Rabu, 23 September 2009

AKU WANITA.......



Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh
Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.






JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.


AKAL SETIPIS RAMBUTNYA,
TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya.
LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA,
KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA.
TAK PERLU MENCARI TEMAN SECANTIK bALQIS,ANDAI DIRI TAK SEHEBAT SULAIMAN,
MENGAPA MENGHARAPKAN TEMAN SETAMPAN YUSOFF,JIKA KASIH TAK SETULUS ZULAIKHA.
TAK PERLU MENGHARAPKAN TEMAN SETEGUH IBRAHIM ANDAI DIRI TAK SEKUAT SITI HAJAR
DAN MENGAPA DI DAMBAKAN TEMAN HIDUP BAK SITI KHADIJAH KALAU DIRI TAK SESEMPURNA RASULULLAH SAW.
BIMBINGLAH DIRINYA DAN TERIMALAH KEKURANGAN ITU SEBAGAI KEUNIKAN,
CARILAH KEBAIKAN PADA DIRINYA,DAN
BERSYUKURLAH
KERANA DIPERTEMUKAN DENGANNYA.
TETAPLAH BERDOA PADA TUHAN AGAR DIA AKAN TERUS
MENJADI MILIKMU........

1 ulasan:

  1. Salam Eid Mubarak, Maaf Zahir Batin.

    Daripada:

    Baba Roshidan
    Mama Moden
    Nurul Ain Fathihah
    Mohd Afnan Fathurrahman
    Nurul Amiran Fatin
    Nurul Adeebah Farzana
    Nurul Atiqah Farhani
    Nurul Adilah Farihah
    Mohammad Adnin Firdaus

    BalasPadam