanpa sentuhan dari suami.Hari demi hari Kak Ris tertunggu-tunggu dan memikir apa salahnya diri dan apa kurangnya dia.sehingga lah genap 10 bulan.Dirinya tetap tidak disentuh.Dirinya tetap masih dara.Bukan Kak Ris tak bersolek.Bukan Kak Ris tak cuba menabur pancing.Tapi solekan tak berkesan.Pancing di tabur tak memikat hati si ikan.Setiap kali cuba menyentuh suami,setiap kali itu tangannya di tempis si suami.Dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa dia terasa terhina.Tetapi tetap sabar dengan dugaan Allah padanya.Mungkin Allah cuba menguji hati dan keinginannya.
Sehingga di suatu petang, Ibu Kak Ris Bertanya padanya"Ris tak rasa nak makan asam-asam ke? atau rasa loya-loya.Dah 10 bulan Ris kahwin? kalau ibu dulu,tengah tunggu hari nak bersalin ."Cerita kak Ris sambil mengenang air matanya. Ummi rasa serba salah. Kalau suruh berhenti terasa pulak nanti.Nak tanya lebih lanjut nanti meraung jawabnya.
Ummi biarkan Kak Ris meneruskan ceritanya.Apabila Kak Nor dan Su masuk.Kak Ris menundukkan wajahnya ke lantai.Ummi membuat bahasa isyarat pada kak Nor dan Su supaya jangan menganggu.
Mendengar cerita Kak Ris, Ibunya cepat-cepat mencari Alim ulama yang pandai dalam hal-hal tersebut.Dibawanya air untuk Kak Ris beri suami minum. Malam itu berlangsung lah malam pertama buat Kak Ris.Malam Kedua dan malam ke tiga. Kemudian berbulan-bulan diri Kak Ris ditinggal sepi tak bersentuh. Sehinggalah Kak Ris melahirkan anak sulungnya.
Wanita bersalin akan berpantang 100 hari tapi Kak Ris berpantang 140 hari baru di sentuh semula oleh suaminya.Kemudian di tinggal sendirian.Si anak telah menjangkau usia 4 tahun.Kak Ris di sentuh lagi suaminya.sekali,Dua kali.Lalu di tinggal lagi. dan Kak Ris disahkan mengandung lagi kali ke dua.
selepas melahirkan anak yang ke dua, Kak Ris sudah belajar cara hidup suaminya.Ada pun tak apa,tak ada pun tak apa.Apa nak jadi jadilah.Kata hatinya.Apa yang di kehendaki dan di ingini dia akan mendapatkan sendiri.di belinya sendiri tanpa bantuan si suami.Segala keperluan rumahtangga dan anak-anak langsung tak pernah di bincang bersama. Si suami langsung tidak mengendah apa yang dibuatnya.Seharian Kak Ris tak pulang tak pernah di soal. Ke mana?kenapa?sihat ke?dah Makan ke?
Lebih mengejutkan Kak Ris apabila di lihat suami memuaskan nafsunya dengan cara sendiri.
Suami tetap tidak mempedulikan dirinya walau kak Ris berdiri di hadapannya tanpa seurat benang.
