Biarpun mencintai pasangan sepenuh hati,namun ada kalanya rasa cinta yang berkobar dijiwa itu diragui.Mungkin kerana sikap anda yang selamba,atau tidak pernah mempamerkan perasaan akhirnya membuatkan pasangan was-was terhadap perasaan anda yang sebenarnya cukup tulus dan 100% mencintai dirinya.Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk membuktikan cinta anda kepada suami atau isteri tersayang:
TIDAK MEMINTA BALASAN
Cinta adalah ketulusan hati.Untuk itu tidak selayaknya menyelitkan balasan untuk keuntungan atau kesenangan diri sendiri.Jangan terlalu mengharap perhatian yang sepenuhnya dari pasangan.
Ingatlah mencintai pasangan bererti anda 'hanya' memberi,jadi jangan mengharapkan balasan.Imbal balik dari pasangan akan datang dengan sendirinya bila anda tulus mencintainya.
JANGAN MENUNTUT
Jangan cemari hati dan cinta dengan tuntutan yang pelbagai.Apatah lagi menuntut sesuatu yang tidak mungkin diberikan oleh pasangan seperti kemewahan yang melimpah ruah.Sebaliknya andalah yang harus belajar untuk selalu memberi yang terbaik kepada pasangan anda.
JANGAN TAKUT DIKECEWAKAN
Tidak semua pasangan akan sentiasa bahagia atau gembira.Adakalanya akan dilanda badai kerana salahfaham,perasaan tidak puas hati,dan sebagainya hingga hati terluka.Namun,jangan takut,anda sebenarnya dalam proses mendewasakan diri dari "luka-luka kecil" seperti itu.
JADILAH PENGHIBURNYA
Datangnya cinta adalah dari hati.Bila hati sedang terluka,seseorang memerlukan hiburan.Begitu juga pasangan anda yang sedang berduka,hiburkanlah hatinya.Cinta andalah yang akan menggerakkan hati anda untuk menggembirakannya.Namun perkara itu tidak dapat dilakukan sekiranya anda tiada kesetiaan.
Jangan anda cuba memburukkan lagi hatinya .Jangan biarkan pasangan anda sendirian untuk mengharungi masalah.Setialah disisinya.Dengan ini pasangan akan lebih mencintai anda.
MATANG DALAM TINDAKAN DAN FIKIRAN
Setiap kali membuat keputusan atau tindakan,fikirlah kesan kepada pasangan anda.Kematangan juga akan membuat anda setia pada pasangan tanpa dapat digugat dgn perkara yang tidak pasti.Berusahalah untuk matang dlm fikiran atau tindakan,agar kesetiaan terus berkembang.Hubungan kasih anda akan semakin kuat.
BERSYUKUR
Setiap yang terjadi dalam hidup ini pasti ada hikmahnya.Begitu juga dengan apa yang dilalui oleh anda dan pasangan anda.Jangan mengeluh atau kecewa.Ucaplah syukur atas kurniaan-NYA kerana memberi pengalaman yang mewarnakan hidup anda sekali gus memberi pangajaran dan kedewasaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan