ahmad telah berpuasa 2 hari ahmad gembira berpuasa sebab boleh ikut umi terawih di masjid dan. mak uda janji nak bagi duit raya, cu juga dan tok abah.nanti ahmad balik kampung hari selasa.ahmad tunggu baba cuti. ahmad sahur pukul 5.10.mak tok sahur pukul berapa.mak tok sihat kalau mak tok sakit ahmad jaga mak tok.mak tok buka puasa dengan apa?ahmad rindu semua dan juga mak tok bye. selamat berpuasa dan juga assalamualaikum umi, baba ,ahmad, k.teh,k.ngah dan k.long.
Catatan ini dibuat anak ummi yang berumur 7 tahun.Satu pun ummi tidak menambah atau mengeditkannya.Letih ummi melayan kerenah nya sehari-hari untuk melatih dia berpuasa.Setelah bangun sahur,Ahmad tak nak tidur semula.Untuk mengelak dia menganggu ummi membaca alquran.ummi bukakan PC untuknya.jemu membelek satu laman ke laman,(sambil ummi memantau sesekali) dia membuka blog ummi.memohon untuk mencatit sesuatu untuk maktok nya(Ibu Ummi)baginya rindu pada maktok yang jauh dimata boleh terlerai apabila "bercakap"melalui curahan perasaannya di sini.Itu rindu seorang cucu yang hanya mempunyai seorang mak tok dan seorang tok abah sahaja.(Ibubapa suami ummi telah meninggal sejak suami ummi masih kecil lagi)Setiap tahun Ummi akan menyambut puasa bersama Ibu dan bapa dikampung.
Tetapi berlainan tahun ini,kerana suami ummi tidak dapat cuti untuk pulang meraikan Kedatangan Ramadhan di kg tahun ini.Itulah anak-anak dah merungut kerana rindu sangat pada mak tok dan tok abah.walaupun 3 minggu lalu ummi dan keluarga telah pulang menziarahi mereka.Ahmad rapat dengan mak tok.Setiap kali bertemu atau telepon ,macam-macam yang ditanya pada mak tok.Sehingga pening mak tok mencari jawapannya.Macam-macam juga yang di minta dari mak tok.nak makan itu,nak makan ini.Terima kasih Mak kerana melayan anak Ummi sebaik-baiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan