Rabu, 23 September 2009

AKU WANITA.......



Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh
Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.






JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.


AKAL SETIPIS RAMBUTNYA,
TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya.
LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA,
KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA.
TAK PERLU MENCARI TEMAN SECANTIK bALQIS,ANDAI DIRI TAK SEHEBAT SULAIMAN,
MENGAPA MENGHARAPKAN TEMAN SETAMPAN YUSOFF,JIKA KASIH TAK SETULUS ZULAIKHA.
TAK PERLU MENGHARAPKAN TEMAN SETEGUH IBRAHIM ANDAI DIRI TAK SEKUAT SITI HAJAR
DAN MENGAPA DI DAMBAKAN TEMAN HIDUP BAK SITI KHADIJAH KALAU DIRI TAK SESEMPURNA RASULULLAH SAW.
BIMBINGLAH DIRINYA DAN TERIMALAH KEKURANGAN ITU SEBAGAI KEUNIKAN,
CARILAH KEBAIKAN PADA DIRINYA,DAN
BERSYUKURLAH
KERANA DIPERTEMUKAN DENGANNYA.
TETAPLAH BERDOA PADA TUHAN AGAR DIA AKAN TERUS
MENJADI MILIKMU........

Selasa, 22 September 2009

MAWI DATANG KE RUMAH??????

Salam Aidulfitri.......

اللهُ أَكْبَر.. اللهُ أَكْبَر.. اللهُ أَكْبَر.. اللهُ أَكْبَر.. اللهُ أَكْبَر.. اللهُ أَكْبَر.. اللهُ أَكْبَر وَلِلَّهِ الْحَمْد

Tidak terlewat rasanya ummi mengucapkan SELAMAT AIDULFITRI,Maaf zahir & batin....

Setelah 3 hari Ramadhan berlalu pergi,Tiada jaminan hayat ini akan kesampaian bertemu kembali bulan Ramadhan akan datang, hanya doa jua yang menjadi wasilah dan talian hayat agar kukuh pengabdian diri di sebelas bulan berikutnya, dengan harapan dapat bersua bulan yang menawarkan pelbagai ganjaran.Rindu juga pada laman blog setelah beberapa hari ummi tidak meng"up-date"kan blog.Maklumlah sibuk dengan persiapan menyambut kadatangan hari lebaran dan menandakan berakhirnya Ramadhan karim.Namun sedih juga kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman di Kedah.Ini adalah kerana suami ummi tidak dapat bercuti pada Syawal kali ini.

Pada hari pertama Syawal,setelah menunaikan solat Hariraya di masjid Batu Feringghi,ummi menziarahi rakan-rakan dan jiran tetangga.Rata-rata rakan ummi menyatakan terkejut melihat ummi berhari raya di Penang.Kerana setiap tahun ummi pasti pulang ke Kedah.Tapi apakan daya tahun ini ummi terpaksa menemani suami di Penang,dapat juga anak2 merasa berhari raya bersama teman2 mereka.Sempat jua ummi menjamu selera di rumah salah seorang teman yang mengadakan BBQ......


BBQ di rumah salah seorang rakan.


Hari kedua Syawal,Alhamdulillah.....suami ummi mendapat cuti selama 2 hari.Apalagi ummi dan keluarga bersiap dan bertolak seawal pagi untuk pulang ke kampung.Sesampai ummi di Butterworth.kakak memberitahu,semua saudara berhari raya di rumah nenek di Kepala Batas,SPU.Seharian ummi dan keluarga menziarahi saudaramara sebelah ibu.kemudian ummi di minta pulang untuk menyediakan barang2 untuk BBQ.BBQ?BBQ lagi......



Berhari raya dirumah adik ibu(Mak Tam)Turut bersama Mak teh,Mak ucu,Mak chak

Hari ketiga Syawal,ummi sekeluarga mendapat jemputan untuk makan tengahari di rumah salah seorang saudara sebelah bapa.Sedang bersiap2,kakak menerima panggilan yang mengatakan Mawi akan datang ke rumah.MAWI? betul ke MAWI yang popular tu?Betul ke MAWI yang berkahwin dengan Ekin tu.....?Tepat jam 11 pagi,ummi kedengaran anak2 menjerit di hadapan rumah,MAWI datang!MAWI datang!!
Ummi bergegas ke depan,ehh betul ke MAWI?Kereta pun Mercedes...... Ttiba yang keluar dari kereta itu adalah...Ahmad Munzir.....yang wajahnya sebiji mirip MAWI world.Dia adalah suami kepada Che Norainie anak saudara abang ipar dari kelantan.Aduhhhh ummi tertipu.....
Ahmad Munzir pun tersenyum apabila dikatakan wajahnya mirip MAWI.Sebelum pulang,dia benarkan untuk bergambar beramai2.sibuk berposing....Flash camera tak henti2 menyala."Ala...macam press conference la plak"katanya sambil tersenyum(senyumnya tetap mirip MAWI)


Anak2 buah mengambil kesempatan untuk bergambar bersama'MAWI"

Ahad, 13 September 2009

ROH

Menurut Imam Ibnu Hazm, Allah menjadikan ruh-ruh secara berkumpulan sebagaimana sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

الأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ، فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ، وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اخْتَلَفَ
“Ruh-ruh diciptakan dalam kumpulan-kumpulan tersendiri. Mana-mana yang saling bersamaan dari mereka, akan akan saling berkawanlah dan mana-mana yang berbeza, akan saling bertelagahlah”.

Kemudian Allah mengambil penyaksian dari ruh-ruh itu terhadap rububiyah/ketuhananNya sebagaimana yang diceritakan oleh Allah di dalam firmanNya;
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (dengan berfirman kepada mereka): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’. Mereka menjawab: ‘Betul, (Engkaulah Tuhan kami), kami bersaksi’. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan; ‘Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini’”. (al-A’raf: 172)

Menurut Imam Ibnu Hazm, penyaksian tersebut di ambil sebelum lagi Malaikat di arah sujud kepada Adam dan sebelum ruh ditiupkan ke dalam jasad Adam di mana jasad Adam ketika itu masih berupa tanah dan air.Kemudian ruh-ruh itu ditempatkan di Barzakh iaitu tempat yang sama ia akan dikembali apabila berlakunya kematian. Ruh-ruh akan kekal di situ sehingga sempurna kesemuanya ditiupkan ke dalam jasad-jasad manusia. Dalam pengertian lain; dari tempatnya di Barzakh itu, satu persatu ruh dipindahkan ke dalam jasad-jasad manusia (iaitu ketika janin-janin berusia 4 bulan atau 120 hari di dalam rahim ibu) hinggalah sempurna ke semua ruh yang ada dipindahkan iaitu mengikut bilangan manusia yang ditakdirkan Allah akan hidup di atas muka dunia ini.

Kemudian apabila berlaku kematian, ruh-ruh itu akan dikembalikan semula ke Barzakh iaitu tempat asalnya sebelum ia ditiupkan ke dalam jasad. Ketika Rasulullah –sallalllahu ‘alaihi wasallam- di mikrajkan, tatkala bertemu Nabi Adam –‘alaihis-salam- di langit pertama (langit dunia), baginda melihat di kanan dan kiri Adam terdapat ruh-ruh manusia yang banyak; sebelah kanannya ialah ruh-ruh yang mendapat kebahagiaan dan di sebelah kirinya ialah ruh-ruh yang mendapat kesesengsaraan. Menurut Imam Ibnu Hazm, ruh-ruh yang dilihat Nabi itu ialah ruh-ruh manusia di alam Barzakh.

Kemudian apabila berlaku kiamat, ruh-ruh akan dikembalikan semula kepada jasad-jasad mereka buat kali kedua di mana sekelian makhluk akan di hisab/dihitung oleh Allah dan akhirnya sebahagian mereka akan ditempatkan di dalam syurga dan sebahagian lagi akan ditempatkan di dalam neraka”.
Kesimpulannya, menurut pandangan Imam Ibnu Hazm; ruh-ruh berasal dari alam Barzakh, kemudian di pindahkan ke dalam jasad manusia, kemudian di kembalikan semula ke alam Barzakh (apabila berlaku kematian) dan akhirnya akan bersama semua dengan jasad di hari akhirat.

Khamis, 10 September 2009

BADANKU SaKiT,JIWAKU SaKIt......

Jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak? Tetapi sering kali kita bertanya, apa khabar awak hari ini? Mungkin sesiapa yang bertanya sedemikian, mungkin pelik bunyi dan loghatnya. Tetapi, itulah hakikatnya. Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi kita, jiwa kita, perasaan kita.
Apabila kita sering sakit-sakit badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh merubati sakit kita itu. Mungkin sakit gigi, demam, sakit urat ataupun sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar tentang sakit kita. Lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk sakit kita itu. Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun kita ingin mencari penawar sakit kita itu. Jarang.
Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas membakar diri sendiri. Jadi, hendaklah kita cepat bertindak untuk mengubati hati kita yang resah, hati kita yang mati, hati kita yang tidak tenteram untuk terus segar dan bersemangat dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian. Sebelum kita mencari ubat dan penawar hati kita yang sakit itu, hendaklah kita mengetahui dahulu kenapa hati kita itu sakit.
Antara masalah membuatkan hati kita sakit:
1) terlalu banyak kerja – assignment, homework, kerja rumah, kerja pejabat
2) suka berdengki dengan orang – dengki dengan sahabat, dengki dengan jiran,
dengki dengan keluarga
3) suka mencari masalah orang
4) banyak bercakap, jadi banyak terguris hati orang
5) suka berfikiran negative
6) banyak angan-angan
7) sangat malas
8) orang yang sensitif


Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186." Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?"
Tanya penduduk Bashrah....
1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6) Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Selasa, 8 September 2009

TEMPAT TINGGAL ROH



Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-


· Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.

· Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.

· Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.

· Roh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.

· Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.


· Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

· Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa
beserta jasadnya sampai hari kiamat.


Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahwa : "Tiga kelompok manusia
yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari
mereka keluar dari kuburnya ialah" :-

· Orang-orang yang mati syahid.
· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
· Orang yang puasa hari Arafah.
*Jentik hati tanyalah IMAN, di mana ROH kita akan berada?????

Isnin, 7 September 2009

NUZUL QURAN

Pada 17 Ramadan 2009M ini, umat Islam memperingati ulangtahun ke 1399 Malam Nuzul Quran yang berlaku pada 610M. Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat umat manusia sejagat. Ia mempunyai ingatan dan pengajaran yang besar kepada kita pada hari ini, bahkan kepada kesemua bani insan hingga ke Hari Kiamat.Nuzul Quran bererti “Penurunan Al-Quran” oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril pada malam 17 Ramadan tahun 610M di Gua Hirak, di puncak bukit Jabal Nur, Makkah Al-Mukarramah. Ketika nabi Muhammad saw sedang mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Mekah, datang Jibril menyampaikan 5 ayat pertama Surah Al-Alaq (Iqrak, bismirabbaikalladzi khalaq …) sekaligus terlantiklah Nabi Muhammad saw sebagai Rasul Allah yang terakhir dan Nabi Akhir Zaman.

Di antara pengajaran-pengajaran Nuzul Quran ialah :(1) Allah swt memilih para rasulnya di kalangan mereka yang memiliki peribadi yang mulia. Jika kita hendak mewarisi peranan para Anbiya' ini, maka kita juga seharusnya memiliki akhlak yang luhur, keikhlasan yang tinggi dan ketabahan yang tidak berbelah bagi.
(2) Walaupun belum dipilih menjadi Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad saw telah dapat menilai keburukan tingkahlaku kaum Quraisy yang telah menjadi adat kebiasaan turun temurun seperti minum arak, zina, membunuh anak, riba, menipu dalam timbangan, menindas orang lain, membezakan manusia berdasarkan warna kulit dan sebagainya.Kesemua ini menyebabkan Baginda saw mengasingkan dirinya di Gua Hirak. Oleh itu di antara pra-syarat utama bagi seorang daie (pendakwah) ialah kebencian hatinya terhadap keruntuhan yang sedang berlaku di dalam masyarakatnya, walaupun ianya telah nampak biasa dan menebal serta menjadi lumrah dalam masyarakat.Jahiliyah hari ini tidak kurang parahnya seperti arak, zina, buang anak, rasuah, kezaliman ke atas orang lain dan sebagainya.
Persoalannya, adakah kesemua ini menyebabkan seseorang itu insaf keadaan tersebut, luluh hatinya mengenangkan nasib umatnya dan bertekad bersungguh-sungguh untuk merubah keadaan tersebut?
Terdapat orang Melayu yang pilih untuk bertapa (mengasingkan diri di dalam gua, hutan, pondok dll) untuk mencontohi Rasulullah saw bertapa di dalam Gua Hirak. Mereka tersilap. Mereka bertapa tidak nampak masyarakat, sedang Nabi saw di Gua Hirak dapat melihat bandar Mekah, bahkan Masjidil Haram dan Kaabah merenung dan berfikir bagaimana untuk mengubah kaumnya.Setelah Nuzul Quran dan mendapat panduan Ilahi dalam berdakwah, Nabi saw berdakwah dan bergelumang dalam masyarakat, tidak naik lagi ke Gua Hirak.

(3) Peranan penting membaca atau “Iqrak” kepada masyarakat Islam dan merubah nasib mereka. Hampir ianya menjadi salah satu ciri umat di Barat yang memimpin dunia hari ini. Adapun di Dunia Islam, minat kepada membaca masih belum melata dan menebal.

(4) Betapa hebat dan kuatnya jiwa Rasulullah saw bukan sahaja menerima ayat-ayat Al-Quran tetapi juga menerima bebanan Dakwah yang terkandung di dalam ayat-ayat tersebut. Baginda saw hanya menggigil ketakutan tetapi tidak binasa jiwanya. Sekiranya pada malam itu Al-Quran diturunkan bukan kepada Baginda saw, tetapi kepada Gua Hirak atau Jabal Nur itu sendiri, nescaya akan pecah bukit tersebut lantaran tidak tertanggung amanah yang diberikan oleh Allah swt.“Kalau Kami turunkan Al-Quran ini ke atas bukit, nescaya engkau akan melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah. Demikian perumpamaan Kami berikan kepada manusia supaya mereka berfikir” (Al-Quran).Alangkah jauhnya ramai umat Islam zaman kini yang tidak membaca Al-Quran. Jika membacanya, ramai pula yang tidak memahaminya. Jika memahaminya, ramai pula yang tidak takut, tidak kecut, tidak mengigil kerana takut kepada Penurunnya dan kepada amanah-amanah yang terkandung di dalamnya yang mesti dilaksanakan!

