Ummi dan rakan2 sedang menyiapkan tugasan yang diberi.
Guru-guru dari Daerah Barat Daya P.Pinang sedang Khusyuk mendengar taklimat .
Ummi amat tertarik dengan kata-kata salah seorang pembentang kertas kerja iaitu Puan Zaharah iaitu"gagal mengambil bahagian adalah kegagalan sebenar."Dalam kursus itu banyak nilai-nilai murni yang diperjelaskan,antara yang penting adalah kasih sayang dan toleransi yang akan menjadikan dunia ini penuh dengan kedamaian.Sebenarnya nilai-nilai itu wujud dalam diri kita.Cuma kita sahaja yang tidak sedar ia ada dan setengahnya pula tidak mahu mempraktikannya demi keharmonian dunia.Biar pun mereka tahu dan memahami apa yang di maksudkan dengan nilai murni.Kerana tidak ambil kisah itulah dunia sekarang khususnya malaysia mengalami masalah sosial yang semakin meningkat dari masa ke semasa.
Antara 12 nilai murni sejagat ialah keamanan,tanggungjawab,kebebasan, toleransi,kejujuran, perpaduan,hormat menghormati ,kerjasama,kasih sayang dan hemah tinggi.Nilai-nilai ini perlu ada dalam diri setiap individu di dunia ini.
Khamis(06-08-2009) jam 10.00 pagi,setelah pulang dari klinik,ummi menerima panggilan dari Pejabat,mengatakan ummi dikehendaki menghadiri kursus nilai kehidupan di MPC,K.Batas dari 7hb hingga 9hb Ogos.Pukul 6.30pagi,7hb (Jummat)Dengan perasaan yang sedih,risau, malas dan marah ummi melangkah jua ke tempat kursus yg dinyatakan.Sedih dan risau kerana meninggalkan anak-anak yang tidak sihat.(Walaupun ummi telah membawa mereka ke klinik pada hari sebelumnya.)Malas kerana ummi hanyalah penganti kepada guru lain yang tidak dapat hadir atas alasan yang tidak boleh diterima.Marah kerana ummi tidak diberi peluang membuat pilihan dan arahan yang dikeluarkan disaat2 akhir"last minit".
Sewaktu sesi pengenalan,perasaan ummi telah berubah menjadi gembira kerana pihak jabatan telah memperuntukkan wang yang banyak untuk menjayakan kursus tersebut.Lebih-lebih lagi kursus tersebut akan dikendalikan oleh Institut Antarabangsa Iqra'(Living Values Education) yang telah berjaya membuat latihan dan seminar hingga ke Singapore,Beirut,Lubnan,China dan Paris.
Ummi menjadi lebih gembira kerana pembentangan kertas kerja dan aktiviti berkumpulan dilakukan dengan cara yang menarik.Malah Principalnya Puan Shahida sendiri turut mengambil bahagian dalam pembentangan kertas kerja.Hati ummi jadi lebih berbunga dengan kehadiran idola ummi iaitu Puan Hajjah Azizah Bt Ariffin,Tim.Pengarah Operasi JPNIN Putrajaya.
Ummi amat tertarik dengan kata-kata salah seorang pembentang kertas kerja iaitu Puan Zaharah iaitu"gagal mengambil bahagian adalah kegagalan sebenar."Dalam kursus itu banyak nilai-nilai murni yang diperjelaskan,antara yang penting adalah kasih sayang dan toleransi yang akan menjadikan dunia ini penuh dengan kedamaian.Sebenarnya nilai-nilai itu wujud dalam diri kita.Cuma kita sahaja yang tidak sedar ia ada dan setengahnya pula tidak mahu mempraktikannya demi keharmonian dunia.Biar pun mereka tahu dan memahami apa yang di maksudkan dengan nilai murni.Kerana tidak ambil kisah itulah dunia sekarang khususnya malaysia mengalami masalah sosial yang semakin meningkat dari masa ke semasa.
Antara 12 nilai murni sejagat ialah keamanan,tanggungjawab,kebebasan, toleransi,kejujuran, perpaduan,hormat menghormati ,kerjasama,kasih sayang dan hemah tinggi.Nilai-nilai ini perlu ada dalam diri setiap individu di dunia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan