Jumaat, 21 Ogos 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK


AHLAN wasahlan! Begitulah ucapan 'selamat datang' seharusnya diberikan untuk menyambut ketibaan Ramadan al-Mubarak, tidak ubah seperti memuliakan tamu yang sangat dinanti-nantikan.Bagi golongan beriman, kehadiran Ramadan seperti menunggu isteri yang sudah lama tidak bertemu, untuk melepaskan rindu setahun sekali.

Justeru, mereka mengisi kehadiran Ramadan dengan amal ibadat yang banyak berbanding bulan lain seperti solat sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan berzikir.Tapi, bagi sesetengah orang, Ramadan dianggap seperti bulan lain, cumanya bulan itu umat Islam berpuasa, jadi mereka pun turut berpuasa.Perbuatan berpuasa yang mereka lakukan sekadar mengikut orang lain tanpa mahu ambil tahu pahala dan keberkatan berpuasa sepanjang Ramadan.Bagi golongan ini, berpuasa adalah adat, bukan hukum sedangkan Allah mewajibkan umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan.Kekeliruan itu menyebabkan ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat sebarang pahala puasa, sekadar letih dan dahaga.
Persoalannya, adakah berpuasa pada bulan Ramadan itu adat atau hukum?Ramadan semulia-mulia bulan, penuh kerahmatan, keberkatan dan keampunan, malah Allah memberikan ganjaran paling istimewa.Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila tiba bulan Ramadan, terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai." (Hadis riwayat Ahmad)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Ramadan bulan 'festival' bagi umat Islam beramal ibadat. Di samping mengutamakan ibadat fardu, siang berpuasa, malam bersolat sunat Tarawih serta bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah dan iktikaf di masjid.Pendek kata, manifestasi keberkatan, kemuliaan dan keagungan Ramadan dirasai di setiap penjuru dunia."Wahai orang beriman. Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa." (Al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 183)

Puasa adalah ibadat yang difardukan ke atas umat Islam sebagaimana umat terdahulu dan ia satu daripada Rukun Islam. Ia setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah. Pelaksanaan ibadat itu bukan saja menandakan kepatuhan seorang hamba kepada Tuhan, malah menguji keikhlasan dalam amalan.Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Bagaimanapun, dalam keghairahan beribadat, sesetengah masyarakat Islam keliru di antara hukum, iman dan adat, sehingga Ramadan tidak memberikan sebarang pengertian, datang dan berlalu begitu sahaja.

Pengisian sebulan Ramadan tidak meninggalkan bekas kepada mereka. Berpuasa dan beribadat tidak lebih sekadar mengikut adat masyarakat turun temurun, manakala iman dan hikmah yang ada padanya tidak dicapai.Nabi Muhammad s.a.w ada mengingatkan persoalan ini dalam sabdanya yang bermaksud: "Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga."Rugilah mereka yang berlapar dan dahaga sepanjang hari seperti yang lain, tetapi ibadat puasanya itu tidak diberikan ganjaran.Menyorot pengimarahan Ramadan dalam masyarakat Islam Malaysia, apakah bentuk amal ibadat mereka seperti puasa, solat sunat Tarawih dan budaya berbelanja benar-benar berkonsepkan hukum dan keimanan atau tidak lebih sekadar adat? Datuk Md Daud Che' Nghah, berkata ramai masyarakat Islam di Malaysia berpuasa mengikut adat, bukannya keimanan.Buktinya, fasa pertama Ramadan mereka memenuhi masjid dan surau tetapi menjelang pertengahan bulan, ia berkurangan jemaah, sehinggalah minggu terakhir, jumlahnya amat ketara."Hiburan pula berlebih-lebihan manakala golongan ulama hanya membiarkan senario itu.

Contoh puasa adat lagi ialah berlakunya pembaziran, sedangkan perbuatan membazir itu dilarang dan dikira amalan syaitan.Tetapi yang kita lihat, ramai menyerbu bazar Ramadan membeli beraneka jenis juadah, sedangkan isteri di rumah menyediakan menu, tidak habis dimakan.Saya tidak salahkan bazar Ramadan kerana memudahkan orang berpuasa mendapatkan makanan tetapi bukan untuk tempat membazir,orang yang berpuasa mengikut adat tidak sabar menanti 1 Syawal untuk bergembira, malah dada menjadi lapang apabila berakhirnya Ramadan, sedangkan orang beriman menangisi pemergian Ramadan. Ramadan kedatanganmu dinanti, pemergianmu ditangisi.

Tetapi rakyat Malaysia masih ramai berpuasa menunggu raya. Cuma kali ini tak nampak lagi slogan raya awal dan ini menunjukkan satu perubahan yang baik pada akhir Ramadan, banyak berlaku kes maut kemalangan jalan raya kerana masing-masing sibuk balik kampung, seolah-olah kena mati dahulu sebelum Syawal.Mengapa perlu berebut balik beraya, sampai hilang nyawa.Sepatutnya, pada akhir Ramadan, umat Islam digalakkan kerap meluangkan waktu di masjid dengan iktikaf.
Berbuka puasa masih ada sesetengah yang tidak mengikut sunnah Nabi s.a.w, iaitu tidak memulakan dengan tamar atau kurma, kerana adatnya dengan menu lain yang lebih enak dan mengenyangkan.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kamu hendak berbuka puasa, hendaklah ia berbuka puasa dengan beberapa biji buah tamar. Jika kamu tidak mendapat buah tamar, hendaklah berbuka dengan air."Tamar walaupun buahnya tidak setanding dengan yang lain dari segi saiz, khasiatnya dipersetujui pengkaji Timur dan Barat, malah dengan kadar magnesium yang tinggi mampu mencegah kanser. Di sini, terserlah rahsia kebaikan amalan sunnah itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan