Isnin, 10 Mei 2010

Minggu yang penuh dgn aktvt

1hb Mei 2010(7.00 pg) Terpacak di kelas untuk Program Malam Si kunang kecil.Membuat persediaan terakhir sebelum bermulanya majlis.Kawan dari Daerah lain telah mula menunjukkan wajah.Ada yang ceria-tak sabar nak join program tersebut.Ada yang berwajah masam,sambil mengomel"Hishhhhhh,kenapa lah dibuat hari cuti buruh plak? kita nak rehatlah dgn anak suami"Aku, No komen.Dalam hati jawab juga.Siapa suruh kau orang minta kerja dulu.dalam akujanji kau orang sanggup segala-galanya.Hatta ke serawak dan Sabah pun kau orang sanggup.Tapi bila suruh datang Teluk Bahang aje kau orang dah ngomel macam2.


2hb Mei2010 jam 1.00 petang selesai majlis Penutup.Di rasmi oleh Puan Hajjah Azizah,Idola hatiku.Dia tetap macam dulu.celoteh nya tetap penuh dgn nasihat dan wasiat yang bermanfaat.(dah nak pencen hujung tahun ni)Selesai majlis penutup,macam aksi yang terjadi antara pegawai dan guru2.seorang demi seorang mengangkat bungkus untuk pulang.Namun bagi aku dan guru-guru teluk Bahang tak ada change nak balik awal.Kena bersih dan selesaikan barang2 yang di ambil dari kelab.

3hb Mei 2010(Isnin) avanza ku jadi sasaran.ke sana kesini ngantar barang kepada empunya badan.wei sakit badan semalam tak habis sambung lagi hari ni.Ahhh bertambah kiat la kaki ku untuk menuruni tangga.

4hb Mei.(selasa)Mesyuarat lagi mengenai sukaneka plak. Aku bahagian makanan. Asal Program aje aku kena.Asal adaProgram aje aku kena.Asal ada Program adalah aku.....Tak boring ker dengan muka ku yang tak berapa cantik ni.????

5hb Mei(Rabu) Mesyuarat lagi..... ajk bahagian makanan kat komtar.Fuyooo kat bilik boss plak tu.1 jam berlangsung menyiapkan menu untuk hari sukaneka,selesai lah mesyuarat.Sedang duduk bersembang2,Tetiba datang lah hamba Allah yang tak ingin ku sebut namanya....Terus duduk.Puan Zuraida selaku Pengerusi Penyelaras pun tetiba mengucapkan "Terimakasih cikgu2 yang sudi datang.setakat ni ja mesyuarat kita,Apa2 nanti saya maklumkan"kalau aku menangis beb...malu.Lain kali datang lewat lagi,macam mak Datin.Orang dah bagitau jam 3.00 bukan 3.45 ptg.

6hb Mei(Khamis) Lepas kelas KAFA,aku bergegas pulang dan bersiap untuk ke SP.Selepas shopping serba sedikit barang keperluan kami tidur diramah SP.

7hb mei(Jumaat) Aku diberi cuti khas.Dari sp,(pagi) aku melawat K.Ngah di asrama yang menyambut ulangtahun kelahiran yg ke 14 semalam.HAPPY BIRTHDAY KAK NGAH.Ku bawa laksa penang khas untuknya.Sebelum solat jumaat k.ngah ku bawa membeli barang keperluan dan hadiah harijadinya.Kemudian kami makan-makan di dewan terbuka asrama bersama kawan-kawanya.

8hb Mei(Sabtu) jam 12.00 aku ke Dewan Jln Patani.hadiri kenduri kak sarbunisa yang menerima menantu pertama.Tahniah,tak lama nnti dapat cucu,naik pangkat jadi Nanny la plak.
fuyoooo Nanny yang masih vouge gitu.

Sabtu, 24 April 2010

aku kembali lagi.....

17 mac aku kembali lagi ke alamaya.....menjelajah blog kawan2 yang dah lama aku tinggalkan.
Dalam asyik melayari aku disinggahi oleh pegawai penyelia .Dia megejekku "kita sekarang sebuk dengan fb' dah kureeeeng dgn blogger."

Aku mengambil kesempatan untuk belajar darinya.En.Ridwan yang tak kedekut ilmu itu terus mengajarku.Terima kasih........

Dari saat itu,masaku banyak dihabiskan meneliti fb.Antaranya kawan-kawan,saudara terdekat dan anak-anak muridku yang masih mengingatiku.semakin lama aku meneliti semakin banyak yang perlu aku pelajari.Tapi yang pasti aku memerlukan masa dan ruang untuk belajar....

Isnin, 28 Disember 2009

KITA SEBENARNYA

Kita sebenarnya..
..Lebih gembira menyambut 1hb Januari

daripada 1 Muharram..

Kita sebenarnya..
..Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..


Kita sebenarnya..
..Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..

Kita sebenarnya..
..Lebih khusyuk mendengar lagu daripada

mendengar Azan..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..

Kita sebenarnya..
..Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada

nama nabi-nabi Allah..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada
assalamualaikum..


Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyanyi dangdut daripada
berwirid, bertahmid..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan
kita sendiri..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka membaca majalah hiburan daripada
buku-buku agama..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka ke konsert, karaoke daripada
ceramah agama..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada
memuji mereka..


Kita sebenarnya..
..Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada

menyebut MasyaAllah..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka kemungkaran daripada

berbuat kebaikkan..

Kita sebenarnya..
..Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada
bersyukur dgn keimanan kita..

Kita sebenarnya..
..Lebih cintakan urusan dunia daripada

urusan akhirat..

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti

akan jawab kita sebenarnya..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???



Sabtu, 26 Disember 2009

SERONOK

Dalam perjalanan pulang ke Penang,saya mendengar motivasi pagi yang di sampaikan oleh pakar Motivasi terkenal iaitu Dr.Fadzilah kamsah,mengenai SERONOK.
Seronok harus dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira usia.Seronok,gembira,menyenangkan atau seumpamanya membawa makna yang berkaitan hati dan perasaan.Jika kita rasa seronok,apapun yang dilakukan pasti menjadi ringan dan mudah.
Keseronokan juga akan menyebabkan pekerjaan yang dilakukan menjadi lebih ikhlas selagi apa yang kita buat itu tidak melampaui atau terkeluar dari batas-batas agama dan kemanusiaan.
Contohnya pekerjaan yang sedang kita lakukan iaitu sebagai surirumah.Apabila kita melakukannya dengan seronok,kita akan rasa mudah dan tidak memenatkan.Kita akan merasakan hari berlalu dengan indah dan pantas sekali.Tetapi kalau pekerjaan itu tidak menyeronokkan ia akan menyebabkan kita jemu atau bosan dan cepat keletihan.
Seronok juga akan menyebabkan 'mood' kita akan sentiasa baik.kita mampu mengendali perasaan dengan tenang biarpun ketika kita sedang menghadapi masalah.Rasa seronok adalah sesuatu yang positif sehingga boleh mempamerkan wajah yang ceria dan gembira.Kesannya adalah besar,kerana orang disekeliling kita juga akan merasa senang untuk berdamping dan berurusan dengan kita.Berbanding dengan mereka yang sentiasa berasa resah,marah dan tertekan.
Orang yang sentiasa gembira dan seronok juga mampu mengekalkan awet muda dan dikatakan lebih panjang umur berbanding mereka yang sebaliknya.Seronok bukan hanya untuk yang muda sahaja.Orang tua juga boleh berseronok seperti berseronok dengan apa yang dilakukan.Contohnya seronok melayan kerenah cucu atau berkumpul dan berbual dengan rakan sebaya,dan ada berbagai -bagai lagi cara lagi untuk mewujudkan keseronokan.
Menyemai rasa seronok sama seperti memulihkan kesihatan rohani.Ia umpama terapi jiwa.Jiwa yang seronok akan memandang kehidupan ini dengan lebih indah dan tenang.Mampu melihat jauh kehadapan dengan fikiran yang lebih terbuka.Jiwa yang sihat juga akan bersedia menerima teguran dengan dada yang lapang dan fikiran yang positif.
Dengan itu,amalkan terapi jiwa ini kerana hanya diri anda yang mampu mengubah perasaan yang ada di jiwa anda.Ikhlaskan diri anda positifkan pemikiran anda.
ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN.

Jumaat, 25 Disember 2009

TAHNIAH.......PMR 2009

Tingkatkan usaha untuk berjaya dalam SPM





Jam 6.00 pagi.aku bangun memasak untuk anak-anak kerana aku akan keluar bertugas pada hari ini.Tugasku......mengambil pendaftaran kanak-kanak 2010.
Tiba di kelas agak lewat sedikit (8.05) kerana menghantar suami ku ke tempat kerja terlebih dahulu.Bagiku lewat 5 minit seperti setangah jam.
Seramai 32 kanak-kanak yang didaftar dalam kelas ku bagi tahun 2010.kesemuanya 6 tahun.
Tabika ini juga menerima seorang guru baru yang akan bertugas di kelas B.Bagiku siapa pun dia,aiman tak kisah....... cuma yang pasti aku mohon kerjasama dan tolenrasi dalam menjalankan tugas yang di amanahkan kepada kita sebagai seorang pendidik.

Sebenarnya tugas sebagai guru tabika adalah tugas yang berat.Tidak seperti guru sekolah kebangsaan,guru sekolah menengah atau pensyarah.Tugas kita adalah mengajar kanak-kanak untuk memegang pensil,membentuk dan mengenali huruf dan nombor,mengajar kanak-kanak berdikari dan memahami situasi dan emosi sendiri serta orang di sekeliling mereka.

Tepat jam 12.00 tangahari,Pegawai Perpaduan Daerah dan Pembantunya datang melawat.Beliau berkali-kali mengingatiku supaya memberi tunjukajar kepada Cikgu Suhaini.
InsyaAllah selagi ada daya,aku akan memberi khidmat percuma ku kepadanya.
"Kalau apa2 yang tak kena atau lewat hantar report,saya cari cikgu....Bukan cikgu Suhaini" Cik Aslina mengingatiku,Aduhhhhhh.......

Dalam kesibukan tersebut aku menerima panggilan dari Sekolah AlMashoor mengenai keputusan anak sulung ku.Kak Long mendapat 5A dalam PMRnya.Aku bersyukur dengan keputusan yang diperolehi kak long.Aku tidak menjangkakan keputusan sebaik itu, memandangkan sewaktu peperiksaan dijalankan kak long tidak sihat.3 hari berturut-turut berulang alik ke hospital.Namun bagiku itu yang terbaik untuknya.Syukur lah dengan apa yang diperolehi.Kak Long usaha lagi untuk SPM.

Rabu, 23 Disember 2009

RUMAH BARU

Rumahku yang sedia diduduki bila-bila sahaja.

Peserta seminar bersama fasi masing-masing.3 kanak2 1 fasilitator

Cikgu At sedang menguji kebolehan puteraku


Puteri ketiga ku(Nuha) bersama sepupunya(Auni,bertudung hitam)dan anak Cikgu At



Puteraku (Ahmad)bersama sepupunya(Tini) dalam kiraan sifir menggunakan kaedah jari.




Cikgu At sedang membuat demo kiraan dalam kiraan bahagi.


Suami yang tekun merata tanah dan membuang batu bata.Tapi gayanya macam main golf ajeee



20,21 dan 22,Suami ku bercuti.Kami mengambil keputusan untuk membersih rumah kami di Bandar Puteri Jaya.Mencuci dan membersih laman rumah yang telah di penuhi pokok kapal terbang.Suami mencangkul rumput-rumput yang menebal dan membakarnya.Aku mencuci di dalam rumah serta mengukur langsir tingkap yang bakal ku jahit sendiri.

Sambil-sambil tu mengatur serba sedikit barang -barang yang telah dibeli bersama Adik Iparku Najihah. Ada dua tiga orang jiran datang untuk berkenalan sambil membantu. Hampir 50% telah mendiami kawasan tersebut.Melihat keramahan dan kebaikan mereka,rasanya tak sabar untuk berpindah.Apabila memikirkan kerja suami yang tidak terdapat diBandar Sungai Petani,aku membatalkan niat tersebut.(Kalau ada pun susah untuk mendapat gaji seperti yang diperolehi sekarang.)

Anak-anak pun mula berkenalan dengan anak-anak jiran.Bermain dan menaiki basikal bersama.Waktu malam kami bermalam disitu.ditemani adik sekeluarga.Biar pun tanpa katil dan tilam ,malam kami tetap indah.Selesai berjemaah dan membaca alQuran kami mengambil tempat di ruang tamu yang kosong dan merancang serta berangan untuk menghias begitu begini.Sambil meneliti iklan -iklan perabut dan barangan elektrik yang di letakkan dalam peti surat rumah ku.Adikku juga sedang merancang rumahnya yang 95% telah siap (di kampung ) dan di jangka boleh diduduki penghujung januari 2010.


Keesokkan hari selepas bersarapan kami menyambung tugas masing-masing sehingga petang.
Jam 8.00 mlm kami menghantar anak-anak ke seminar bijak matematik anjuran cikgu At.
Aku turut serta dalam seminar tersebut.Amat menarik cara pengajaran dan latihan yang di beri kepada peserta.Selain mengajar teknik mengira dan teknik menghafaz sifir peserta juga di ajar lagu-lagu yang berdasarkan sifir untuk memudahkan mereka mengingati sifir.Cikgu At ni rupa-rupa nya satu kapal dengan ku.Zaman persekolahan dulu dia di kenali At Donut.Ini kerana dia menjual donut dan surat khabardi perhentian Bas dan mempunyai Kioks sendiri .Kioks tu di beri nama Kioks Donut.Tetapi bila dah dewasa dia mempunyai cita-cita yang besar.Inginkan anak-anak melayu menguasai Matematik dengan baik.Insya Allah...Teruskan usaha murni mu....




ALHAMDULILLAH, SEGALANYA SELAMAT........

14hb Disember jam 10.00 mlm,Semua ahli keluarga memulakan perjalanan ke KL secara berkonvoi untuk menjemput mak yang akan tiba di KLIA pada 16hb. Perjalanan kami sengaja di rancang begitu untuk memberi peluang kepada ku yang terpaksa memandu sendiri kerana suami tidak mendapat cuti.Maklumlah pemandu wanita,bukan tahu pecut memecut seperti adik-adikku yang lain.Sesekejap aku tertinggal di belakang. Ini merupakan kali kedua aku memandu sendiri ke KL.Rasa takut tetap terasa.Tapi abah berada disisi menemani ku.

Kami tiba di Manjung Perak tepat jam 1.30 pagi. Di Manjung kami bermalam di rumah adikku yang bekerja sebagai nurse.Adik tiada di rumah waktu itu kerana bekerja shif malam.Hanya suaminya yang menjemput ketibaan kami.Keesokan pagi jam 8 pagi selepas bersarapan,Kami bersedia untuk memulakan perjalanan.Adik Adilah yang bekerja malam mengambil keputusan untuk tidur dalam kereta sambil suaminya memandu.


Lebih kurang 3 jam perjalanan, kami tiba di rumah abang diKL,turut menyambut ketibaan kami ialah kakak dari Kelantan yang tiba lebih awal,adik2ku (Adik Zam dan Adik Dan)yang bekerja di KL.Abang membawa abah melawat sekeliling rumah barunya.Tujuan kami ke KL selain menjemput mak,adalah untuk menghadiri kenduri kesyukuran mak pulang dan meraikan abang chak menduduki rumah baru.Sambil2 tu kami mengambil kesempatan pusing2 di sekitar bandar KL.

16hb jam 5.00 petang diumumkan penerbangan ibu KT101 selamat tiba.Kami bersyukur dan menanti-nanti ketibaan mak di pintu ketibaan. Sejam setengah kemudian ,selepas sorang demi seorang,wajah mak tak juga kelihatan.Bimbang juga di hati kerana sebelum mak berlepas dari Jeddah.mak ada meneleponku memberitahu keuzuran Mak chak yang terpaksa di tambah 2 botol air setibanya mereka di Jeddah.

Beberapa minit kemudian muncul lah 4 beranak,Tok,Mak Chak,Mak Chik dan Mak yang terakhir sekali sambil menolak troli bag saudara-saudaranya.
"Tengok tu.......Depa dera mak kami,Tak aci la.....Depa dera mak kami"Seloroh abang Chak pada anak-anak mak chak dan mak chik.

Alhamdulillah....Mak nampaknya lebih sihat dan berseri berbanding saudara-mara yang lain.
Selepas bersalam dan berpeluk-pelukkan,tiba lah saat yang menyentuh perasaan di mana abah terus memeluk mak sewaktu mak bersalaman dengan abah.semua yang berada di situ menitiskan air mata.Dalam hatiku berdoa supaya abah berubah dan kembali mengasihi mak dan anak-anak mak seperti yang sepatutnya,memberi kasih sayang yang telah diabaikan selama 30 tahun lalu.

Setelah mengangkat bag dan barang2 ke dalam kereta.kami bertolak ke masjid KLIA untuk berjemaah solat maghrib.17hb seperti yang dirancang,abang chak mengadakan kenduri kesyukuran, menaiki rumah baru dan kedatangan tahun hijrah 1431.Sambil tu kami mendengar cerita2 mak ketika berada di Tanah suci.Mak tak menghadapi masalah besar.Mak dapat melakukan segala rukun dengan sempurna.Yang paling mak bangga,mak dapat berdoa di depan pintu kaabah yakni iltizam sewaktu mak melakukan tawaf dan tawaf wida'. Apa yang membanggakan diriku,mak masih fasih berbahasa arab biarpun telah 10 tahun pencen/meninggalkan bidang perguruan.

Jam 12.00 mlm,kami bertolak pulang ke kg.dan tiba di kedah bersama fajar 1Muharram 1431. Alhamdulillah....semuanya selamat.Abah mengadakan kenduri kesyukuran kepada rakan2 ibu yang datang menziarahi ibu dan kawan-kawan abah selepas solat jumaat.Turut menziarahi mak ialah anak2 murid mak yang setengahnya telah bercucu.