Jumaat, 31 Julai 2009

HADIAH BUAT INSAN BERNAMA WANITA

Seorang wanita dilahirkan ke dunia ibarat sebutir PERMATA,
apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya yang indah.
Apabila di letak di tempat yang mulia akan disanjung sebagai PERMAISURI.
Apabila dibekal dengan ilmu di dada akan menjadi CENDIAKAWAN BISTARI.
Seorang wanita akan dikenang sebagai SURI sang jejaka,menjadi IBU kepada
petera puteri dan menjadi PERTIWI seisi buana

BUKTIKAN CINTA PADA PASANGAN

Biarpun mencintai pasangan sepenuh hati,namun ada kalanya rasa cinta yang berkobar dijiwa itu diragui.Mungkin kerana sikap anda yang selamba,atau tidak pernah mempamerkan perasaan akhirnya membuatkan pasangan was-was terhadap perasaan anda yang sebenarnya cukup tulus dan 100% mencintai dirinya.Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk membuktikan cinta anda kepada suami atau isteri tersayang:
TIDAK MEMINTA BALASAN
Cinta adalah ketulusan hati.Untuk itu tidak selayaknya menyelitkan balasan untuk keuntungan atau kesenangan diri sendiri.Jangan terlalu mengharap perhatian yang sepenuhnya dari pasangan.
Ingatlah mencintai pasangan bererti anda 'hanya' memberi,jadi jangan mengharapkan balasan.Imbal balik dari pasangan akan datang dengan sendirinya bila anda tulus mencintainya.
JANGAN MENUNTUT
Jangan cemari hati dan cinta dengan tuntutan yang pelbagai.Apatah lagi menuntut sesuatu yang tidak mungkin diberikan oleh pasangan seperti kemewahan yang melimpah ruah.Sebaliknya andalah yang harus belajar untuk selalu memberi yang terbaik kepada pasangan anda.
JANGAN TAKUT DIKECEWAKAN
Tidak semua pasangan akan sentiasa bahagia atau gembira.Adakalanya akan dilanda badai kerana salahfaham,perasaan tidak puas hati,dan sebagainya hingga hati terluka.Namun,jangan takut,anda sebenarnya dalam proses mendewasakan diri dari "luka-luka kecil" seperti itu.
JADILAH PENGHIBURNYA
Datangnya cinta adalah dari hati.Bila hati sedang terluka,seseorang memerlukan hiburan.Begitu juga pasangan anda yang sedang berduka,hiburkanlah hatinya.Cinta andalah yang akan menggerakkan hati anda untuk menggembirakannya.Namun perkara itu tidak dapat dilakukan sekiranya anda tiada kesetiaan.
Jangan anda cuba memburukkan lagi hatinya .Jangan biarkan pasangan anda sendirian untuk mengharungi masalah.Setialah disisinya.Dengan ini pasangan akan lebih mencintai anda.
MATANG DALAM TINDAKAN DAN FIKIRAN
Setiap kali membuat keputusan atau tindakan,fikirlah kesan kepada pasangan anda.Kematangan juga akan membuat anda setia pada pasangan tanpa dapat digugat dgn perkara yang tidak pasti.Berusahalah untuk matang dlm fikiran atau tindakan,agar kesetiaan terus berkembang.Hubungan kasih anda akan semakin kuat.
BERSYUKUR
Setiap yang terjadi dalam hidup ini pasti ada hikmahnya.Begitu juga dengan apa yang dilalui oleh anda dan pasangan anda.Jangan mengeluh atau kecewa.Ucaplah syukur atas kurniaan-NYA kerana memberi pengalaman yang mewarnakan hidup anda sekali gus memberi pangajaran dan kedewasaan.

Khamis, 30 Julai 2009

17 CARA TAMBAT HATI SUAMI

Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mahukan hati suami begitu dekat dgn dirinya.Suamilah teman dan sahabat paling dekat dengan kita.Pelbagai cara sanggup dipraktikan si isteri agar mampu menambat hati suami kerana inilah sebenarnya cara untuk mengikat kesetiaan lelaki.17 cara yang ummi terbaca dari MW dan boleh kita(isteri2)praktikan ialah:

1.Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.Apabila suami pulang dari kerja,tegur dan sentuhlah suami sebelum melakukan kerja2 lain.

2.Tunjukan keperihatinan dgn bertanya aktiviti dan keadaan tempat kerja sepanjang hari.Namun terlebih dahulu lihat mood suami.Belajar dan latihlah diri untuk menjadi pendengar yang baik dan bertanya dgn soalan yang betul.

3.Luangkan masa yang berqualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dengan suami.

4.Sesekali belikan sesuatu hadiah yang paling disukai suami,sebagai cenderahati untuk memujuk.Pujilah cara penampilan suami seperti pakaian dan sebagainya.

5.Hidangkan resepi kesukaan suami pada hari2 istimewa.

6.Pujuklah suami apabila dia marah atau berkecil hati.

7.Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama ketika bersiap untuk keluar.

8.Ucapkan terima kasih atas bantuan yang suami hulurkan terutama dalam kerja rumah yang dilakukan.

9.Apabila suami meminta bantuan,buatlah serta merta dengan ikhlas dan gembira.Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.

10.Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap.Kalau boleh hentikan apa jua kerja yang sedang dilakukan.

11.Peluklah suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

12.Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

13.Apabila kita marah,tunggu hingga sejuk.Kemudian jelaskan kepada suami apa yang menggangu fikiran secara sopan.Jangan kita membebel hal yang bukan2.

14.Telepon lah suami ditempat kerja hanya apabila ada hal penting dan kecemasan sahaja.Tetapi telepon lah lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

15.Apabila meminta bantuan,terangkan kepadanya dengan jelas mengenai kerja yang perlu bantuannya.Beri pilihan kerja yang disukai.Jangan memaksa ,sebaliknya gunakan perkataan yang baik dan sesuai.

16.Sentiasalah berpenampilan kemas,anggun dan wangi ketika bersama suami.Lebih-lebih lagi sebelum tidur bersama.Beri layanan kepada suami dihari istimewa seperti keluar berdua sahaja atau berbulan madu sekali-sekala.

17.Layanlah suami dengan layanan yang ikhlas dan manis.Belilah kepercayaan suami dengan kejujuran.

Sesungguhnya apa yang kita lakukan dengan ikhlas pasti akan mendapat balasan yang tidak kita duga.Kalau buruk kita fikir.Buruklah jawapannya.Kalau manis jawapannya.Manislah hasilnya.
Kerana fikiran kita saling berkait dan saling mengalirkan satu rasa..........

Rabu, 29 Julai 2009

DI HELAIAN DAIRI

Anak-anak ummi bersama baby Danish Amsyar di Carnival Cinta Sayang Sg.Petani 2008


Ummi bersama Pegawai JPNINPP dan rakan2 seperjuangan ketika Konvensyen Tabika Perpaduan 2008 di Esset,Bangi.






Isnin, 27 Julai 2009

Ohh Ibu



Hari ini ummi terasa rindu pada ibu di kampung.Semasa di atas feri ummi mengambil kesempatan menelefon ibu.ceria suara ibu menyambut salam ummi,walau pun kaki ibu sering kesakitan sejak ibu diserang demam chikukunya sebulan lalu.nada ibu berubah bila ummi bertanya tentang kuliah dan persiapan ilmu untuk ke Mekah.Nada ibu bertukar sedih sambil berkata Umur ibu tidak dibenarkan untuk ke Mekah akibat dari penularan wabak H1N1.Ummi memujuk ibu bersabar,mungkin tahun hadapan ibu akan lebih sihat daripada sekarang.Mungkin tahun depan ekonomi dunia akan pulih.Duit simpanan ibu akan bertambah.ibu boleh shopping banyak2 untuk anak cucu.Lalu ummi terdengar ketawa ibu seperti selalu.Senang hati ummi mendengarnya.

ibu maafkan ummi sekiranya ummi ada menyakiti hati ibu,pasti ada kan.Ummi insan yang kerdil.ummi pasti banyak menyakiti hati ibu dari kecil hingga sekarang.rasanya tak terucap dosa-dosa ummi pada ibu.lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.Di mana ibu sering demam dan sakit2.ummi tak dapat pulang selalu kerana kesebukan tugas ummi,walaupun telah berkali2 ummi mengajak ibu untuk tinggal bersama ummi.termasuk saudara2 yang lain.tetapi ibu tetap menolak.katanya dikampung,ibu ada ramai kawan.Dikampung ibu tak sunyi dengan aktiviti kampung.Dikampung ibu boleh melakukan aktiviti harian disekeliling rumah.




Selasa, 21 Julai 2009

ISRAK WA MIKRAJ

MALAIKAT JIBRAIL MEMBAWA NABI
ATAS ARAHAN PEMBEDAHAN HATI
AIR ZAM ZAM SEBAGAI PENCUCI
HIKMAT KEIMANAN DIMASUK SEKALI
PERJALANAN NABI MENAIKI BURA'
DISEPANJANG PERJALANAN ISRAK
MENDALAMI KEIMANAN BERMAKSUD WARAK
SEPANJANG MALAM YANG PENUH MUBARAK
WAJAH BURA' TIDAK TERGAMBAR
KELAJUANYA BAGAI KILAT MENYAMBAR
WALAUPUN PELIK TETAPI BENAR
KEAGUNGAN TUHAN MALIKUL JABBAR

Sabtu, 18 Julai 2009

PENGAKUAN TERAKHIR

Hari ini ummi terbaca tentang pengakuan terakhir hamba-hamba yang menderhaka kepada PenciptaNya.Mereka berdiri di hadapan dosa-dosa dan kejahatan mereka.Diperlihatkan satu persatu segala yang mereka lakukan dibumi.Lalu mereka disoal dengan soalan yang meluncur bagai anak panah.Tanpa ada kesempatan untuk menunggu jawaban dari pembela kebatilan,mereka pun dilemparkan ke tempatnya(api neraka)yang sedang membakar menanti mereka.Inilah masa yang telah tiba dan selamat datang buat mereka.......Dalam surah As Syura ayat 94 yang bermaksud
"Maka mereka dihumban Ke dalam neraka bersama-sama orang yang sesat,Dan bala tentera Iblis kesemuanya"

Setelah itu,terdengarlah suara rintihan muncul dari dalam api neraka,iaitu suara-suara pengakuan.Mereka bersumpah dengan nama Allah,Pencipta yang ia lupakan selama didunia. Bahawa mereka benar-benar didalam kesesatan yang nyata.

Sekarang mereka menyatakan Pengakuan Terakhir,setelah menyaksikan dengan mata kepala mereka hakikat dan kenyataan yang sebenarnya.Segala-galanya sudah terlambat.mereka hilang kesempatan dan waktu di dunia.Angan-angan dan impian muluk mereka terbenam dalm kemarakan api neraka.

Lalu terlintas di hati ummi bagaimana dengan anak-anak bangsa ummi diluar sana yang jelas-jelas dalam kesesatan.Cara pemakaian,cara pergaulan dan cara kehidupan seharian yang tidak mencerminkan keislaman.Ya Allah Berilah mereka keinsafan,kembalikan mereka ke jalan yang benar,jalan yang Engkau redha-i.Jauhilah mereka dari bisikan syaitan yang boleh melalaikan mereka.Ketahui anak bangsaku pintu-pintu bisikan syaitan itu adalah menyuruh perbuatan jahat.Melupakan manusia memohon perlindungan Allah.Menakuti akan kemiskinan. Memecahbelah ahli keluarga.Mengharamkan apa yang dihalalkan Allah.Penghasud.Buruk sangka.Ghibah.Sentiasa mencari Aib orang lain.Astaghfirullah...........

Jumaat, 17 Julai 2009

Tugas ku

Selain daripada memikul tugas seorang isteri,ibu dan anak kepada kedua orangtua.ummi adalah seorang guru agama dan guru tabika.Ummi telah menjawat jawatan sebagai seorang Ustazah semenjak 1994 dan Guru tabika sejak 1999.Kedua-dua tugas itu tidak jauh bezanya, cuma sebagai seorang guru tabika tugas ummi memerlukan komitmen yang sepenuhnya dalam mendidik kanak-kanak yang tidak pernah berpisah dari ibubapa,tidak pernah memasuki alam persekolahan dan tidak pernah mengenal A,B,C atau 1,2,3.malah ada yang masih mengongong botol susu,tapi ummi bangga dengan tugas tersebut.Kerana tugas ummi itulah yang menyebabkan kanak-kanak tahu membaca dan kerana ummi juga mereka tahu mengira.Biar pun banyak dugaan dan rintangan dalam mendidik kanak-kanak seusia itu,untuk menjadi seorang yang berjaya,ummi yakin ummi akan teruskan tugas ini selagi hayat di kandung badan.Penat lelah ummi akan hilang apabila melihat anak didik ummi berjaya memasuki alam sekolah sebenarnya.Lebih-lebih lagi apabila ummi melihat anak didik ummi mula melangkah ke Institiut Pengajian Tinggi.

siapa aku

assalamualaikum...............

Ummi adalah wanita yang dijadikan Allah dalam keturunan Haji Osman dan Hajjah Kaltom .Ummi telah di anugerahkan nama yang bermaksud bersih,suci.Syukur ummi kehadrat ilahi kerana mempunyai nama yang indah.Oleh kerana itu ummi menamakan anak-anak ummi dengan nama dan makna yang indah seperti wan aimi naufal(15)wan aiman nabila(13)wan afzan nuha(10)wan ahmad naqiuddin(7).Di samping anak-anak, ummi juga dianugerah Allah seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab.namanya adalah wan azhar.beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang suami,bapa dan pengurus restaurant di sebuah hotel 5 bintang di pulau pinang.Selama 16 tahun hidup bersama,Alhamdulillah Ummi tidak pernah ditengking atau diherdik.Setiap masalah ummi akan berbincang bersama dan selesaikan bersama.