Namun Kak Ris sabar.Kak Ris bermunajat pada tuhan tanpa henti dan jemu. Tetapi takdir tetap menguji dirinya.Kerana sedikit salah faham Kak Ris di cerai dengan talak satu.6 tahun 4 bulan 27 hari.Mereka hidup berasingan.
Anak-anak semakin membesar dan masing-masing merayu pada Kak Ris supaya berbaik semula dengan bapa mereka.Selama 6 tahun,tak henti-henti Kak Ris berdoa dan beristigharah, sehinggalah Kak Ris membuat keputusan untuk meminta si suami datang mengambil kak Ris dan anak-anak.
Sewaktu keputusan itu dibuat.Kak Ris nekad.Biarlah anaknya mempunyai bapa pada nama walau pun si bapa tak pernah menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anaknya seperti bapa2 orang lain.
Biar lah dia ada suami pada nama sahaja,walau pun si suami tidak memberi nafkah zahir dan batin padanya.Pada kawan2 suami telah dicuba untuk menasihati si suami.Agar si suami tahu tanggungjawab dengan rumahtangga dan anak-anak.Namun si suami tetap dengan dunianya yang mencari kepuasan sendiri.
Sekali lagi ibunya memainkan peranan mencari "bomoh".Namun selepas kelahiran anak ke tiga. si suami kembali pada asalnya.Setahun sekali susah untuk merasai sentuhan si suami.Kalau Kak Ris cuba baring di sebelah suami.Suaminya akan bangun tidur di lantai.Sampai bila?Sampai bila suaminya akan berkelakuan begitu.Akhirnya dia mengambil keputusan tidur bilik masing-masing.
Semua ahli keluarga tahu hal ini.Saudara sebelah suami dan saudara sebelah KakRis tahu.Tetapi mengapa kak Ris juga yang di salahkan.Kata mereka Kak Ris tak pandai melayan suami.Kak Ris tak pandai bersiap.Kak Ris tak pandai itu.Kak Ris tak pandai ini.
Tetapi mereka tidak tahu hal anak mereka begitu....Mereka tidak ambil tahu keadaan saudara mereka begini.....mereka hanya tahu menuduh.Tuduh itu.Tuduh ini.
Kerana kasihan kan Kak Ris,ummi tanya Su yang kerap bertemu janji dengan bomoh2 .Hari itu juga Kak Ris telepon bomoh itu.Bomoh tu menyatakan Kak Ris yang di "buat" oleh saudara ibu mertuanya.Mereka meletak sesuatu dalam air minuman Kak Ris.Suami Kak Ris lihat Kak Ris seperti tembok. Menyebabkan Suaminya tidak ada nafsu pada Kak Ris.Betul ke?Betul ke 18 tahun Kak Ris dipandang suami bagai tembok?
Hari khamis nanti bomoh wanita tu akan datang ke rumah Kak Ris untuk melihat keadaan rumah kak Ris.
Ya Allah......tolong lah Kak Ris mencari kebahagiaannya sendiri.Beri lah peluang kak Ris merasa bahagia hidup sebagai suami isteri.Berilah kak Ris menikmati hidup berumahtangga. Teguhkanlah iman dan tambahkanlah kesabaran dalam diri kak Ris dalam melayari bahtera rumahtangga.

Isnin, 26 Oktober 2009

BERGELUMANG DALAM DOSA BESAR


Sabtu,24hb Ummi bersama kawan-kawan sepakat untuk bergotong royong mengecat dan menghias semula kelas sempena lawatan Rumah Nur dan Klinik Kesihatan pada 1hb November nanti.Jam 8.30 pg,Ummi telah tiba di kelas dengan semangat yang berkobar-kobar untuk memulakan kerja.Tepat jam 9.15,Kak Ana tiba.Tanpa menunggu kawan-kawan yang lain,kami memulakan kerja.Satu jam kemudian,Kak Nor datang bersama bahan masakan.Menunya adalah kari ikan(mamak Penang)telur goreng bawang,ikan goreng gelama masam,sambal dan ulam.Jam 11.00 Su datang dengan anaknya Ain yang berusia 8 tahun. Su membantu kak Nor di dapur.Ain masuk ke kelas sambil bersalam dengan ummi dan Kak Ana.
"Ain datang dengan apa?"tanya ummi.
"Dengan Abah"Jawabnya tersenyum.
Abah yang di maksudkan adalah kekasih ibunya.
"Abah pi ambil di rumah ke?"tanya ummi lagi.
"Takkkk.Abah tidur di rumah semalam.........."jawabnya dengan jujur.
"Apa?Abah tidur dirumah?abah tidur kat mana?"Ummi memohon kepastian.Kerana sebelum ini ummi hanya mendengar cerita jiran2nya,yang ibunya bersekedudukan.Ummi tak percaya pada cerita2 mereka.Pernah ummi tanya pada si ibu tetapi dinafikan cerita itu.
"Abah tidur di depan."Depan maksudnya ruang tamu.
"Ain tidur kat mana?"Ummi semakin galak menyoal.
"Ain tidur dengan kakak dan adik aizad dalam bilik kakak.Mak tidur depan dengan abah."jawab Ain dengan gembira.
"Satu tilam ke"Tanya Kak Ana menyampuk.
"Ya la....Mak tidur dengan abah satu tilam kat depan"Jawab Ain bersungguh-sungguh .Bangga dengan Abahnya.Kerana abah itulah penganti ayahnya yang telah bercerai dengan si ibu dalam bulan jun lalu.Abah itu jua dianggapnya terlalu baik berbanding ayahnya yang selalu memukul si ibu,sehingga lebam2 dan bengkak2 badan si ibu.Abah itu lah yang memberi wang pada si ibu tatkala mereka memerlukan wang belanja,berbanding si ayah yang hanya tahu meminta wang untuk menghisap benda haram itu.Kalau si ibu tidak memenuhi kemahuannya,akan berbekas lah si ibu dengan sepak teranjangnya.Menangis ummi dan rakan2 setiap kali si ibu datang ke kelas dengan alasan yang berbagai2.Terjatuhlah.Tergelincir lah.Accident lah.
Sehingga ummi memohon pada si ibu jangan lagi berselindung.Ummi tahu keadaan sebenar.Ceritalah pada Ummi.Menangis lah semahu-mahunya di bahu ummi.Dengan tangisan itu mungkin dapat meredakan apa yang bersarang di hati si ibu.Itu dulu.Itu sewaktu dia masih bergelar isteri kepada seorang penagih.Tapi hari ini.Waktu ini.Si ibu telah bebas dari siksaan si penagih itu.
Namun si ibu lupa......Si ibu asyik dengan cintanya yang baru yang membahagiakan jiwanya.Yang mengisi kekosongan hatinya.
Hati ummi menjadi tidak sedap.Kalau betul apa yang di cerita si anak,maka sia-sia lah ummi berkhutbah padanya.sia-sialah ummi membaca cerita2 insan yang berdosa diluar sana.sia-sia jugalah air liur ummi selama ini menasihati si ibu.
Tepat jam 1.30,siap terhidang di atas meja makan.Kak Nor menjemput Pekerja2 (Ummi dan Kak Ana la.....)menjamu selera.Daging yang ummi beli,su masakkan rendang minang. Namun ummi langsung tak sentuh kerana dalam hati ummi marah pada orang yang memasaknya.
Lepas makan ummi terus solat,diikuti Kak Ana.Selesai Kak Ana memberi salam,
"Su,your turn"kata Kak Ana tujukan pada Su.
Su membuka selindang di kepalanya."Ya Allah......."terkeluar dari mulut ummi.Ummi terperanjat melihat leher su penuh dengan love bite.
"kenapa?"Tanya Kak Ana terperanjat.
"Ini.Ibu tiri setan jual anak RM5"Jawab ummi berpura-pura membaca tajuk Harian metro hari itu..Dalam hati ummi beristighfar.Ummi tak percaya dengan apa yang ummi lihat.Sebelum ni kawan2 saja yang bercerita hal itu.ummi tak nampak dengan mata ummi sendiri.Hari ini Allah menunjuk bukti bahawa kawan2 tidak menipu.Jiran2nya tidak mereka2 cerita.
Ya Allah...Beri lah hidayah pada Su.Jodohkan lah su dengan lelaki yang dicintainya itu secepat mungkin.Berilah peluang untuknya bertaubat.
"Mana Jantan tu hah.....Nak kak Ana sepak terajang dia.tak tau ke haram.Tak tau ke jaga seorang perempuan. Eeeee.....Geramnya Kak Ana"Kak Ana lepas geram bila su berada dalam bilik air.Kami bercadang menanti masa yang sesuai menasihati su.
Su.....Apa yang su lakukan ini haram.Berdosa besar.Dah berkali-kali ummi nyatakan.Dulu lagi waktu itu su masih bergelar isteri.Su bercinta dengan seorang polis berdekatan rumah su.Su ikut polis tu ke hotel.Suami su tahu hal itu.Diserangnya polis itu.menyebabkan polis itu di tukarkan ke balai lain.beberapa bulan kemuadian, su berjumpa pula dengan "zul"pekerja sebuah pasaraya .
Tapi su tak cerita pada ummi.ummi dapat mengagak apabila su tidak tumpang kereta ummi.setiap kali pulang su mesti panjat motor "zul."
Bila ummi tegur su kata kawan tempat su buat part time.Ummi cakap jangan bercinta dengan suami orang.Su kata hanya simpati pada "zul".Dia ada masalah dengan isterinya yang suka mengongkong.Tapi 'Zul"janji akan kahwin dengan su kalau bercerai.Ummi tak percaya apa yang diceritakan pada ummi.Ummi nasihat su macam2.
Cuti sekolah bulan ogos su pulang ke negeri su.Apabila sekolah dibuka,hari pertama su tak datang.Su kata masih di kampung.Hari kedua su kembali ke sekolah.su menangis-menangis. Ummi tanya kenapa?Su tak mahu cerita ,su malu pada ummi katanya.Su menyesal tidak mendengar nasihat ummi.Akhirnya su cerita jua.su kata su kena tipu."Zul"hanya mengambil kesempatan atas su.Bila dah "dapat",Su di suruh balik sendiri dari KL.
Ummi ajar su solat taubat.Ummi minta su puasa dan taubat nasuha.Ummi menangis mengenangkan keadaan su.Ummi bersungguh-sungguh ingin menolong su.Sangka Ummi Su telah berubah.Tapi........Su ulang lagi kesilapan itu."Dia" juga suami orang.
Su kata dia berjanji akan menikahi su apabila habis edah.tapi .......
Agaknya su lupa.Lupa anak perempuan su juga telah melahirkan seorang anak luar nikah.Anak itu telah berusia 5 bulan sekarang.Su lupa bahawa anak su telah di sahkan HIV positif dan dikeluarkan dari kolej.Su lupa anak kedua dan ketiga su telah ditangkap kerana merompak kedai Siber,dan sekarang ini mereka entah kemana.tak dapat dikesan.Su lupakah semua ini kerana dosa-dosa Su.Su bertaubat la sebelum terlambat.Apa yang lebih mengejutkan ummi,ketika berbual-bual hari itu, su mengaku dia memakai pemanis wajah.Patut lah ramai yang mengatakannya cantik.Patut la........
Saat ini ummi tidak dapat melelapkan mata apabila mengenangkan su.Ummi anggap su seperti saudara ummi sendiri.Cubit paha kiri,paha kanan terasa.Ummi pernah menangis apabila su dipukul suami su dulu.Ummi pernah berbohong demi menjaga su dari diserang oleh suami su dulu.Tapi menyesal apabila tahu cerita sebenar.
Su Berhentilah dari bergelumang dalam dosa besar.Di mana nilai persahabatan kita...kenapa su anggap sepi nasihat2 ummi.
Ya Allah....Teguhkan hati ummi dalam menasihati dan membimbing su.Hilangkan rasa benci ummi pada su.

Sabtu, 24 Oktober 2009

CARA-CARA PERGAULAN YANG BAIK




Dalam kehidupan seharian,kita memerlukan pergaulan.Bukan sahaja dengan ahli keluarga malah, jiran tetangga dan pelbagai lapisan masyarakat.Ada sesetengah orang tidak menyedari dia telah menyinggung perasaan orang lain melalui percakapan atau perbuatan.

Contohnya,ketika sedang berbual dia terlalu banyak menoleh ke arah lain.Ini menyebabkan rakannya itu akan merasakan tidak dihargai dan tidak memberi perhatian pada topik yang diceritakannya.

Untuk menggelak hal seperti itu terjadi,marilah kita ikuti petunjuk-petunjuk ini........

* Hadapi kawan atau musuh dengan wajah yang tenang,gembira,sopan dan rela hati(IKHLAS).Elakkan dari mempamerkan wajah yang sombong,angkuh, berpura-pura,marah dan tinggi diri.

* Jangan terlalu banyak menoleh ke arah lain dan jangan memandang orang lain dengan pandangan yang tajam.

* Jangan Membiasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung,banyak berludah ditempat awam,banyak menguap atau mengeliatkan badan.

* Usahakan diri duduk dengan tenang dan sopan,mengeluarkan kata-kata yang teratur,menjadi pendengar yang baik.

*Jika masuk ke majlis,berilah salam dan sentiasa merendah diri.Jangan sesekali merendah-rendahkan kemampuan orang lain.Jika berbicara elakkan dari membicara hal diri sendiri dengan angkuh.Ini akan mengundang diri jatuh kepada kehinaan.Lebih-lebih lagi jika membicarakan mengenai harta benda.Dan jangan jadika harta benda itu lebih mulia dari kehormatan.

*Jauhi diri dari duduk-duduk dan berbual ditepi jalanan,jika terpaksa jagalah pandangan anda.

*Jangan suka bergaul dengan cendiakawan dan orang yang kurang akalnya.

* Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis,berzikirlah atau beristighfar sebelum meninggalkan majlis tersebut.


Jika kita sukar untuk mempraktikkan perkara-perkara diatas lebih baik kita menarik diri dengan cara yang lembut dan jangan mengundang masalah yang tidak diingini,lebih-lebih lagi jika diri kita dikawal oleh perasaan marah yang amat sangat.

Jumaat, 23 Oktober 2009

RAHSIA 23hb OKTOBER

Tarikh 23hb Oktober adalah satu tarikh keramat buat ummi,kerana tarikh ini mempunyai cerita tersendiri.40 tahun lalu ummi dilahirkan ke dunia.Kata ibu,ummi dilahirkan sewaktu maghrib.Namun kerana undang-undang waktu itu tidak setegas seperti sekarang,Maka pendaftaran kelahiran ummi dilambat2kan.

Setelah 2bulan dilahirkan barulah ummi didaftarkan dan 15hb Januari dpilih sebagai tarikh kelahiran ummi.Maka bermulalah saat dan detik itu ummi menggunakannya untuk segala urusan sehingga sekarang.Bagi kawan2 yang rapat sahaja mengetahui cerita ini.
Salah seorang kawan menerima nasib yang sama dengan ummi.Tapi tarikh sebenar kelahirannya tidak dapat di ingati oleh ibunya.Namanya Nor.Tarikh lahir yang di letak pada Nor adalah 16hb Januari.Kami berdua amat rapat.Setiap kali tiba tarikh tersebut kami akan menyambutnya bersama-sama sehingga lah ummi melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama dan membawa haluan masing2.Sekali-sekala apabila pulang ke kampung ummi akan bertemu dengannya.
"Entah2 Z anak angkat?" Ada suara yang mengusik.Tersentak juga di hati,lebih2 lagi diantara anak perempuan mak dan abah,ummi adalah yang paling tidak cantik.
Lalu ummi risik pada Arwah nenek sebelah abah, pada atok dan tok wan sebelah ibu , pada abang Li(sepupu ummi,nama aje sepupu tapi sebaya abah)pada arwah bidan yang menyambut kelahiran ummi dan pada emak Nor yang menjadi saksi kelahiran ummi.
Arwah bidan pernah menceritakan bagaimana siksa ibu mengandungkan ummi.Katanya perut ibu waktu itu amat besar seperti mengandungkan anak kembar.Dia juga menceritakan keaadaan ibu yang tidak dapat berpantang seperti yang sepatutnya kerana ibu Walau bagaimana sekali pun,Ummi mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu yang telah mengandungkan dan melahirkan ummi,Hanya Allah saja yang dapat memberi ganjaran kepada ibu.

Ahad, 18 Oktober 2009

CERITA LEPAS RAYA.......

Lama rasanya ummi tidak meninggalkan kesan di laman blog ini. Hinggakan hampir lupa add. blog sendiri. Puas ditekan tak juga betul. Last sekali ummi nekad kalau betul,teruskan. Kalau tak , tutup aje. Alhamdulillah......Akhirnya berjaya juga.
Selepas aidilfitri,minggu inilah ummi berkesempatan berada di rumah dengan tenang,tanpa jadual yang ketat.Tanpa perlu kesana-kesini.Tanpa program yang perlu ummi hadiri.Tanpa latihan koir memerlukan suara dari perut.Tanpa jemputan dari teman-teman yang berebut membuat rumah terbuka.Ummi juga tidak dapat lari dari menerima soalan"Bila nak buat rumah terbuka?"
"Nanti la.tunggu aje jemputan akan menyusul"sambil berfikir bila yea?
Setelah berbincang dengan suami dan melihat kesibukkan masing-masing,Ummi memilih 17hb bersamaan sambutan Deepavali untuk mengadakan jamuan ala-ala rumah terbuka,kerana hari itu merupakan hari yang amat sesuai bagi ummi.Terima kasih pada teman2 yang memenuhi jemputan ummi.Itu pun selepas maghrib,Ummi menerima jemputan pelajar2 USM (Fakulti Teknologi Industri) untuk BBQ di Homestay Teluk Bahang.
Seawal pagi,setelah mengemas dan membersih rumah,ummi mengimbau kembali sambutan aidilfitri kali ini.Penuh makna dan penuh kejutan yang tak di jangka.Bermakna yang ummi maksudkan kerana setelah 16 tahun berumahtangga,inilah kali pertama ummi berhariraya dirumah sendiri.Biarpun rumah ini telah menjadi milik ummi 4 tahun yang lalu.Ummi dapat merasa bagaimana berhariraya tanpa keluarga besar(yang lucunya,dikampung berhariraya tanpa rendang tahun ini.Selalunya Ummi dgn suami yang menyediakannya).Ummi dapat berhariraya bersama kawan-kawan yang berkunjung ke rumah.Anak-anak juga dapat berhariraya bersama kawan-kawan sepermainan mereka.Yang penting ummi dapat menyediakan segala persediaan di pagi syawal dengan cara sendiri.
Setelah selesai cuti hariraya, ummi kembali ke sekolah.Di hari pertama persekolahan,menerima kejutan dari anak-anak murid. Ummi menerima sebanyak 25 bekas yang berisi kuih raya.Penuh meja. Selalunya ummi menerima dalam 10 atau kurang dari itu.Tapi kali ini berbeza dari selalu.Sehingga kawan-kawan ada yang bertanya"Z,kamu minta anak-anak murid bawa ke?"Malu Ummi dibuatnya. Sehingga saat ummi menulis ini pun,kuih raya tersebut masih ada.Sewaktu kawan-kawan datang semalam,ummi memilih yang sempurna untuk dihidangkan kepada mereka.Yang dah lemau,Ummi buang aje la.Terima kasih permata hatiku.
Minggu kedua persekolahan,Anak ummi yang sulung menduduki peperiksaan PMR.Tak henti-henti ummi mendoakan ketenangannya ketika menjawab peperiksaan.Namun, tidak terlepas dari dugaan Allah.Hari kedua peperiksaan ummi menerima panggilan dari Kak Long yang mengatakan dia sakit perut,cirit birit.Disamping itu terdapat darah dengan kuantiti yang banyak.Lalu ummi bergegas membawanya kehospital.Doktor meminta Kak Long tinggal di wad.Oleh kerana sedang menjalani peperiksaan,Ummi memohon kebenaran untuk membawanya pulang ke asrama dan akan ke hospital pada keesokannya selepas menjawap kertas Geo.Pendarahan tetap berlaku sehingga ke hari sabtu tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
Dari keputusan Makmal.Tiada apa yang perlu di bimbangkan. Kak long kekurangan air.Panas dalam badan.Maklumlah di asrama!Sebelum itu, kak long kerap mengadu keputusan(tiada) air.Air terlalu kotor dan berbau klorin yang amat.Sehingga memaksa pelajar2 membawa air minuman sendiri dari rumah.Setiap kali menghantar kak long ke Asrama,ummi akan lihat satu senario di mana pelajar2 akan mengendong air seberat 5 liter setiap seorang.
Sebelum itu, kak Ngah(anak kedua)juga telah batuk dan memuntahkan darah.Apabila dipereksa.Doktor mengatakan hal sama.kekurangan air dalam badan.Kak Ngah juga tinggal di asrama yang kerap juga mengadu air yang disediakan pihak asrama berbau klorin.Di mana silap dan puncanya?
Dalam kesibukan itu,ummi menerima pengkhabaran yang Ibu telah tersenarai untuk keTanah Suci pada 12 November nanti bersama emaknya(nenek ummi)Alhamdulillah....setelah bertahun menanti,akhirnya ibu mendapat lampu hijau untuk menjadi tetamu Allah.Mudah-mudahan Ibu selamat pergi dan kembali.Amin.
Namun,masih ada rasa bimbang dalam hati ummi dan saudara2 yang lain.Kenapa Abang dan kakak tidak tersenarai.kenapa mak cik (adik Ibu)dan mak chak(Kakak Ibu) tiada dalam list.Sedangkan mereka memohon bersama.Mampukah Ibu dan nenek menjaga diri masing-masing.Kegusaran itu hilang sedikit apabila mendapat berita terkini.Mak cik dan Mak chak akan menyertai mereka berdua pada tarikh yang sama.Alhamdulillah.Ibu kini sibuk menyediakan persiapan ilmu dalam diri.Ibu juga telah menghadiri Praktikal haji.
Tadi ummi menelepon ibu,ibu mengatakan abah terkilan dengan ummi dan saudara yang lain.Punca utama kerana dia tak boleh ke Tanah Suci.Ummi rasa abah sendiri yang salah. Sebelum mendaftar dan memohon untuk Ibu,saudara2 yang lain telah berbincang dengan abah hal tersebut.Tapi abah memberi alasan abah telah sampai ke Tanah Suci.Beri peluang untuk Ibu.Semua anak2 akur dengan keputusan abah.Lagi pun abah kata wang dalam simpanannya untuk adik Yan sambung belajar.(Anak dengan Isteri mudanya) Bagi Ummi alasan abah bukan untuk itu.abah ingin membawa isteri mudanya bersama.Tetapi abah mampu untuk bawa kedua-duanya.kalau abah tak mampu,anak2 dah janji akan bersama-sama membuat simpanan untuk abah.Cuma abah tak mau.Ibu pergi pun atas simpanan anak2 pada Ibu.Langsung tiada kaitan dengan duit abah.Knape abah nak kecil hati.
Patut lah abah langsung tak ambil peduli hal keberangkatan Ibu ke Mekah.Abah tak ambil kisah bila nak buat kenduri?Abah tak ambil part dalam penyediaan keperluan Ibu.Semuanya Ibu buat dengan anak2.Kalau Ibu tanya sesuatu pasti jawapan yang menyakitkan hati ibu.Sedangkan Ibu dah melakukan yang wajib terhadap abah.Ibu dan anak2 telah meminta kebenaran abah terlebih dahulu.Hinggakan TH menelepon abah mengenai tarikh praktikal Ibu pun,abah tak memberitahu ibu.Abah,abah......izin kan Ibu pergi dengan tenang.Izin kan ibu mengubat hati yang telah abah lukai selama 30 tahun.Izinkan Ibu pergi ke tempat yang dihajati sejak dulu lagi.Izin kan lah abah ......

Sabtu, 17 Oktober 2009

RIYA'

RIYA' (riyak) iaitu perkataan Arab yang terbit dari kata kerja ra'a, yura'i, yang turut dituturkan dalam masyarakat Melayu, merujuk kepada suatu perlakuan, sifat dan sikap yang buruk. Ia boleh diertikan sebagai memperlihatkan, menunjuk-nunjuk, menonjolkan atau mempamerkan amalan dilakukan kepada yang lain dengan tujuan mendapat tempat di hati mereka.

Berdasarkan al-Quran dan hadis, ulama sepakat riya' hukumnya haram termasuk dalam kesalahan dosa besar yang merosakkan nilai ibadat. Antaranya, nas yang bermaksud: "Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia (semata-mata) dan perhiasannya, Kami (Allah) tunaikan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka di dunia (ini sahaja) dan mereka tidak dirugikan."Itulah orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan." (Al-Quran, Hud:15)
Beberapa perkara penting dijelaskan dalam ayat terbabit, antaranya perbuatan syirik dan tujuan keduniaan, malah perhiasannya yang merosakkan nilai amalan soleh dan ibadat.Nabi s.a.w melalui hadisnya ada memberikan penjelasan susulan, seperti hadis dari Abu Hurairah r.a, maksudnya: "Aku (Allah) adalah Yang Terkaya (secara mutlak) dari disekutui (dikongsi). Maka sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang disekutukan bersama-Ku dalam amalan terbabit dengan yang selain dari-Ku, Aku tinggalkan bersama sekutunya."Memang Allah Terkaya, manakala yang lain adalah fakir serta bersifat serba kekurangan dan lemah, sentiasa memerlukan kepada-Nya.
Dengan sifat yang melebihi segalanya pada Allah, tidaklah layak sama sekali untuk-Nya menerima suatu amalan yang disekutukan dengan selain-Nya. Justeru, kesempurnaan dan kekayaan-Nya yang mutlak itu memastikan segala amalan dihadapkan niat dan tujuan kepada-Nya sahaja. Menurut ulama, setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan riya' adalah rosak dan terhapus nilai pahalanya, bahkan boleh menyebabkan dosa.
Tetapi nilai dosa dari perbuatan riya' berbeza mengikut perbezaan peringkat ibadat yang menjadi bahan dalam riya' dan berbeza mengikut kelainan tujuan perbuatan terbabit.Ulama memperincikan riya' kepada beberapa peringkat:
1. Riya' yang jelas iaitu yang menjadi pendorong kuat kepada amalan dan ibadat seseorang. Jika tidak kerana adanya riya', seseorang itu tentu tidak melakukan amal ibadat terbabit.
2. Riya' yang tidak jelas dan tersembunyi. Jika kerana riya' saja dia tidak melakukan ibadat, misalnya seorang yang biasa bersolat tahajud, kadangkala diselubungi kemalasan, tetapi apabila ada teman atau tamu bangun beribadat malam dia menjadi rajin pula.Ibadatnya itu didorong sedikit oleh riya' yang tidak jelas dari dalam dirinya. Riya' yang tidak jelas ini menurut ulama, tidak membatalkan pahala asal, tetapi menjejaskan nilai pahalanya mengikut kadar riya' terbabit.
3. Riya' yang lebih tersembunyi dan terlalu samar. Riya' ini bukan yang mendorong amal ibadat atau berasa ringan untuk beribadat, namun sifat itu terpendam di dalam diri.Jenis ini hanya boleh diketahui dan dikenali melalui tandanya seperti berasa bangga dengan pujian.Misalnya, seseorang itu melakukan ibadat secara ikhlas, tanpa ada dorongan riya', malah benci kepada sifat terbabit, tetapi apabila amalannya itu diketahui orang, dia berasa gembira.Jika gembiranya semata-mata sebagai tabiat fitrah manusiawi dan tidak mengharapkan amalannya itu diketahui orang, riya' seperti ini tidaklah merosakkan pahala amalan terbabit.
Ada yang lebih tersembunyi dari itu, hanya dapat disedari mereka yang mempunyai hati bersih lagi halus sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w bahawa riya' lebih tersembunyi daripada rayapan kaki semut hitam di waktu malam.Semua ini untuk menjelaskan betapa perlunya kita sentiasa berwaspada daripada terperangkap dengan riya'.Jika mengatasi riya' yang jelas, belum tentu terselamat dari riya' yang kurang jelas, malah jika di peringkat terbabit janganlah pula berasa diri terselamat dari segala bentuk riya'.