(5) Tidak lengkap mengingati malam Nuzul Quran jika tidak menyebut nama Khadijah ra, isteri tersayang Rasulullah saw. Ketika Rasulullah saw mengigil ketakutan, Khadijah ra tenang lagi menenangkan suaminya. “Aku takut akan diriku (akan ditimpa musibah dek jembalang tersebut”, kata Rasulullah saw, ketika menceritakan pertemuannya dengan makhluk yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.“Kalla ! Ma yukhzikallahu abada.” (Sekali-kali tidak! Allah tidak akan membuat sesuatu yang buruk kepada kamu. Sesungguhnya engkau menghubungkan Silaturrahim, menyumbang kepada orang yang tidak mempunyai harta, memikul bebanan (orang yang memerlukan bantuan) … “, tegas Khadijah ra dengan penuh kasih sayang yang yakin akan latarbelakang suaminya yang bersih, tidak mungkin sebersih itu Allah swt akan mendatangkan suatu yang buruk kepada insan yang sebegitu dikenalinya.Rasulullah saw beriman dalam keadaan menggigil dan ketakutan iaitu ketika bertemu dengan Jibril.
Khadijah ra pula beriman dalam keadaan kasih dan yakin iaitu ketika bertemu dengan suaminya, Rasulullah saw. Khadijah bukan sahaja beriman tetapi menTasdiqkan imannya.Dia membenarkan Imannya dengan memberi dorongan kepada Rasulullah saw dalam berdakwah, menghulurkan harta kekayaannya demi kemajuan dan memberi lonjakan kepada Dakwah Islam lebih-lebih lagi di Tahun-tahun Pemboikotan yang zalim. Oleh itu Jibril telah memaklumkan kepada Rasulullah saw bahawa satu rumah di Syurga telah dibina untuk Khadijah ra.Nabi saw pula bersabda bermaksud, ‘Demi Allah! Allah belum pernah menggantikan untuk aku isteri yang lebih baik dari Khadijah.
Dia beriman kepada aku ketika manusia lain mengkufuri aku. Dia membenarkan aku ketika manusia lain membohongi aku dan tidak mempercayai risalah yang aku bawa. Dia memberi aku akan harta-hartanya ketika manusia lain mengenakan pemboikotan kepada aku …”.Selama 23 tahun Nabi saw berdakwah yang penuh dengan peperangan dan penekanan, namun hanya tahun kematian Khadijah ra nabi menamakan tahun tersebut ‘Aam Al-Huzn’ (Tahun Sedih).

Di tanah Perkuburan Al-Ma’la. Di belakang tingkap-tingkap hijau adalah kubur isteri pertama Rasulullah saw, Khadijah binti Khuwailid ra dan Asmak binti Abu Bakar ra. “Itulah umat yang terdahulu. Bagi mereka (pahala) terhadap prestasi mereka, dan bagi kamu adalah prestasi kamu” (Al-Quran).Ya Allah ! Kurniakanlah kepada kami isteri-isteri seperti Khadijah ra yang mendokong Rasulullah saw sejak malam Nuzul Quran sehingga ke Tahun Kesedihan.
(6) Penurunan Wahyu dan berhubungnya Langit dengan bumi melalui perantaraan Wahyu adalah suatu nikmat yang hanya dirasai oleh para Sahabat ra dan mereka yang memahami Al-Quran dan merasai kemanisannya.Ummu Aiman adalah seorang sahabiah yang hidup panjang di zaman Nabi saw dan Khulafa' Rasyidin. Di zaman Khulafa' Rasyidin, pada suatu hari para Sahabat ra melihat beliau menangis, lalu berkata, “Kenapa menangis wahai Ummu Aiman, bukankah Rasulullah saw kini berada di tempat yang lebih baik?”Ummu Aiman ra menjawab, “Saya mengetahui bahawa Rasulullah saw kini berada di tempat yang lebih baik, tetapi yang menyebabkan saya menangis ialah kerana Wahyu kini telah terputus (tidak seperti di zaman Nabi saw masih hidup). Apakah nikmat yang lebih hebat dari menerima kalam Allah swt yang turun dari langit, menerang dan membimbing, menegur dan memberi amaran, mendidik dan menguatkan jiwa hingga mereka menjadi Khaira Ummah Ukhrijat linnas (Umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan untuk manusia).

Tiada kesejahteraan dan kejayaan bagi masyarakat dunia dulu, kini dan akan datang melainkan hidup berpandukan Al-Quran yang diturunkan oleh Tuhan Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana. Itu adalah keyakinan orang-orang yang beriman. Bahkan itu adalah kesimpulan orang-orang yang berpengalaman melihat dan mengamati kesudahan mereka yang engkar dan membelakangi undang-undang Al-Quran samada di kalangan orang-orang kafir atau mereka yang mengaku Islam.“Berjalanlah kamu di muka bumi dan lihatlah kesudahan orang-orang yang mendustakan (Al-Quran) …” (Al-Quran).

Ahad, 6 September 2009

AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI AKHIRAT

AL-QURAN PELEMBUT HATI

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Jumaat, 4 September 2009

BAHAYA LISAN(LIDAH)



Telah bersabda Rasulullah S.A.W Kepada Saidina Ali: "Hai Ali! Allah Ta'ala tidak menciptakan sesuatu pada tubuh manusia yang lebih utama daripada lisan. Ia dapat membuat orang masuk syurga dan dapat menyebabkannya masuk neraka. Kerana itu, jagalah lisanmu, sesungguhnya dia adalah bagaikan anjing gila."

KETERANGAN Seorang cendekiawan berkata:
"Jasad manusia itu terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu: HATI,LIDAH dan anggota badan lainnya. Allah memuliakan masing-masing bahagian. Memuliakan hati adalah dengan makrifat dan tauhid, dan memuliakan lisan dengan kesaksian bahawa "Tiada Tuhan kecuali Allah" dan membaca Al-Quran, sedangkan kemuliaan anggota badan yang lain adalah dengan solat,puasa dan ibadah-ibadah lainnya.

Masing-masing bahagian itu ada pengawas dan pemeliharanya. Hati diawasi oleh Allah SWT sendiri, sehingga tidak ada yang mengetahui apa yang ada di dalamnya, kecuali Allah SWT. Pemeliharaan lisan diserahkan kepada Malaikat pencatat amal dimana Allah SWT berfirman dalam Surah Qaaf: Ayat 18 yang bermaksud: "TIADA SESUATU UCAPAN PUN YANG DIUCAPKANNYA, MELAINKAN ADA DIDEKATNYA MALAIKAT PENGAWAS YANG SELALU HADIR". Sedangkan pemeliharaan anggota badan yang lain, diserahkan pada perintah dan larangan. Masing-masing itu harus jujur.





Kejujuran hati adalah tetap beriman, tidak dengki, tidak berkhianat dan tidak membuat tipu daya. Kejujuran lisan tidak menghina/mengumpat, tidak bohong dan tidak mengucapkan hal-hal yang tidak berguna. Sedangkan kejujuran anggota badan lainnya adalah tidak maksiat kepada Allah SWT dan tidak mengganggu sesama muslim.

Barang siapa hatinya tergelincir, maka ia munafik. Barangsiapa lisannya tergelincir, maka ia kafir. Dan barangsiapa anggota badannya tergelincir, maka ia orang yang durhaka.

Allah SWT menciptakan makhluk ini ada yang memilki lidah(lisan) yang dapat berbicara dan ada yang tidak memiliki lisan.

Benar lidah perlu dijaga. Ada satu hadith sila rujuk di dalam matan al arbain li imam an nawawi mafhumnya : barangsiapa yang beriman kepada ALlah dan hari akhirat, berkatalah yang baik atau diam. Ibrahim bin Adham pun ada menasihatkan:
Pertama :Ucapan yang bermanfaat tetapi berakibat buruk. Sebaiknya engkau diam dan tidak mengucapkannya agar selamat.
Kedua : Ucapan yang tidak bermanfaat dan tidak berakibat buruk, jika engkau diam dan tidak mengucapkannya, maka tubuh dan lisanmu tidak akan lelah (penat)
Ketiga : Ucapan yang tidak bermanfaat dan berakibat buruk, maka seorang yang berakal akan diam menghindari keburukan yang akan membebaninya.
Keempat : Ucapan yang bermanfaat dan tidak berakibat buruk, maka engkau wajib menyebar luaskannya. –amin-

Khamis, 3 September 2009

PRAMUGARI KOMA DI TANAH SUCI

Ketika Ummi membilik2 blog Agama....Ummi terjumpa satu cacatan yang mesti di BacaUntuk renungan bersama ......


Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah sayamenguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyakperistiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakansampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa sayamenguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun danmasih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itusaya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian diSekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas.
Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yangsedang berlaku."Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepattolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospitalMadinah yang terletak tidak jauh dari situ. sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan.Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepasdua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul AzizJeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospitaldi Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi keJeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, sayadiberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil.
Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?""Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.""Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepakterajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan."Habis yang kakak pergi haji ini?""Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.""Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,"Mazlan...Allah itu maha besar, maha agung, maha kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini."Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak di tarik dengan bara api.Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.""Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik kesana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main.Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
align="justify">










Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan." sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.
Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yangberduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja.tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api.Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa,tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.
Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh.Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripadabalasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akankita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhiratkelak.Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah."Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat...kakak taubat nasuha,"katanya sambil menangis-nangis.Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.
Amal ibadahnya takhenti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang subuh."Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah,makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya."Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadisaya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya."Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azabtuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azabitu,Mazlan juga akan jadi macam kakak.
Kakak betul- betul bertaubat."Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah padamereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasaiseksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasadiazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiapsehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada oranglelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakakini, bermaknakakak mendapat 10 dosa.""Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalauseorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakakdapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itusehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni???Allah...""Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolongdari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buatibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja,kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa ceritatentang wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadiwanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada sayatentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia
bercakap benar.Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahupercaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan.Aku menyesal..." itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA
DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

Rabu, 2 September 2009

APA YANG KITA FIKIRKAN SELALU, ITULAH YANG NANTINYA AKAN MENJADI REALITI.


Satu kenyataan yang besar, sebenarnya … tapi, itulah hakikatnya. Berat fakta itu, berat lagi akibat yang ditanggung. Lalu, persoalan di sini adalah, apa yang kerap berlegar di fikiran kita?
Apa yang setiap masa, saat dan ketika sentiasa kita fikirkan ?
Sangkaan dan apa yang kita fikirkan ini tidak dapat tidak, akan berkait dengan pemahaman dan penakulan kita terhadap pengalaman hidup kita sendiri.
Contohnya, seorang suami yang pernah menipu isterinya, punyai simptom sebelum yang menunjukkan ke arah itu, lalu, apabila berlaku simptom kedua, tentunya sangkaan isteri adalah si suami akan atau sedang menipunya sekali lagi.
Ada dua; memang sebenarnya sisuami sedang menipu atau hanya sangkaan si isteri yang akhirnya tetap akan menjadi realiti juga sekiranya si siteri tetap berulang kali memikirkannya.
Pemikiran atau keinginan yang berulang kali disebut akan mempengaruhi tubuh untuk turut menjalankan proses di luar pemikiran logik atau di luar kawal atau separa sedar.
Alangkah malangnya bagi mereka yang tidak dapat mengawal otaknya, atau mereka yang tidak dapat mengawal persepsi otaknya (cepat melatah, melenting, marah, merungut). Oleh yang demikian kawallah kekuatan tenaga elektrik di otak kita kerana ia menentukan persepsi kita mengawal pemikiran dan persepsi kita kerana apa yang kita fikir itulah akan terjadi dan itu juga adalah ketetapan.
Ingat, apa jua sangkaan kita akan bertukar menjadi realiti apabila kita kerap memikirkannya.

Aku Redha.......

apabila kita ditimpa bencana / musibah / kehilangan

1. katakan innalillahi wa inna illahi rajiun.
kita harus terima bahawa segalanya datang dari Allah dan kepada Allah ianya kembali.

2. sebutkan aku redha
dan hati kita harus benar-benar redha dengan qada’ dan qadar Allah

3. berdoa untuk dapat yang lebih baik
di saat sedih begini, doa kita lebih mustajab… dipohon dengan hati yang benar-benar ikhlas… dan ingatlah bahawa Allah maha mendengar rintihan hamba-hambaNya
jangan takut dengan musibah kerana Allah menguji kita dengan keperitan sebelum diberi kebahagiaan…. dan berazamlah untuk menjadi yang lebih baik… untuk mendapatkan yang lebih baik.