Jumaat, 28 Ogos 2009

AMALAN SUNAT KETIKA RAMADHAN


Salam Ramadhan & Salam Perpaduan,Sedar atau tidak, kita telah memasuki hari ke-7 dalam bulan Ramadhan 1429. Walaupun berada di bulan Ramadhan, keadaan cuaca yang hujan sejak hari pertama lagi. Mungkin hujan rahmat agaknya. Alhamdulillah... Di sini Ummi ingin menyentuh mengenai perkara sunat ketika berpuasa . Maklumlah, puasa wajib ni cuma sebulan jer dalam setahun. Jadi, ada baiknya Ummi nyatakan di sini sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga anda.Antara perkara yang sunat dilakukan ketika berpuasa adalah:
1. Menyegerakan berbuka puasa apabila sampai waktunya. Rasanya bab ni semua orang tahu dan saat yang paling ditunggu-tunggu.
2. Berbuka puasa dengan buah kurma (tamar) atau sesuatu yang manis ataupun dengan air.
3. Mulakan berbuka puasa dengan berdoa yang maksudnya;
"Ya Allah, kerana Engkau aku berpuasa dan kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka, dengan rahmat-Mu wahai yang Maha Pemberi Rahmat".
4. Melambatkan bersahur. Bersahurlah walaupun dengan sedikit sama ada makan ataupun sekadar minum sahaja. Ianya untuk kebaikan anda juga supaya dapat menambah kekuatan ketika berpuasa.
5. Memperbanyakkan amal ibadat seperti membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi S.A.W.
6. Memperbanyakkan membuat amal kebajikan. Contohnya; bersedekah kepada yang kurang berkemampuan, menjamu tetamu berbuka puasa ataupun bertukar-tukar juadah sesama jiran.
7. Memperbanyakkan niat iktikaf di dalam masjid. Kalau sembahyang terawih tu jangan lupa gak niat iktikaf.
8. Menjauhkan diri atau sebaik-baiknya cuba elakkan diri daripada bercakap tentang perkara yang sia-sia dan melakukan maksiat!
Begitulah antara perkara sunat ketika berpuasa yang boleh kita praktikkan. Ummi percaya yang di atas tu hanyalah sebahagian kecil jer. Mungkin ada banyak lagi perkara sunat yang boleh kita lakukan. Ilmu yang baik patut kita sebarkan bagi memakmurkan Ramadhan Al-Mubarak ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan